Berhati-hati berkawan dengan Iranians.



Assalamualaikum everyone,



Dalam jabatan saya terutamanya postgrads students (master and phd) majoritinya foreigner la yang conquer. Saya pun sedih sebab kebanyakan local student lebih suka bekerja daripada meneruskan pelajaran mereka. Ini mengakibatkan grant yang diberikan kepada pensyarah-pensyarah oleh pihak MOSTI dan KPT disalurkan kepada orang luar. Tetapi not to blame pensyarah sebab mereka dah buat macam-macam iklan nak menyuruh student sambung belajar tapi tetap fresh graduates lebih suka bergelar engineer dengan secepat mungkin. Biar lah, masing-masing punya minat dan kecenderugan tersendiri, penat jugak saya dok memujuk kawan-kawan untuk sambung belajar.


Jadi, persekitaran saya memang penuh dengan foreigner yang ramainya dari Negara Iran, Pakistan, Nigeria, Indonesia dan China. Secara terang saya paling kurang gemar dengan student Iran ni sebab mereka ada sejenis perangai yang sangat menggeramkan. Kebanyakan Iranians suka argue dan suka nak menang walaupun dah terserlah jawapannya. Ada saja modal mereka nak debatkan hatta dengan pensyarah yang bergelar profesor pun mereka gelarkan "kurang ilmu". Padahal dia yang kurang ilmu, master pun belum habis. Pernah dalam kelas time master saya dulu, ada seorang Iranian ni suka sangat tanya soalan walaupun pensyarah sedang menerangkan sesuatu. Bagi saya, sekirannya ada masalah boleh ditanya selepas pensyarah habis menerangkan isi subjek itu. Jangan lah nak potong kata-kata pensyarah, kurang ajar namanya tu. Sampaikan silibus pun tak habis sebab SETIAP benda pun nak tanya dan argue seolah olah dia saja yang betul.


Tapi itu saya tak kisah sangat sebab saya dah grad master dan dia pun dah balik Iran. Alhamdulillah. Tapi bila saya sambung phd ni, lain pulak pemikiran orang phd ni. Ada la sorang pak cik Iran ni yang suka ajak saya bersembang pasal AGAMA. Mula-mula saya ingat dia macam Iranian biasa yang suka menunjuk pandai, saya layankan aje. Saya ni jenis kalau orang nak sembang ajak nak lawan sapa pandai sapa bodoh, saya diam diri saja. Biaq dia cakap sorang2, bukankah kalau kita berdebat dengan orang tak bijak kita pun aka sama tak bijak jugak?. Tapi lama-lama tu saya sedar dia adalah mangsa kekejaman pemerintahan SYIAH yang korup dan baginya Islam adalah agama yang kejam. Sebab di area tempat tinggal dia, Syiah masih menakluk dan mereka menindas orang awam dengan teruk. Kakak dan adik perempuan dia dirogol or depa panggil Mut'ah oleh so-called orang alim di tempat dia. Jadi, dia datang ke Malaysia dengan idea yang Islam adalah kejam sebab dari dia lahir Syiah yang menyimpang tu sangat menindas golongan yang miskin macam dia dan dia terang2 mengatakan Al-Quran adalah tidak betul. 
Sebaliknya Bible yang kita sedia maklum diubah dari Injil itu adalah terbaik baginya. Setiap hujah saya (saya pun bukan pandai Agama sangat sampai nak berhujah) dia takmau dengar. Saya sangat kesian tengok dia, mereka menjadi apa yang mereka jadi sekarang kerana ajaran Syiah yang sesat itu. Mujur lah Malaysia sangat tegas dalam hal Syiah ni. Sebarang ajaran Syiah perlu dicantas secepat mungkin.


Ada pernah sekali  pakcik ni ceritakan apa yang pihak authority Iran buat kat family dia sambil nangis2 didepan saya, Kak Ros dan seorang student phd dari Pakistan. Dia dah 40tahun lebih dan sedang menghabiskan phd dia supaya dia kembali ke Iran untuk menyelamatkan famili dia. Di sana, sesiapa yang miskin akan sentiasa miskin kerana jawatan tertinggi hanya boleh dipegang oleh kroni-kroni orang alim mereka. Sungguh sangat tak adil.

Ya Allah...sangat besar tanggungjawab pak cik tu. Saya berdoa semoga dia dibukakan pintu hati kepada Islam yang sebenar ini. At least dia ada jugak rasa nak argue pasal agama. Yang Iranians lain-lain, yang muda sekitar 24 tahun dah jauh menyimpang dari jalan Islam dah. Pernah saya katakan kepada one of the master student lelaki yang tengah buat lab hari Jumaat,

"why don't you go for Jumaat prayer first, let me watch your apparatus for you"

Dia balas,

"I don't need to"

Rupanya, bila saya selidiki Iranians yang datang Malaysia isytihar diri mereka musafir dan tak perlu solat Jumaat dan tak perlu puasa. Hadoi. Macam tu pun ado. Ada lagi cerita yang kurang enak saya dengar, ada yang culture shock kot sampai Malaysia terus bukak tudung. Gadis-gadis Iran seriusli sangat cantik,hidung mancung, mata bulat, bulu mata lentik tapi sayang...pelik betul saya tengok mereka nie. Kata mereka, mereka dipaksa bertudung dan solat di Iran, di Malaysia tiada pihak berkuasa yang nak hukum. Ada jugak yang dah minum alkohol dan b*b* (saya tak suka nama menatang tu). Ada sorang Iran tu siap cakap rugi saya tak makan daging b*b*  sebab rasanya sedap. Astaghfirullahhal azim..Ya Allah..sungguh melencong mereka ni. Pakcik phd tu sekarang dah jarang saya jumpai sebab saya dah pindah naik lab atas. Kat lab atas ni aman sikit, cuma ada student Melayu dan seorang orang Iraq yang suka berbahas jugak tapi much ok dari Iranian.


Moga Allah sahaja lah yang dapat membuka hati mereka dan meneguhkan hati kami semua.


Jadi saya nak menyeru kepada sesiapa yang nak kawan dengan Iranian or any orang la kena pastikan pegangan Agama mereka terlebih dahulu. Macam nasihat Imam Syafie

"Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat. Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada."


Sangat sangat sangat sangat setuju sengan nasihat ni. Kawan yang baik boleh mempengaruhi kita mendekatkan diri kepada Allah begitu juga kawan yang tak baik boleh membawa kita jauh dari Allah.


Untuk lebih kefahaman tentang apa yang sebenarnya berlaku di Iran dan kejahatan Syiah, silalah menonton video pembongkaran ini dengan hati terbuka :




Berderai air mata saya menonton video ni, sedih sangat melihat keadaan orang Islam sekarang. Ya Allah, berikan kami petunjuk dan hidayah mu.T_T




15 comments:

  1. sedih bila tengok islam disalahertikan akibat kekejaman pihak lain.. huhu semoga kita semua ditetapkan hati & iman dan diberikan hidayah Allah..

    ReplyDelete
  2. Itu la pasal. Kalau lah mereka faham isi Islam yang betul mesti akan terus terpikat ngn Isalam tp mereka percaya media lebih dr segalanya.

    ReplyDelete
  3. org macam ni kena jawab sedas dua baru dia diam kot....huhu....

    ReplyDelete
  4. akak ada gak pengalaman kerja kat bahagian postgrade ni. memang sakit jiwa layan karenah depa, selalu ja buat kita hilang sabar.
    kalo mood boss akak tak ok, siap kena maki depa ni, padan muka

    ReplyDelete
  5. aanie:
    Dah jawab berpuluh das pun masih takmo terima. Moga Allah bg dia petunjuk

    ieyan afieyna:
    hurmmm?

    Nizam Ijam:
    Bahaya, mmg kena berjaga-jaga.

    Mamasyaza:
    Tu la..saya pun kesian tengok akak2 yang handle budak2 postgrad ni. dah la tak suka beratur, sabor je la.

    ReplyDelete
  6. mmg perangai org iran ni pelik sket. elok hati2

    ReplyDelete
  7. ekmi tgh buat phd gak ke skrg ni? btw, dulu ada gak lect dr iran. dia pun x solat jumat. bila kebetulan ada discussin dgn dia dan i mintak excuse nak solat, dia akan ofer bilik dia. di acakap, harap2 Allah nampak kebaikan dia bg pinjam bilik untuk i solat..tp dia sendiri x solat pun aiyarkkkkkkk camno tu

    ReplyDelete
  8. aku suke org iran sbb dorang sgt pandai dan sgt lawa.. tp dlm diri dorang aku tak tau la..

    ReplyDelete
  9. bile aku tgk vid tu aku pun sedih sgt2..

    ReplyDelete
  10. tak berani tgk video sbb aku takut darah... huhu.
    tapi kat malaysia pun ada je orang melayu yg dh terikut ajaran syiah.. mcm2 la.. dengan wahabi nya lagi...

    ReplyDelete
  11. huuuuuuuuuuuuuuu
    betol tu kak
    foreigner studenbt kat UTM ni dasat2..ade kwn sy kene marh gile2 sebb eksiden
    padahal salah die.. bukn slh kwn saya
    haiyoo
    dh la kwn sy tu pompuan kecik je..menakotkanlahh
    alhamdulillah sepnjg sy kat sanel. classmate dr sudan baik2 aje =]

    ReplyDelete
  12. velasrizal: itu lah. dlm berkawan mmg kena berhati2.

    Heidi Shafiq: mmg lawa tapi jgn diikut sgt..

    MissF: tu la, mintak pihak agama Islam tegas dlm hal ni. bahaya sbb melibatkan akidah

    aimie amalina: arab bdn besar, iranian mcm kita gak badannya tp besar. diorang mmg kalau nak bertekak asik nak menang ja. kita kena jg2.

    ReplyDelete
  13. about half of my coursemate are chinese from china. plus with local chinese, alamak dah rasa macam kat oversea pon ada.



    pak pak arab (iran kot) satu wing ni solat jumaat pon tak pegi, tak tau la samaada mereka amalkan islam lagi atau tak

    ReplyDelete

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template