Bunga kahwin Kema

Assalamualaikum..

 Tak lama lagi Kema bakal berumahtangga, jadi beliau mengajak kami rakan sekelasnya yang berada di area Utara menemaninya membeli bunga telur di Padang Besar, Perlis. Bagus juga ajakan itu. Sudah lama sangat tak bertemu dengan Usyer yang sekarang sudah menjadi engineer di Kulim, Aiman yang menjadi engineer di Perak, Yat yang sudah bekerja sebagai engineer di Penang juga Kema sendiri yang bertugas sebagai pensyarah di Perlis. Cuma saya yang masih setia berlajar di Johor. Kebetulan cuti, haruslah berjumpa rakan2.

Kira-kira pukul 8 pagi, Atos kepunyaan Usyer sudah sampai di perkarangan rumah saya. Kami kemudiannya bergerak ke Alor Star selepas Aiman dan Usyer menjamah nasi lemak hasil belian. Rumah Kema menjadi meeting point kami dan Yat.
Tiga gadis2 bersama Atos Usyer
 
Sebelum memulakan shopping, perut dipenuhi dengan makanan sedap2 hasil belanjaan bakal pengantin dulu. Lebih manis dan berkat. Padang Besar yang letaknya bersebelahan dengan Thailand mempunyai banyak barang2 yang murah. Cuma kita jangan berbahasa seperti orang luar, nanti depa naikkan harga. Tapi saya kurang berminat dengan barangan di sana kecuali buah jambu yang manis tu.

 Kedai hantaran dan bunga untuk orang kahwin banyak di sana. Harga pun boleh la murah. Kena pandai cari kedai juga.

Selesai shopping, on the way pulang kami singgah di kandang burung unta dan kuda yang letaknya dekat ja dari Padang Besar tu. Tempat tu macam tiada penjagaan rapi, burung2 kelihatan kesian dan bulu2 banyak yang gugur.
Lapar ye? Nah,makan banyak sikit





0 comments:

Post a Comment

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template