Farewell Trip, Masterians

Assalamualaikum...

Tak sangka cepat saja masa berlalu, dalam masa setahun setengah pengajian master kami sudah hampir sampai ke penghujungnya. Selepas viva kami semua ke Mersing untuk menghilangkan tensi di kepala sambil menikmati keseronokan Pantai Pasir Lanun, Pantai Telok Gorek dan Telok Resang yang sangat glamer di Johor.


Kami ke sana konvoi 3 buah kereta yang terdiri daripada 5 orang kaum Adam dan 7 orang dari kaum Hawa. Semuanya dari sama batch kecuali Lili dari kos lain dan Meli dari mode lain.


Setibanya di chalet di Resang, sedikit masalah muncul. Disebabkan kami pergi ketika musim tengkujuh jadi pihak chalet tidak menggalakkan kami mandi di sini.Cari punya cari akhirnya Meli mencadangkan kami mandi di Pantai Pasir Lanun. Katanya ketika dia datang bersama familinya, pantai di sana memang menjadi tumpuan tetapi lokasinya berjauhan dari chalet kami jadi esok saja kami plan ke sana.

Maka, petang tu kami ke Pantai Telok Gorek tempat farewell trip kami ketika degree dahulu. Kami sampai ketika cuaca hujan dan airnya surut. Mandi pun kurang best.

Sebelah malam, kami adakan BBQ. Tak sah la datang trip tak BBQ nih.

 Setelah puas makan, disebabkan tiada sebarang aktiviti lain kami main cap kelicap kelicap pula. Memang jadi kanak-kanak kami malam tu.

Bermacam-macam gaya keluar. Ada yang pernah main ada yang belum pernah, tapi cuba juga. Mula2 malu lama2 bersemangat menari. Mau menyimpan kenangan katanya. Kalau Nani (pertama dari kanan) dan Lili (kedua dari kanan) tengok ni pasti tergelak besar, sekarang mereka dah berkahrin dan punya anak dah. 

Keesokan harinya kami ke Pantai Pasir Lanun.Kat sini memang puas hati mandi laut. Ombaknya besar tapi tak ganas, mencabar yang best.  

Ni kira ombak kecil lagi, ada time ombak besar memang best. Ketika dilambung ombak kaki dah tak cecah dasar, air masuk hidung semua tapi alhamdulillah semua selamat. The best pantai ever.
 

i'm missing these lovely faces already.
Keep in touch guys and girls!


0 comments:

Post a Comment

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template