Lemang Raya Haji

5 comments
Assalamualaikum..

Raya haji yang lepas seperti biasa ayah mesti nak buat LEMANG tak kisah la beliau sakit macam mana pun. Walaupun ayah hanya ada anak-anak perempuan yang bakal dikerah membantunya, ayah tetap teruskan niat hatinya. Bukannya ayah tak ada anak lelaki tetapi semua anak lelakinya masing-masing bekerja. Anak lelaki bongsunya pula disuruh mengait daun pisang sudah merungut *ish ish..* Pernah satu tahun tu, ayah sakit sangat dan terpaksa dibawa ke hospital setelah buluh lemang dan pulut telah pun disediakan. Terpaksalah kami anak-anak ayah yang perempuan ni ambil alih membuat lemang. Hasilnya, ada lemang yang tak masak dan ada yang mentah sebab santan tak cukup T_T

Dan ayah seperti biasa pasti akan membuat lemang dalam amount yang besar. Nak bagi Paksu 4 batang, besan-besan dan menantu berbatang-batang. Padahal tak pernah pula menantu atau besan ayah membalas pemberian ayah atau datang untuk membantu ayah. Blessed are they who give without expecting even thanks in return *Semoga anak ayah ni pun jadi macam ayah*

Hari itu, pagi-pagi lagi ayah sudah menyuruh anak lelaki bongsunya memakai uniform kebun untuk menemaninya mengait daun pisang. Mujur buluh telah diorder dari orang kampung jadi tak perlulah adik saya itu mengalami nasib seperti saya dan adik perempuan saya bermain miang buluh tiap-tiap tahun. Ketika ayah masih kuat, ayah suka mencari buluh lemangnya sendiri. Pastinya saya dan Enah menjadi mangsa suruhannya ikut serta masuk hutan. Dan bila ayah terlalu khusyuk mencari buluh, dia selalu kehilangan saya dan Enah yang tersesat dalam hutan tebal tu. Kami ralit bermain-main dan tak sedar dah jauh dari ayah. Tapi kami pasti dapat mencari semula ayah sebab bunyi buluh yang tersungkur hasil tebangan ayah. 


Ketika ayah dan adik bongsu saya menyiapkan buluh dan daun pisang, mak di dapur tanpa disuruh sudah mula membasuh pulut dan memerah santan. Pembahagian kerja secara bergotong royong dilakukan sejak bertahun-tahun. Apabila masuk tengahari, proses membakar lemang pun bermula.


Dari sini, saya dan Enah akan mengambil alih tugas memusingkan lemang dan ayah akan duduk di atas kerusi sambil mengawal api dan keadaan. 
"Dikmi, nombor 3 dari kanan"

Itu maksudnya, nombor 3 itu dah perlu dipusing supaya lemang masak sama rata. Kalau satu bahagian sahaja yang hangit susah nanti.

"Diknah,  nombor 2 dari kiri..buang ayaiq"

Itu maksudnya, santan lemang nombor 2 dah lebih. Kena tuang nanti lemang lambat mendidih.

Saya control at the right side dan Enah at the left side. Tengah-tengah kami cover sama-sama.
 


Membakar lemang memerlukan kepakaran dan ayah memang pakar. Anak-anak ayah masih dalam proses menjadi pakar. Agak-agak dekat maghrib barulah ayah berpuas hati dengan lemang ini. Alhamdulillah..

Lemang raya kalini memang sedap. Cukup lemak dengan santan. Makan setelah penat lelah yang dikeluarkan memang puas hati. Ayah selalu berkata

"Rumah yang ada lelaki tapi tak buat lemang time raya tu mengarut"

Ayah tak berniat nak offense sesiapa, itu cuma cara ayah meluahkan pemikirannya. Pemikiran kampung yang menjadi milik ayah semenjak lahir dan saya juga suka dengan pemikiran itu dalam diam. Cuma bagi saya 

"Rumah yang ada anak perempuan dan buat lemang time raya tu menguntungkan"


hehe



 Emran cepat besar naa..nanti boleh makan lemang Tok Wan dengan Kakak Zahra.


Akhirnya sampai..

13 comments

Print all
More



Assalamualaikum dan selamat pagi..

Semalam saya menaiki bas Swarna Bumi kegemaran untuk pulang berhari raya bersama ayah ibu di kampung. Sebelum pulang, saya sempat ke Chocolate Fair for 2nd round shopping.hehe terasa sedikit pula buah tangan untuk mak,lalu saya shopping dengan sakan kalini. Alhamdulillah, rezeki lebih hadiah utk mak dan keluarga haruslah lebih juga.


Tepat pukul 10 malam, kak Ros dah ready utk menghantar saya ke Sri Putri. Beliau dari lab, terpaksa re-produce her sample for testing. Pukul10 masih di lab sorang-sorang, cekal betul beliau. Raya haji pun tak balik. Dek kerana terlalu bkejar saya tidak smpt ke toilet sebelum menaiki bas. That's most important things to do before naik bas ekspress.


Bas sampai 15 minit lewat dari yang dijanjikan seperti dalam jangkaan saya. Kira-kira pukul11 barulah bas gerak dari Sri Putri. Walaupun seat saya yg ke 25 iaitu paling last, jumpy or bumpy tidaklah terasa sgt. Tetapi yg menjadi masalahnya saya mulai merasa mau ke toilet desperately. Dalam hati dah berdoa supaya driver bas pause his drving kat mana2 R&R tetapi hampa. Bas meluncur laju tanpa mempedulikan necessity makhluk di dalamnya.

Sebelum bas melalui R&R Seremban begitu saja, saya bangun ke tempat drive

" Boleh tak stop kat R&R? Saya nak ke toilet"

Dia angguk menandakan dia faham maksud saya.

Saya pulang ke seat saya semula untuk mengambil dompet sambil menanti bas berhenti.

Aik, bas laju je melepas R&R Seremban. Cissss! Sakitnya hati saya. Orang tengah desperate sgt nak ke toilet dia buat bodo ja. Saya cuba berfikir scara positive. Mungkin dia ada plan utk berhenti di R&R yg ok sikit dan taknak jadual perjalanannya terganggu kalau berhenti di R&R lain. Saya cuba untuk pendamkan perasaan ini dan memaksa diri untuk tidor sambil menunggu bas berhenti willingly. Tapi nmpak gaya bas asik berada di line kanan sja, seakan-akan tiada maksud utk dia berhenti.


Saya bangun dan menuju ke arah driver bas lagi sekali.

"Boleh tak..."

Tak sempat saya nak menghabis ucapan, dia dah angguk beriya-iya. Tanpa menghiraukan anggukan dia saya sambung semula

"Saya nak ke toilet. Nnti berhenti eh"

Arahan biar jelas supaya.

Akhirnya bas berhenti sekejap di toilet PLUS Serdang. Layan aja lah.

Rupanya bukan saya saja yang mahu ke toilet tetapi hampir separuh dari bas trun ketika itu. Rupanya ramai yang berperasaan sama seperti saya tapi hanya menyerahkan takdir kepada driver bas. Selesai proses perkumuhan, barulah selesa tidor.


Tidor punya tidor,akhirnya saya sampai di Stesen Bas Sungai Petani pada pukul6.45. Awal giler. Sgt2 awal drpda biasa sebab driver ni jenis yg tak berhenti mana2. Banyak masa dia save. Saya pula perlu menanti bus ke rumah pada pkul7.30 nanti. Semoga saya sampai dengan selamat. Seronok dpt menghirup udara Kedah yg familiar ini.

Mangsa Sula Menderita. Jom Pakat Bantu Dia!

11 comments
Assalamualaikum semua..

Ada tak sesiapa di kalangan kita yang masih ingat tentang sebuah kes tragis yang berlaku pada 1 Jun 1999? Kes seorang budak lelaki yang di sula oleh seorang lelaki keji dengan kejam. Kes ini sangat kuat didalam ingatan saya kerana cikgu sekolah menengah saya menceritakan hal ini ketika kami semua di dalam kelas Bahasa Melayu time saya Tingkatan 1. Alhamdulillah Mohd. Shah yang sudah pun berusia 23 tahun masih kuat berjuang menempuh hidupnya walaupun terpaksa menderita akibat perbuatan si penjenayah yang tidak berperikemanusiaan itu
seumur hidupnya.
Gambar mangsa sula



KULAIJAYA 6 Jan. - Peristiwa malang disula dengan sebatang kayu oleh seorang bekas banduan 11 tahun lalu, masih menjadi igauan buruk kepada Mohd. Shah Abdul Razak.
Akibat kejadian itu, Mohd. Shah, 23, mengalami kecacatan kekal pada dubur dan pundi kencingnya yang menyebabkan keluarganya terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan bagi membeli ubat dan peralatan berkaitan.
Bagaimanapun, ibu Mohd. Shah, Jamilah Daud, 49, semakin terhimpit dengan masalah kewangan menampung perbelanjaan sekeluarga termasuk lima anaknya yang masih belajar. Ini kerana suaminya, Abdul Razak Ahmad, yang menjadi tempat bergantung meninggal dunia tiga tahun lalu.
Jamilah memberitahu, sebelum ini dia terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya RM500 sebulan bagi membiayai rawatan selain pelbagai jenis ubat yang diperlukan bagi memulihkan kecederaan Mohd. Shah.
Bagaimanapun, gaji RM550 sebulan sebagai pembantu di sebuah stesen minyak berdekatan masih tidak cukup memandangkan Mohd. Shah memerlukan makanan khas dan penjagaan rapi.
“Perbelanjaan yang agak mahal ialah bagi membeli ‘tapak’ untuk menyambung saluran usus ke beg takungan najis bernilai RM62.60 yang perlu digantikan setiap hari bagi memastikan tiada jangkitan kuman. Beg najis berharga RM60 bagi setiap 10 unit juga perlu ditukar apabila penuh.
“Bagaimanapun saya bersyukur kerana segala kos bagi peralatan tersebut ditanggung pihak hospital. Terima kasih kepada pihak kerajaan yang ada pada hari ini,” katanya semasa ditemui di sini.
Kejadian yang menimpa Mohd. Shah pada 1 Jun 1999 semasa dia berada dalam darjah enam di Sekolah Kebangsaan Bandar Tenggara ll itu menyebabkan duburnya cedera dan pundi kencing pecah.
Ia akibat nafsu songsang Roslan Imun yang menyula Mohd. Shah dengan sebatang kayu sepanjang 0.51 meter hingga ke paras halkum.
Walaupun Mahkamah Tinggi Johor Bahru menambah hukuman 20 kali sebatan dan mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atas Roslan, namun perbuatannya itu telah memberi kecacatan kekal kepada Mohd. Shah.

Sementara itu, Jamilah berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat mempertimbangkan menyambung kembali bantuan yang dihentikan pada 2002 bagi meringankan bebannya sekeluarga.
Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan, Jamilah menetap di alamat No. 9, Jalan Pahlawan 12, Bandar Tenggara, Kulaijaya atau boleh dihubungi melalui talian telefon 07-8966970 dan 017-7893200


Terus terang, saya berasa amat simpati terhadap nasib Mohd.Shah serta keluarganya. Buat sesiapa yang masih blur dan tak tau asal usul kes ni, ini merupakan artikel dalam utusan tahun 1999 pasal kes Mohd.Shah.


JOHOR BAHRU 13 Julai - Seorang bekas banduan dijatuhkan hukuman maksimum penjara 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah dia mengaku bersalah mendatangkan cedera parah dengan menyula seorang murid sekolah menggunakan sebatang kayu.

Roslan Imun @ Mon, 30, seorang pemotong rumput mengaku bersalah melakukan perbuatan itu ke atas Mohd. Shah A. Razak, 12, pada 1 Jun lalu di antara pukul 5 hingga 6 petang di Jalan Tun Ibrahim, Bandar Tenggara, Kota Tinggi.

Roslan telah mencucuk kayu sepanjang 0.51 meter ke dalam dubur pelajar itu sehingga menyebabkan dubur Mohd. Shah berdarah dan pundi kencingnya pecah.

Kayu itu dimasukkan dari dubur mangsa sehingga ia mengenai bahagian leher mangsa.

Hakim Siti Mariah Ahmad ketika menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan berkata, Roslan telah bertindak ganas di luar batas kemanusiaan biasa.

Menurutnya, tertuduh tidak pernah insaf terhadap perbuatannya sebelum ini iaitu kesalahan membunuh tanpa niat yang dilakukannya pada 16 Oktober 1985 sehingga mengakibatkannya dipenjara 20 tahun.

''Mahkamah berpendapat orang kena tuduh dihukum berat sebagai pengajaran kepada orang ramai dan mencegah orang lain daripada melakukannya dan (dengan ini) menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap (Jun lalu),'' kata Hakim Siti Mariah.

Menurut fakta kes, Mohd. Shah telah didatangi oleh tertuduh yang sedang memikul seguni durian pada petang 1 Jun lalu.

Tertuduh telah meminta mangsa membawa guni durian itu menggunakan basikal ke dalam semak yang berhampiran. Apabila tiba di dalam semak, tertuduh terus menyerang mangsa dengan menumbuk muka, dada dan belakang mangsa bertubi-tubi sehingga mangsa pengsan.

Fakta kes menyebut, apabila mangsa sedar, mangsa mendapati tertuduh telah tiada dan mangsa merasa duburnya kesakitan. Apabila mangsa meraba duburnya didapati duburnya telah berdarah dengan banyak dan di dalamnya ada sebatang kayu sepanjang 0.51 meter.

Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff, ketika berhujah berkata, mengikut laporan perubatan kira-kira 1 hingga 5 sentimeter dubur bahagian depan si mangsa telah koyak dan pundi kencing telah ditembusi oleh kayu itu.

''Sebanyak 95 peratus kayu telah masuk ke dalam tubuh mangsa dan berada betul-betul di bawah sikit dari buah halkum (si mangsa),'' katanya.

Ishak menegaskan, walaupun tertuduh mengaku salah, diskaun hukuman tidak boleh diberi kerana tertuduh baru keluar dari penjara pada 16 Februari lalu di atas kesalahan di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat.

Ishak berkata, mahkamah tidak perlu menaruh simpati kepada tertuduh kerana dia seorang yang agresif dan menggunakan kekerasan peringkat tertinggi.

Katanya, akibat perbuatan Roslan, Mohd. Shah kini terpaksa membuang air kecil dengan menggunakan tiub. Mohd. Shah mengalami kecederaan dan koyak di bahagian dubur, kerosakan pundi kencing dan usus kecil dan terpaksa menjalani pembedahan.

Roslan ketika diminta membuat rayuan sebelum hukuman dijatuhkan ke atasnya berkata: ''Saya meminta menjalani hukuman di Hospital Tampoi kerana pernah masuk hospital itu.''

Roslan, yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya berkata, masalah keluarga menyebabkan dia bertindak demikian.

Bagaimanapun, Ishak ketika menggulung hujah berkata, Roslan perlu disimpan di penjara supaya tertuduh berada jauh dari masyarakat demi kepentingan orang ramai.

Roslan juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh Mohd. Shah.

Bagaimanapun, dia tidak mengaku salah dan meminta dibicarakan. Mahkamah menetapkan Roslan dikenakan perintah dilepaskan tanpa dibebaskan.

Oleh: MIR AZRI SAHARUDDIN


Teruk kan..... Dalam MHI berapa haribulan ntah, mereka menjemput mak Mohd.Shah iaitu Pn.Jamilah dan menelefon Mohd.Shah dari studio. Ketika ditemubual, kami kat rumah dah sebak dengar cerita mak Mohd.Shah tapi mak dia tabah sgt. Tak dak riak nak nangis langsung. Kalau kita ditempat dia, kalau saya lah.. anak kena macam tu, then suami meninggal pula. Ya Allah..tak dapat nak bayangkan. Tapi, Allah Maha Mengetahui.. Ujian Allah bagi hanya pada mereka yang benar-benar layak ja. Hanya orang yang kuat hatinya macam mak Mohd.Shah nie ja yang boleh menerima ujian macam nie. Dan apabila pengacara bertanya kepada Mohd.Shah adakah dia sudah memaafkan si penjenayah tu, dia cakap dia dah maafkan dah. Bagusnya.. Saya sangat kagum dengan mereka.

Disebabkan dalam paper tu mereka hanya memberi no.telefon tanpa no.akaun bank so saya cuba untuk call ibu Mohd.Shah untuk mendapatkan no.akaun tetapi panggilan saya tidak berangkat. Mujurlah ada seorang forumer dari Cari Malay Forum berjaya bercakap dengan Pn.Jamilah dan mendapat no. akaun adik kepada Mohd. Shah, iaitu Mohd. Rizduan. Marilah kita sama-sama membantu mereka yang sangat memerlukan bantuan ini. Sesiapa yang nak menderma tu bolehlah bank in.


Nama: MOHD RIDZUAN BIN ABDUL RAZAK
Nombor Akaun Maybank: 151164240443
Nombor Tel: 07-8966970 dan017-789320
Alamat: Mohd. Shah Abdul Razak atau Jamilah Daud,
No. 9, Jalan Pahlawan 12, Bandar Tenggara, Kulaijaya, Johor.

Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan 10 hari terawal di bulan Zulhijjah ini untuk menambahkan amal dengan membantu Mohd.Shah dan ramai lagi yang memerlukan bantuan. Kalau tak dapat bantuan wang ringgit, setidak-tidaknya kita doakanlah bersama agar keluarga mereka ni diringankan beban dan dilimpahi rezeki untuk mereka meneruskan kehidupan masing-masing.

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). (Ayat 215: Al-Baqarah)
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. (Ayat 268: Al-Baqarah)

Kelebihan Bulan Zulhijjah

12 comments
Assalamualaikum semua..



Hari ini dah masuk bulan ke 12 dalam kalendar Islam iaitu Bulan Zulhijjah yang sangat banyak nikmat Allah untuk kita ambil.  Amal yang dilakukan di dalam 10 hari terawal dalam bulan Zulhijjah mempunyai kelebihan melebihi jihad fisabilillah;Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:  Nabi SAW.  bersabda yang bermaksud;


Tiada sesuatu hari yang mana orang beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10).  Sahabat bertanya:  Walaupon jihad fisabiliLlah ya Rasulullah?  Jawab Rasulullah SAW.;  Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali(yakni habis hartanya dan mati).

Mari sama-sama ikuti ceramah berguna daripada Dr Abd Basit yang menceritakan kelebihan 10 hari awal bulan Zulhijjah.




Selain itu, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman telah mengesyorkan beberapa amalan yang digalakkan untuk dilakukan sepanjang 10 hari terawal Zulhijjah, seperti:

1. Berzikir.

Iaitu dengan memperbanyakkan zikir seperti ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’, ‘La ilaha Illa Allah’ dan ‘Allahu Akbar’. Ia bersumber daripada hadis riwayat At-Tabrani yang diakui sahih oleh Imam Al-Munziri di mana Allah SWT menyebut ertinya: “Supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.” (Al-Hajj, 28)

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’ adalah 10 hari Zulhijjah ini dan ini juga adalah pendapat majoriti ulama.

2. Berpuasa.

Sangat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah) pula hari terbaik untuk berpuasa.

Rasulullah SAW bersabda mengenai kelebihan Hari Arafah, bahawasanya: “Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih daripada Hari Arafah.” (Riwayat Muslim)

Baginda juga menyatakan puasa itu menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

3. Melakukan amalan bersedekah, membaca al-Quran, solat sunat dan lain-lain.

Ia semuanya termasuk di dalam umum hadis yang menunjukkan ia sangat disukai oleh Allah SWT.

4. Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih teragak-agak dan menangguhnya.

Sungguh biadap jika umat Islam bersuka ria dengan melampaui batas haram pada hari yang sangat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

5. Bertakbir.

Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa Saidina Ali menyatakan, permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu Asar hari ketiga tasyrik.

6. Melakukan sembelihan korban.

Allah SWT berfirman: “dan berdoalah dan berkorban,” dan “Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah daripada tanda ketakwaan hati.” (Al-Hajj, 32)

Hadis Riwayat At-Tarmidzi, Abu Daud, Gharib menyebut: “Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai Allah SWT pada hari korban kecuali berkorban (dengan menyembelih binatang).”

Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama, termasuk sahabat besar seperti Abu Bakar As-Siddiq RA, Umar Al-Khattab RA dan Ibn Mas’ud RA berpendapat ia WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.

Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri daripada memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadis sahih riwayat Muslim bahawasanya: “Barang siapa yang ingin menyembelih (berkorban), dan sudah masuk 10 awal Zulhijjah, maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya sehinggalah sampai korban dilaksanakan.” (Muslim, 3/39)

Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Bagaimanapun, ia tidak termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah RA pernah meriwayatkan beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan korban.

Aisyah RA menyebut bahawa tiadalah Rasulullah SAW mengharamkan apa- apa (ketika menunggu masa untuk menyembelih) hinggalah sampai waktu sembelihan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, dibenarkan memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wuduk dan kewajipan lain.

Tidak dibenarkan berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang disembelih dari pasar, lalu disedekahkan atas niat korban.

Tatkala itu, ia dianggap sedekah biasa saja dan bukan korban yang disyariatkan pada hari raya Aidiladha.

Pahala korban jauh lebih hebat daripada bersedekah harganya saja. Ia adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain.

Firman Allah SWT: “Daging unta dan darahnya sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Hajj, 37)

Untuk melakukan korban, binatang yang sebaik-baiknya ialah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri dan kambing.

Dalam menentukan pembahagian daging ini, daging korban yang dilapah perlu dibahagikan satu pertiga kepada individu yang berkorban, satu pertiga kepada fakir miskin, jiran serta saudara mara dan selebihnya satu pertiga kepada sesiapa yang memintanya.

Ini berdasarkan firman Allah SWT bahawasanya: “Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan fakir,” (Al-Haj, 28) dan ayat ke-36 surah Al-Haj: “Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya.”

Bagaimanapun, dilarang memberi upah kepada tukang lapah dan penyembelih atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal).

Namun, ia ‘harus’ jika termasuk daripada kalangan fakir miskin atau diberi secara sukarela orang ramai sebagai hadiah.

Malah, daging korban juga tidak dibenarkan dijual sebagaimana dipersetujui majoriti ulama.

Selain daripada itu, dalam menentukan syarat sah korban, sesebuah organisasi atau syarikat tidak boleh mengeluarkan perbelanjaan dan menyembelih korban atas nama syarikat.

Ini adalah kerana korban mesti dilakukan oleh individu tertentu atau untuk individu tertentu, dan semestinya bukan untuk organisasi yang bukan manusia.

Dalam melaksanakan korban ini, Rasulullah SAW menamakan hari sembelihan, iaitu 10 Zulhijjah sebagai Haji Akbar. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sohih: Ibn Qayyim dan Albani). Sayyidina Ali Abi Talib juga pernah ditanya apa itu Haji Akbar, beliau menjawab: “Ia adalah hari sembelihan (iaitu haji raya pertama).” (Riwayat At-Tirmidzi)

Menurut Ulama, itulah yang dimaksudkan dalam ayat surat At-Taubah tetapi sesetengah ulama lain membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah.

Sesetengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas RA dan Ibn Umar RA yang menyatakan Haji Akbar adalah hari Arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa.

Ia juga disebut oleh Imam Al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan.

Namun, ada sahabat mengatakan Haji Akbar adalah hari Arafah yang jatuh pada hari Jumaat, manakala Saidina Ali pula mengatakan ia hari korban pada 10 Zulhijjah dan setengah yang lain pula menyebut ia adalah semua hari-hari wukuf di Mina (hari Tasyrik).

Akhirnya, perlu dipastikan bahawa tarikh hari raya Aidiladha menurut ijtihad pemerintah kerajaan Saudi bagi menyatukan umat Islam di seluruh dunia (kecuali jika benar-benar sesebuah negara itu mengikut rukyah).


===================================================
 Mari lah kita berusaha mengutip rahmat Allah yang melimpah ruah ni.

Hidup dalam Bas

16 comments
Assalamualaikum semua.. how was your day? hopefully baik-baik saja.


Tak lama lagi dah nak raya haji dan saya perlu segera membeli tiket bas. Selama hampir 6 tahun saya di Johor, menaiki bas selama 12 jam itu adalah sangat normal bagi saya. Kalau orang lain, baru 5 jam pun sudah ada yang merungut sakit pinggang dan tak keruan. Begitu banyak cerita dan pengalaman yang saya perolehi hanya dengan menaiki public transport yang murah dan reliable ni.

Mungkin sudah terbiasa menaiki bas sejak dari zaman sekolah makanya tips and tricks "How to be selesa giler dalam bas" tu dah dapat la serba sedikit. Bermula dari darjah 6, saya dan adik saya dah mulai menaiki bas untuk ke sekolah. Walaupun setahun, sempat juga saya menjadi anggota geng bas sekolah. Yang tak best nye rumah saya antara yang hujung-hujung so kami selalu kena berdiri dan bercampur sekolah menengah dan rendah. Peluang nak duduk memang tipis. Tak suka time sekolah rendah sebab terlalu comot.


Seterusnya saya bergelar pelajar di Sek.Men.Sains Pokok Sena dan saya perlu mengharungi 2 jam total dari rumah ke sekolah dalam bas. Saya mulai menaiki bas sejak dari Tingkatan 2 dan ketika itu bas Mara biru masih beroperasi dengan gahnya. Disebabkan bas tak lalu depan rumah, adik saya yang bertanggungjawab menghantar saya ke bus stand yang berdekatan. Selalunya nak balik hostel saya lebih gemar berbaju sekolah daripada baju batik kerana akan bas Mara yang baik hati memberi harga separuh apabila memakai baju sekolah. Best nya dapat diskaun.


Dari rumah saya berhenti di Stesyen Bas Shahab Perdana dan menaiki bas HBR untuk ke sekolah. Sampai sekarang saya tak tahu apakah itu HBR. Ada orang cakap HBR tu stand for nama pemilik bas tu. Bas HBR ni memang sangat tua dan uzur. ish ish.. Bas ini menjadi main transport kepada semua pelajar untuk outing dan balik kampung. Memang sangat berjasa. Saya paling tak suka time ada org nak check tiket. Terpaksa buat-buat tidor kalu terhilangkan tiket tu.

Selepas habis SPM dan Matriks, saya sambung belajar di UTM nih. Dari Kedah ke Johor 12jam okeyh. Sangat bosan di awal tahun pertama tapi sebabkan saya selalu balik dengan member baik so tak terasa sangat kebosanannya. Bergosip aja keje. Dah penat gosip, tidor. Bila buka mata dah sampai Sungai Petani.  Banyak juga bas yang saya dah cuba tapi hanya berapa kerat ja yang saya prefer. Yang paling best pastilah Bas Golden Diamond. Bas ni the very 1st bas kami naik untuk pulang ke Kedah. Selesa sangat dan ada 4 tv lcd.

Tapi sayangnya, lepas itu bas ini dah tak beroperasi untuk dalam Malaysia. Mereka fokuskan bas ini untuk route ke Singapore sahaja. Tak adil betul. Then, kami mula bertukar-tukar bas sehingga la kami setia dengan KKKL, Starmart atau Swarna Bumi.





Dah sampai Sungai Petani, saya perlu menaiki sebuah bas lagi untuk sampai ke rumah saya. Bas Cityliner ini baru ja wujud. Bas ni sangat kondunsif, beraircond dan murah. SP-Jeniang terasa dekat menaikinya.


Sekarang bas Mara dah bertukar wajah kepada warna merah dan beraircond. Perjalanan saya dari rumah ke Shahab Perdana tidak lagi memeningkan. 

Bas mara ini lah yang saya naiki untuk kemana-mana kerana inilah satu-satunya bas yang melalui depan rumah saya.TERIMA KASIH sgt2! Saya selalu kena sound dengan driver bas sebab tunggu bas depan rumah sahaja, tidak menunggu di bas stand.  mereka akan cakap

"Adik, lainkali jangan naik kat sini. Tunggu depan sana tu. Bahaya sini kat selekoh" X 7 tahun. 

Tapi dalam sound2 tu, dah 7 tahun mereka berhenti dan amik saya. hehe...


Sedikit tips and tricks untuk selesa dalam bas base on my experience yang sedikit ini

1) Pemilihan seat
Ini part yang paling penting untuk keselesaan anda. Kepada wanita, tolonglah beli single seat kalau travel sorang-sorang. Kalau pun seat penuh dan terpaksa duduk sebelah lelaki cuba minta tukar dengan penumpang lain. Bahaya apabila duduk bersebelahan dengan lelaki untuk masa yang lama dan gelap pula suasananya. Alhamdulillah, selama saya balik sensorang dan terpaksa duduk sebelah lelaki, lelaki yang duduk sebelah saya semua yang baik-baik. Baik-baik dalam ertikata tak menggatal nak meraba atau mengambil kesempatan. Ada banyak kes dicabul dalam bas dan mangsa takut untuk bertindak kerana malu. 

Baru-baru ni, orang kampung saya cerita perihal kisah kawannya yang diraba dalam bas. Dia yang terkejut terus menjerit seperti orang histeria dan memaksa driver bas untuk membuat report polis. Mujur driver bas baik dan menghantar peraba itu ke polis. Tapi still, better take precaution. Jangan duduk sebelah opposite sex terus.

2) Baca Doa dan ayat Kursi.
Setiap kali naik kenderaan perlu baca doa, mengucap dan baca ayat Kursi untuk keselamatan. Kita tak tahu mungkin ajal kita sampai ketika itu.

3) Bawa selimut
Aircond yang sejuk melampau akan berlaku dalam bas setelah lama dipasang dan memang sangat tak menyelesakan. Mula-mula saya pakai sweater and socks je tapi tak membantu sangat. Jadi saya terus bawa selimut. Jangan la bawa selimut besar tu, bawa yang kecik sudah la. Selimut cover satu badan daripada sweater yang cover upper part ja. Paling sedih time pakai sweater bila sentuh hidung pagi-pagi tu hidung macam beku ja. Kalau berselimut leh cover muka terus.

4) Toilet
Setiap kali turun daripada bas kena sentiasa bagitahu driver bas nanti ditinggalkan pulak. Tambah-tambah kalau yang sakit perut tu. Kalau buang air kecil sekejap je tak pe. So, jangan makan makanan pedas sebelum naik bas. Merana nanti

5) Posisi tidur
Dalam bas jangan lah nak mengharap boleh tidur macam di atas katil dalm bilik. Tapi boleh saja untuk berperasaan begitu. Turunkan sedikit seat dan mengiring. Setiap kali tidur dalam bas, saya akan mengiring ke kiri atau ke kanan mengikut keadaan. Sebenarnya posisi ni ikut kesedapan sendiri je.


Alhamdulillah, setakat saya menaiki bas belum pernah saya terlibat dalam kemalangan. Takut juga bila membaca berita kemalangan bas ketika musim raya tapi kita takkan hidup kalau terlalu takut or paranoia kan?. Selain bas-bas di atas, saya juga suka bas Nadi Putra yang selalu berlegar dalam Putrajaya. Kalau turun jumpa cik Anie pasti inilah kenderaan utama kami.



Supplement itu pentingkah?

6 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. May today will be better than yesderday :)

Supplement atau makanan tambahan yang berbagai-bagai rupa termasuklah pil, gel, solution dan tablet sangat banyak sekarang ni kan terutama di Guardian bahagian supplement, tengah2 corner Jusco or any supermarket seumpamanya. Ada B-complex, vitamin C, primerose oil, minyak ikan kod, .......  dll. Persoalannya, adakah perlu untuk kita mengambil supplement yang mahal-mahal ni on daily basis? Secara teorinya, jika kita mengamalkan pemakanan sihat dengan imbangan jadual pemakanan yang betul, cukup protein, lemak dan karbohidrat, kita tidak memerlukan makanan tambahan. Seorang imunalogist berkata,

"makanan tambahan hanya untuk mereka yang malas. Jika seseorang itu memiliki imbangan pemakanan yang betul, tiada alasan untuk mengambil makanan tambahan. Jauh bezanya antara makanan asal seperti sebiji oren dengan tablet yang sama khasiatnya."

uhuks, malas ke saya?.

Bagaimanapun, consider pulak gaya kehidupan seharian yang serba busy dan hectic sampai ada yang cenderung mengabaikan kesihatan diri sendiri tak kira lah lelaki perempuan tanpa kita sedari. Pelajar dengan gaya hidup nya - kalau ada test pulun study hard sampai tak tidur dan makan pun depan note. Tapi bila time tiada test or due date assignment ada lagi 3 hari berbaki, lepak kedai mamak tengok bola dulu. Layan cerita korea sampai pagi esok sambil order McD delivery je. Engineer pula dengan ketensenan kat plant or kat line serta desakan customer yang cerewet. Nak nak lagi bila ada design product baru masuk or ada masalah kat machine.   Doctor dengan pesakitnya, on-call dan banyak lagi. Last-last kepala tension dan badan meragam kerana asik menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja dan material. Ini dah bukan kategori malas lagi.

Justeru itu, di sini ada sedikit guideline untuk memilih supplement yang terbaik untuk diri kita.


1.Kerap berada dalam keadaan tertekan sama ada kerana kerja, keluarga dan perhubungan. Keadaan ini akan menyebabkan kelenjar adrenal anda berkerja ‘lebih masa’. Keadaan ini akan menyebabkan sakit kepala dan keletihan. Mungkin pengambilan vitamin B komplek, E dan C boleh membantu.

2. Sejarah keluarga yang berhadapan dengan ostreoprosis. Membekalkan tubuh anda dengan mineral yang tersimpan dalam tulang boleh menolong mencegah masalah ini. Apatah lagi bagi wanita yang kerap melahirkan anak, bayi bergantung bekalan kalsiumnya daripada ibu. Justeru pengambilan kalsium, magnesium dan vitamin D mungkin membantu anda menangani osteoprosis.


3. Anda kerap diserang selesema. Sistem imun anda mungkin rendah berbanding orang lain. Dalam keadaan ini tambahkan pengambilan vitamin C dan zink.


4. Jika anda merokok, anda memerlukan lebih vitamin C. Selain itu anda mungkin memerlukan kalsium, magnesium dan vitamin D, kerana merokok juga dikaitkan dengan osteoporosis, tetapi sebaik-baiknya berhentilah merokok.


5. Jika anda berhadapan dengan masalah hormon, anda mungkin memerlukan vitamin B6. tetapi jangan ambil dos yang banyak tanpa rujukan doktor.


6. Anda mengalami masalah tekanan darah rendah. Lebihkan pengambilan zat besi, vitamin C, asid foli dan vitamin B12 juga.


7. Gout- Mungkin anda perlu mengambil vitamin B5 (asid panthothenik)


8. Masalah jantung - Minyak ikan membantu menurunkan tahap kolesterol. Ia juga berfungsi sebagai agen mengurangkan bengkak atau radang. Jika anda tidak mendapat minyak zaitun dalam diet, 

so,mungkin anda perlu pertimbangkan mengambil makanan tambahan.

Macam saya, kehidupan saya mostly habis dalam lab dan semua nya berkaitan research yang memeningkan. Saya memang memgamalkan madu dan habbatus sauda sejak dari zaman degree tapi bila habis stock mulalah malas nak makan. Namun begitu, memandangkan keluarga saya ada sejarah kesihatan yang tak baik (darah tinggi, batu karang, semua ado) membuatkan saya berusaha memaintainkan pengambilan habbatus sauda dan madu. Madu mesti semua orang tahu keistimewaannya sampai tercatat dalam Al-Quran and now, meh saya cerita sikit kebaikan dan keistimewaan Habbatus Sauda pula.
Habbatus Sauda Softgel HPA.
habatussauda.jpgNabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadithnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain: “Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim).
Nabi Muhammad s.a.w bersabda : 

"Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati ” ( Hadis riwayat Bukhari ).

Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun.  Banyak kajian telah dijalankan keatas habbatus sauda. Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti:
  • untuk menghasilkan kulit muka yang cerah
  • membantu merawat batuk dan asma
  • kencing manis
  • selsema
  • keguguran rambut
  • tekanan darah tinggi
  • masalah untuk tidur
  • sakit-sakit otot dan sendi
  • rasa loya dan muntah
  • mengurangkan kolesterol
  • merawat batu karang dan sebagainya.

  Diantara kajian-kajian yang telah di buat:

  • Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan bahawa Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

  • Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. 
  •  
  • Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).


Ciri-ciri utama habbatus Sauda:

  • Nilai pemakanan Habbatus Sauda kaya dengan: monosaccharide glukosa, xylosa dsb. Polysaccharide fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan amino acid yang membentuk protein karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dan sebagainya.
  • Sistem imunisasi. Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain. 
  • Anti-histamine. Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
  • Anti-tumor. Kajian mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
  • Anti-bakteria. Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
  • Anti-radang (anti-inflammation). Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi), menggalakkan pengeluaran susu. Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Kalau perasan, baru-baru ini ramai blogger yang membuat entry 10 perkara Yahudi tak nak kita tahu dan no. 2 adalah :

 2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.


 
So, sekarang kita dah tahu dan marilah kita berusaha mencegah daripada merawat. Banyak dah pengeluar membotolkan habbatus sauda, pilihlah yang terbaik untuk diri anda. Dulu saya pernah makan pati habbatus sauda yang mixed with madu, pahit nak mati. Saya stop makan habbatus sauda dan makan madu ja. Tapi, mulai tahun lepas saya mengambil produk herba dari HPA setelah disyorkan oleh sepupu saya dan lainnya sebab ia dalam bentuk softgel. Minyak habbatus sauda covered by gel, so bila kita makan tak la rasa minyak tu. Sebaiknya kena gigit gel tu tapi kalau gigit gel tu, kompem rasa pelik lekat dalam mulut untuk 30 minit. Either way, minyak tu tetap masuk dalam badan sebab gel tu boleh dicernakan.



Saya dah jadi ahli HPA minggu ni. Tak ada niat nak meniaga produk HPA tapi harga ahli sangat murah jadi haruslah register.


Mari kita sihat!



L-shape sofa for her

8 comments

Assalamualaikum semua..


Pada hari Sabtu lalu bersamaan 22hb 10 2011 telah berlangsungnya majlis pernikahan serta persandingan Atul our ex-degreemate di Segamat,Johor. Kami the Rombongan from UTM yang dianggotai oleh saya, Nadia dan Ana berangkat ke rumah pengantin kira-kira pukul 6.30 pagi seperti yang telah dirancangkan supaya dapat bersama-sama pengantin ketika dirinya dinikahi. Alhamdulillah, perjalanan kami berjalan lancar dan kami dapat parking betul-betul belakang motor tok kadi.

Atul telah siap dimekap apabila kami sampai di biliknya dan beliau kelihatan sangat cantik walaupun ada juga sinar nervous. Kak engineer pun tahu nervous. Tak lama kami sampai, majlis pernikahan dimulai. Lain betul adatnya dengan negeri Kedah ku. Ada soal jawab, ceramah, nasihat oleh tok kadi, penyerahan tanggunggjawab serta diakhiri dengan selawat. Kalau kat Kedah everything is super simple; soal pasal hukum 2 soalan, akad, terus sarung cincin untuk batal air sembahyang. So, ini macam a new experience for me juga.


Seriously, saya jenis yang sukar nak sebak or touching time tengok orang kahwin sebab terlalu busy cari angle cantik untuk snap picture and memang orang kahwin kena happy la kan?. Tapi, bila time emak Atul baca pesanan untuk Atul supaya menjadi isteri yang solehah kepada suaminya saya dah mula syahdu. Bertambah-tambah lagi touching time tok kadi suruh semua orang bangun dan berselawat sambil pengantin bersalaman dengan saudara mara. Time tu ramai yang sedusedan sebab pengantin lelaki touching jugak.

Lepas Atul nikah dan beliau kena bersiap untuk majlis sanding, kami bertiga lari ke Pekan Segamat untuk gift hunting. Seluruh pelosok pekan kami terjah untuk mencari kedai perabot namun hampa kerana terlalu lapar kami asik nampak KFC, Meribrown aja. Ayah pengantin suruh makan lepas nikah kami lak terus pecut naik keta, mmg sangat lapar la. So, lepas perut dah diisi dengan berger akhirnya kami jumpa kedai perabot ini.


Sukenya Ana dapat jumpa kedai yang boleh provide hadiah untuk Atul. Setelah berurusan dengan pihak kedai, ikut dia pergi storehouse, cari perabot, uruskan delivery dan membuat kad cantik kami pun gerak semula ke rumah pengantin untuk majlis persandingan seperti tiada apa yang berlaku.Surprise gitu.


Pengantin dah bertukar baju tetapi kawan-kawan pengantin masih berbaju yang sama. Time ni pengantin tak tahu lagi kami semua dah sediakan hadiah surprise untuk mereka berdua. Tema kaler Atul sangat fresh, i like.

Sementara menunggu lori hadiah sampai kami lepak bersama-sama kawan yang dah bekerja. Masing-masing dah jauh dan ini lah masanya untuk berlawak bodo antara satu sama lain. Macam-macam cerita keluar. Ini lah kad segera yang telah dideko dalam kereta Nadia dengan nama para penyumbang hadiah. A very BIG thanks semua.


 L for LOVE!. Kira-kira pukul 2.30 lori kedai datang dan hadiah Atul was finally revealed. Time tu semua orang terkejut sebab tak sangka dapat bagi L-shape Sofa for her tapi nothing is impossible when we are unite.Actually, Atul dah pesan supaya bagi hadiah kecil-kecil supaya senang dia nak angkut ke rumah barunya tapi dengan sumbangan yang banyak mana mungkin dapat saya bagi hadia yang kecil untuk dia.

Atul post dalam facebook group this morning says 

we love you too :)


Good job Nadeya and Ana!



**expectation for the next wedding's gift is getting higher. hehe. insyaAllah, hopefully boleh bagi hadiah gempak-gempak lagi.



Korang nak hadiah kahwin apa?

6 comments
Assalamualaikum semua.. semoga hari Jumaat yang mulia ini kita hadapi dengan limpahan rahmat Allah..

First and foremost saya nak minta ampun isi entry saya yang before ni telah memeningkan kepala semua orang dengan cerita Epoxy tu.

So, berbalik kepada tajuk entry ini..saya sebenarnya dah kehabisan idea nak belikan hadiah kahwin untuk kawan saya esok. Kalau duit saya sendiri saya memang aim himpunan 6 gelas yang RM19.90 tu ja sebagai hadiah kahwin orang tapi disebabkan sudah 2 kali saya diamanahkan untuk mengutip duit and belikan wedding gift yang gempak sesuai dengan hasil kutipan duit tu. 

Sudah 6 classmate degree saya menjejakkan kaki ke alam perkahwinan tetapi tradisi (eh?) collect duit hasil sumbangan kawan-kawan yang tak dapat menghadiri majlis or yang nak sharing gift supaya dapat belikan hadiah yang lebih bermakna daripada 6 biji gelas ini just started bila Kema kahwin iaitu orang ketiga kahwin dalam kelas kami.

1st wedding gift:Kema

 Alhamdulillah time tu ramai classmate dah bergelar engineer belaka and sumbangan mmg lumayan so kami belikan dia peti ais Toshiba. Cun gitu.

Rumah Kema kat Kedah, so malam before dia bersanding kami keluaq dari rumah tumpangan senyap-senyap pusing Aloq Staq mencari gift and lastly dapat jumpa peti ais kat TESCO. Esoknya time kenduri lori Tesco datang bawak hadiah ni. memang terharu dapat buat camtu untuk Kema.



2nd wedding gift:Rauf

Untuk Rauf ini, my ex-monitor yang settle kan sebab time tu saya kebizian kot. Dia collect semua duit and belikan Microwave untuk Raup dan pasangan. So, takdak gambaq la. Lelaki kan tak suka bergambaq. Raup cakap dia dan wife dia selalu guna microwave tu. hehe..berguna la kann :)



3rd wedding gift: Akim

Wedding Akim lokasi nya di Batu Caves so, agak sukar jugak nak suruh sapa-sapa belikan hadiah untuk beliau sebab semua orang busy time tue. So, saya,Nadia dan Zaza gerak lepas diorang habis kerja dan terus ke IKEA straight from Johor dengan berbekalkan Google Maps. Mujur ada sofa yang cantik dan sesuai dengan bajet. Suami Kema siap nak tukar peti ais diorang dengan sofa Akim.hehe

Pengantin dah rasmikan sofa mereka :)



4th wedding gift: Atul

Esok bersamaan 22hb 10 akan berlangsung nya wedding Atul di Segamat yang mengambil masa 2 jam dari Skudai. Duit sumbangan semua dah ada dengan saya tapi seriously, tak tau nak beli apa dan kat mana?? Esok saya akan gerak lepas Subuh or after Ana tiba dari Terengganu with Nadia untuk tengok Atul nikah. Ikut plan lepas Atul nikah kami kena bergegas ke Pekan Segamat for gift hunting. Minta-mintak lah ada kedai perabot or kedai elektrik yang bernas di sana.Udah ler tiga-tiga orang ni tak pernah shopping kat Segamat pun. Bekal Google Maps lagi la..my Blackberry takde GPS (T_T)

Atul dah bagi hint nak sofa or dining table set tu. Hopefully, ada la eh.


Ya Allah..
Ada lagi 3 orang akan kahwin bulan 11 (Tangkak),12 (Pahang), dan 1/2012 (Rembau). 

Nak belikan apa lagi??






Lantai Makmal BerEpoksi

6 comments
Assalamualaikum semua.. Hari ini my 1st day ke lab selepas MC akibat bisul dalam telinga. Sakit betul. Sekarang pun masih sakit tapi lepas makan ubat, Alhamdulillah dah semakin membaik. Doc dah pesan, jangan over sangat korek telinga. baek..

Sampai di lab, pening kepala muncul kembali penangan bau cat epoxy yang sangat over ni. 


Last week orang tu dah cakap nak cat lantai makmal this week tapi saya terlupa. Dan saya tak boleh nak buat writing kat bilik jugak sebab cobaan dan dugaan yang sangat menggoda dengan katil yang empuk dan koleksi drama Korea Jepun yang tengah tunggu turn nak ditonton. So, saya lepak dalam bilik lab technician untuk menyelematkan diri dari bau epoxy yang melampau ni.



Para pekerja mengecat part by part. Bijak jugak, so tak perlu nak angkut semua perabot keluar masuk. Once the other part dried, perabot alih pula ke part yang dah kering tu. 

Bagi lantai makmal epoxy memang sangat berguna compare to other kinds of flooring paint. 

Sat..apa itu epoxy floor? 

Dalam Bahasa; Epoxy = Epoksi. Cat epoxy ini ialah cat yang dihasilkan menggunakan epoxy resin. Epoxy resin pulak ialah sejenis thermoset polymer material yang asalnya cecair dan converted to solid polymer selepas berlakunya chemical reaction. Nama lain Epoxy ialah polyepoxide. Dr. Pierre Castan of Switzerland dan Dr. S.O. Greenlee in the United States merupakan saintis terawal yang berjaya menghasilkan bisphenol-A based epoxy resins pada tahun 1936.


Epoxy banyaknya dihasilkan daripada reaction between epichlorohydrin and bisphenol-A (BPA). BPA ni yang glamer lepas kes BPA dalam botol susu baby tu. BPA sangat berguna dalam penghasilan botol polycarbonate yang kuat dan lutsinar dan 95% botol susu mempunyai BPA. Kepada ibu2 yang concern hal ini dan nak beli botol anak-anak free-BPA check betul2..biasanya yang ada BPA, kat bawah botol susu ada simbol ni;

  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC 
  3. Nombor 7 dan ‘other’

Contoh botol air polikarbonat PC 7

Botol air polikarbonat PC 7

Contoh botol susu polikarbonat PC 7

Botol susu polikarbonat PC 7


Atau menurut Chin Kah (Penolong Pengurus Kualiti, Standard dan Informasi Persatuan Pengguna Standard Malaysia), botol susu mengandungi BPA dan yang bebas bahan kimia tersebut boleh dibezakan melalui kod kitar semula yang tertera pada botol berkenaan. 


"Bagi yang mengandungi BPA kod kitar semulanya ialah 3, 6 dan 7, manakala kod botol bebas BPA pula ialah 1, 2, 4 dan 5.

Berbalik kepada epoxy pulak..

Epoxy in mempunyai properties yang sangat baik seperti mechanically strong, tahan electric, tahan chemical which is ia sgt sesuai menjadi lantai chemical lab dan kuat lekatan time conversion dari cecair to solid. Properties epoxy ni boleh diubah mengikut formulation. 

 Epoxy resin 3D structure.



Epoxy systems ada 2 komponen iaitu resin dan hardeners. Resin ni biasanya ringan, warnanya clear dan tak berbau. Hardeners biasanya lebih gelap dan mempunyai bau seperti 'ammonia-like' smell. Apabila kedua komponen ini mixed, chemical reaction akan berlaku dan link together dan hasilnya ialah plastic material yang kuat. Selain cat or coatings, epoxy jugak selalu digunakan sebagai adhesives and composite materials like carbon fiber and glass-reinforced plastic. Selain lantai biasa, epoxy ni jugak boleh coat macam-macam lagi surface including steel, concrete, and wood.


Selepas bercampur dua komponen ni barulah epoxy akan cured dan jadi solid.

STOP here.

hmmm.. sebenarnya saya buat blog ini untuk lari dari polymer engineering subjects tapi nak buat camno.pening bau epoxy + effect ubat yang melalokkan gamaknya. @_@. hehe





Dari JB ke Lumut

7 comments
Assalamualaikm.. 

Dah lama betul saya tak update blog saya ini. Dalam entry ini saya ceritakan keseronokan kami semua bermini reunion di wedding Hakim di Batu Caves. On last weekend, saya menghadiri majlis resepsi pihak lelaki di Teluk Intan, Perak pula. Pulun pulak saya berhepi mepi time keja tak siap.. tapi geng utara ajak saya turun bersama-sama mereka dan saya amik peluang melawat keluarga comey Kakti. 

 Dalam kereta Aiman. Baru nak revise map dari Lumut ke Teluk Intan. Aiman, Puan Kema, Yat dan saya. Besaq nya muka.



 Saya sungguh pelik kenduri kat sana. Kami sampai dalam pukul 3 lebih tetapi kami merupakan tetamu paling last sampai. Tengah makan caterer dok kemas kerusi kat belakang. Lepas tu, kami erjalan-jalan di Menara Condong. Actually pengantin pun ada time tu dok wedding photoshoot mereka tapi kami kena halau sebab kacau mood. keke



 Ikut plan sebenar nak ke Pulau Pangkor sebab dah dekat benar, tapi terkansel tetiba so kami mandi manda di Teluk Batik je lah. At 1st round ombak yang sangat ganas menyambut kami dengan hebat. Tak cukup nafas nak lawan. Rehat kejap and kat 2nd round mandi baru lah terasa mandi laut.

Tapi yang paling best mestilah sebab dapat jumpa baby Emran yang dah semakin besaq ni. Dulu kecik ja.


 Makdak Mi amik gambaq Emran time tak pakai baju, tengok dia dah marah. Pemalu rupanya Emran ni. Suka tengok jari tangan dan kaki dia. Comey sangat!.

TQ to my Kakti yang sediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang enak time lawatan cek. Sambal petai hari tu memang excellent!


 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template