Hidup dalam Bas

Assalamualaikum semua.. how was your day? hopefully baik-baik saja.


Tak lama lagi dah nak raya haji dan saya perlu segera membeli tiket bas. Selama hampir 6 tahun saya di Johor, menaiki bas selama 12 jam itu adalah sangat normal bagi saya. Kalau orang lain, baru 5 jam pun sudah ada yang merungut sakit pinggang dan tak keruan. Begitu banyak cerita dan pengalaman yang saya perolehi hanya dengan menaiki public transport yang murah dan reliable ni.

Mungkin sudah terbiasa menaiki bas sejak dari zaman sekolah makanya tips and tricks "How to be selesa giler dalam bas" tu dah dapat la serba sedikit. Bermula dari darjah 6, saya dan adik saya dah mulai menaiki bas untuk ke sekolah. Walaupun setahun, sempat juga saya menjadi anggota geng bas sekolah. Yang tak best nye rumah saya antara yang hujung-hujung so kami selalu kena berdiri dan bercampur sekolah menengah dan rendah. Peluang nak duduk memang tipis. Tak suka time sekolah rendah sebab terlalu comot.


Seterusnya saya bergelar pelajar di Sek.Men.Sains Pokok Sena dan saya perlu mengharungi 2 jam total dari rumah ke sekolah dalam bas. Saya mulai menaiki bas sejak dari Tingkatan 2 dan ketika itu bas Mara biru masih beroperasi dengan gahnya. Disebabkan bas tak lalu depan rumah, adik saya yang bertanggungjawab menghantar saya ke bus stand yang berdekatan. Selalunya nak balik hostel saya lebih gemar berbaju sekolah daripada baju batik kerana akan bas Mara yang baik hati memberi harga separuh apabila memakai baju sekolah. Best nya dapat diskaun.


Dari rumah saya berhenti di Stesyen Bas Shahab Perdana dan menaiki bas HBR untuk ke sekolah. Sampai sekarang saya tak tahu apakah itu HBR. Ada orang cakap HBR tu stand for nama pemilik bas tu. Bas HBR ni memang sangat tua dan uzur. ish ish.. Bas ini menjadi main transport kepada semua pelajar untuk outing dan balik kampung. Memang sangat berjasa. Saya paling tak suka time ada org nak check tiket. Terpaksa buat-buat tidor kalu terhilangkan tiket tu.

Selepas habis SPM dan Matriks, saya sambung belajar di UTM nih. Dari Kedah ke Johor 12jam okeyh. Sangat bosan di awal tahun pertama tapi sebabkan saya selalu balik dengan member baik so tak terasa sangat kebosanannya. Bergosip aja keje. Dah penat gosip, tidor. Bila buka mata dah sampai Sungai Petani.  Banyak juga bas yang saya dah cuba tapi hanya berapa kerat ja yang saya prefer. Yang paling best pastilah Bas Golden Diamond. Bas ni the very 1st bas kami naik untuk pulang ke Kedah. Selesa sangat dan ada 4 tv lcd.

Tapi sayangnya, lepas itu bas ini dah tak beroperasi untuk dalam Malaysia. Mereka fokuskan bas ini untuk route ke Singapore sahaja. Tak adil betul. Then, kami mula bertukar-tukar bas sehingga la kami setia dengan KKKL, Starmart atau Swarna Bumi.





Dah sampai Sungai Petani, saya perlu menaiki sebuah bas lagi untuk sampai ke rumah saya. Bas Cityliner ini baru ja wujud. Bas ni sangat kondunsif, beraircond dan murah. SP-Jeniang terasa dekat menaikinya.


Sekarang bas Mara dah bertukar wajah kepada warna merah dan beraircond. Perjalanan saya dari rumah ke Shahab Perdana tidak lagi memeningkan. 

Bas mara ini lah yang saya naiki untuk kemana-mana kerana inilah satu-satunya bas yang melalui depan rumah saya.TERIMA KASIH sgt2! Saya selalu kena sound dengan driver bas sebab tunggu bas depan rumah sahaja, tidak menunggu di bas stand.  mereka akan cakap

"Adik, lainkali jangan naik kat sini. Tunggu depan sana tu. Bahaya sini kat selekoh" X 7 tahun. 

Tapi dalam sound2 tu, dah 7 tahun mereka berhenti dan amik saya. hehe...


Sedikit tips and tricks untuk selesa dalam bas base on my experience yang sedikit ini

1) Pemilihan seat
Ini part yang paling penting untuk keselesaan anda. Kepada wanita, tolonglah beli single seat kalau travel sorang-sorang. Kalau pun seat penuh dan terpaksa duduk sebelah lelaki cuba minta tukar dengan penumpang lain. Bahaya apabila duduk bersebelahan dengan lelaki untuk masa yang lama dan gelap pula suasananya. Alhamdulillah, selama saya balik sensorang dan terpaksa duduk sebelah lelaki, lelaki yang duduk sebelah saya semua yang baik-baik. Baik-baik dalam ertikata tak menggatal nak meraba atau mengambil kesempatan. Ada banyak kes dicabul dalam bas dan mangsa takut untuk bertindak kerana malu. 

Baru-baru ni, orang kampung saya cerita perihal kisah kawannya yang diraba dalam bas. Dia yang terkejut terus menjerit seperti orang histeria dan memaksa driver bas untuk membuat report polis. Mujur driver bas baik dan menghantar peraba itu ke polis. Tapi still, better take precaution. Jangan duduk sebelah opposite sex terus.

2) Baca Doa dan ayat Kursi.
Setiap kali naik kenderaan perlu baca doa, mengucap dan baca ayat Kursi untuk keselamatan. Kita tak tahu mungkin ajal kita sampai ketika itu.

3) Bawa selimut
Aircond yang sejuk melampau akan berlaku dalam bas setelah lama dipasang dan memang sangat tak menyelesakan. Mula-mula saya pakai sweater and socks je tapi tak membantu sangat. Jadi saya terus bawa selimut. Jangan la bawa selimut besar tu, bawa yang kecik sudah la. Selimut cover satu badan daripada sweater yang cover upper part ja. Paling sedih time pakai sweater bila sentuh hidung pagi-pagi tu hidung macam beku ja. Kalau berselimut leh cover muka terus.

4) Toilet
Setiap kali turun daripada bas kena sentiasa bagitahu driver bas nanti ditinggalkan pulak. Tambah-tambah kalau yang sakit perut tu. Kalau buang air kecil sekejap je tak pe. So, jangan makan makanan pedas sebelum naik bas. Merana nanti

5) Posisi tidur
Dalam bas jangan lah nak mengharap boleh tidur macam di atas katil dalm bilik. Tapi boleh saja untuk berperasaan begitu. Turunkan sedikit seat dan mengiring. Setiap kali tidur dalam bas, saya akan mengiring ke kiri atau ke kanan mengikut keadaan. Sebenarnya posisi ni ikut kesedapan sendiri je.


Alhamdulillah, setakat saya menaiki bas belum pernah saya terlibat dalam kemalangan. Takut juga bila membaca berita kemalangan bas ketika musim raya tapi kita takkan hidup kalau terlalu takut or paranoia kan?. Selain bas-bas di atas, saya juga suka bas Nadi Putra yang selalu berlegar dalam Putrajaya. Kalau turun jumpa cik Anie pasti inilah kenderaan utama kami.



16 comments:

  1. bus pengangkutan utama masa sekolah dulu.. duduk U tahun pertama je naik bus.. hehehe nice to meet u.. Good luck

    ReplyDelete
  2. wow! mmg byk pengalamn naik bas ni..sy kurg sket..gi sklh dulu jln kaki..ambik diploma bru juh sket, kt melaka..bru la merasa nek bas..

    ReplyDelete
  3. dari zaman sekolah sampai kat u pn... sa ya msih gune bas... kadang2 seronok... kdg rase leceh jgk... paling x suke ialah time tgu bas...

    ReplyDelete
  4. Saya cuma dua kali naik bas besar.
    Kalau di tempat Awan, bas mini saja yang banyak.

    ReplyDelete
  5. fizah tak penah naek bas la..kesian kan..huwaa :"(

    ReplyDelete
  6. chill lah..
    hidup kita lebih kurang je... :)

    ReplyDelete
  7. tahun '82 naik bas dari KL ke Penang kerana baru dapat kerja. Naik Ebban Ekspress ikut jalan lama.

    Huuu... rasa nak terjun dari bas. jemunyaaa....

    ReplyDelete
  8. HBR stands for hari-hari bas rosak!

    hikhikhik

    ReplyDelete
  9. ye la kan.. kadang2 takut jugak naik bas.. lagi2 kalo driver bus tu bawak macam kat litar sepang..

    ReplyDelete
  10. wah...dah sy xnaik bus...

    tp kwn2 sy kt skudai tu,ada gak yg berulang SP-Skudai..

    ReplyDelete
  11. nadi putra tetap di hati. xdak nadi itu, tak bergerak la aku. huhuhu. HBR tu stand for Hanafi bin Ramli.

    ReplyDelete
  12. heee suka bas starmart, selalu lau balik perak nek bas tu lah.. ada massage !

    ReplyDelete
  13. rindu nak pakai bas... nak pakai bas najib razak best jugak, sofa empuk. hehe

    ReplyDelete
  14. hbr tu pntg bg bdk uum cm sye...hihihih

    ReplyDelete
  15. wah complete senarai bas yang pernah dinaiki...kak aya dulu pun salah seorang pengguna bas jugak..naik bas mini pun pernah merasa sekejap sebelum semua ditukarkan kpd bas Plus liner dan Intrakota.

    ReplyDelete
  16. me suya: tq!

    ShahzCudin:hehe..ada gak kan..

    faizulosman: betul..tambah2 kalu bas tu rosak.lg la lmbt

    Awan Biru: nnti mintak U jauh2 leh la naik bas besar.

    izamin: bagusla tu. naik bas penat tau

    AwieKashi:chill tak chill layan je

    insan_marhaen:haha stakat ni tak pernah rs nak terjun bas lg.

    h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r:make sense!

    Umie Artoqiemie:aah, driver cmtu mmg menakutkan

    qaseh johanna: dah ada keta sendiri tak perlu dh naik bas.

    haniesaad, haha ku suka nadi juge. org yg selalu naik bas HBR je tau HBR tu stand for Hanafi bin Ramli

    noraauliyya: aah, Starmart ada massage

    yanz: tak penah jupe bas tue

    Paris Lipton: cik paris blajaq kt uum ke?

    ReplyDelete

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template