Ladang Anggur Beris

Assalamualaikum...

Weekend lepas kawan saya sms menanyakan lokasi Ladang Anggur Beris, katanya nak ke sana kalau tiada aral. Terus teringat visit2 saya ke sana. Ladang Anggur Beris ni sebenarnya sudah lama beroperasi tetapi saya sebagai orang daerah Sik pun tak pernah menjejakkan kaki ke sana jika tidak kerana kenduri Mar dolu2. Rumah Mar yang terletak di Gulau is on the way sahaja dari ladang anggur ni. So, selepas makan kenduri kami follow pasangan pengantin buat outdoor photoshoot depa kat sini.

First time visit, sebaik kami sampai ramai rupanya pasangan pengantin yang sedang photoshoot. Suasana macam kat oversea and ada tasik Beris as permandangan memang sesuai untuk wedding photoshoot kat sini.


Pengantin pi cari angle cantik untuk photoshoot, rombongan depa dok kagum tengok anggur

Untuk yang tak tahu dimana letaknya ladang anggur ni meh nak bagi direction sikit. Sebenarnya jalannya straight ja tapi dalam sikit lah. So, after keluar dari exit highway Gurun amik kanan di trafic light yang pertama.Then, go straight ahead sampailah ke simpang Sg.Senang and amik kanan sikit and straight lagi. After sejam 45 minit driving alert Ladang anggur di sebelah kanan. Kalau dari rumah saya (Jeniang) dalam setengah jam sahaja.



Kali pertama saya sampai, buah anggur tengah masak and kaler pun cantik ja. Second time pergi buah baru nak menghijau. Lepas bayar fee masuk ke dalam ladang untuk tengok sahaja. Jangan petik! kalau nak makan kena beli yang telah siap dibungkus di kaunter jualan luar sana.


 
Siap dengan sepotong ayat Al-Quran lagi..

Second time visit dengan mak, Kakla, Zahra, Adik dan tunangnya. Kebetulan tunang adik sampai dari Melaka, kami terus mengajaknya jalan-jalan di sini. Saja nak tunjuk kehebatan negeri Kedah jugak sebenarnya, Untung-untung kahwin nanti boleh photoshoot sini.


Kekaguman nampaknya Apit di situ. Time ni buah masih kehijauan. Beruntungnya saya dapat pergi time buah masak kaler ungu dan buah belum masak kaler hijau.

 Mak, Kakla dan Zahra, time ni dia baru pandai2 berjalan. Asik kena dukung ja. Patah pinggang jugak nak kendong budak ni.
 
Comeynya gaya mak.

Punca kesejukan utama.

Baru nak berjalan sendiri.


Berlari-lari di dalam ladang bila dah yakin diri.


 Selain ladang, tasik Beris yang terletak di belakang ladang anggur juga menjadi tarikan di sini. Menjamu mata dengan melihat air tasik sangat menenangkan fikiran.
 
Ada juga playground untuk kanak-kanak seperti Zahra.
Kagum sangat kawasan Beris ada ladang anggur nih, terus jadi glamer. Time saya melawat rumah lama tempat ayah buka kedai runcit di Sg.Senang, ada juga ladang anggur nih tapi masih dalam peringkat baby. Luas juga kawasananya, sapa yang adventurous boleh la pergi tengok. Tak sangka after kami pindah kawasan tu jadi sangat promising bagi penanaman anggur ni. Selama ni ingatkan kawasan tanah tinggi ja boleh tanam anggur. Tanah Kedah memang aman damai. Silalah mengunjunginya~


BERIS LAKE VINEYARD, only in MALAYSIA


2 comments:

  1. sekarang dah lawa kan..sebab ada view lake..tp yang tak best tu nak masuk kena bayar tp kita hanya boleh gambar je..xleh petik..hehe..kalau dorang bg rsa sebiji dua ok jugak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...xleh petik tu yg x best. Nak makan kena beli kat kaunter ja.

      Delete

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template