Korang nak hadiah kahwin apa?

Assalamualaikum semua.. semoga hari Jumaat yang mulia ini kita hadapi dengan limpahan rahmat Allah..

First and foremost saya nak minta ampun isi entry saya yang before ni telah memeningkan kepala semua orang dengan cerita Epoxy tu.

So, berbalik kepada tajuk entry ini..saya sebenarnya dah kehabisan idea nak belikan hadiah kahwin untuk kawan saya esok. Kalau duit saya sendiri saya memang aim himpunan 6 gelas yang RM19.90 tu ja sebagai hadiah kahwin orang tapi disebabkan sudah 2 kali saya diamanahkan untuk mengutip duit and belikan wedding gift yang gempak sesuai dengan hasil kutipan duit tu. 

Sudah 6 classmate degree saya menjejakkan kaki ke alam perkahwinan tetapi tradisi (eh?) collect duit hasil sumbangan kawan-kawan yang tak dapat menghadiri majlis or yang nak sharing gift supaya dapat belikan hadiah yang lebih bermakna daripada 6 biji gelas ini just started bila Kema kahwin iaitu orang ketiga kahwin dalam kelas kami.

1st wedding gift:Kema

 Alhamdulillah time tu ramai classmate dah bergelar engineer belaka and sumbangan mmg lumayan so kami belikan dia peti ais Toshiba. Cun gitu.

Rumah Kema kat Kedah, so malam before dia bersanding kami keluaq dari rumah tumpangan senyap-senyap pusing Aloq Staq mencari gift and lastly dapat jumpa peti ais kat TESCO. Esoknya time kenduri lori Tesco datang bawak hadiah ni. memang terharu dapat buat camtu untuk Kema.



2nd wedding gift:Rauf

Untuk Rauf ini, my ex-monitor yang settle kan sebab time tu saya kebizian kot. Dia collect semua duit and belikan Microwave untuk Raup dan pasangan. So, takdak gambaq la. Lelaki kan tak suka bergambaq. Raup cakap dia dan wife dia selalu guna microwave tu. hehe..berguna la kann :)



3rd wedding gift: Akim

Wedding Akim lokasi nya di Batu Caves so, agak sukar jugak nak suruh sapa-sapa belikan hadiah untuk beliau sebab semua orang busy time tue. So, saya,Nadia dan Zaza gerak lepas diorang habis kerja dan terus ke IKEA straight from Johor dengan berbekalkan Google Maps. Mujur ada sofa yang cantik dan sesuai dengan bajet. Suami Kema siap nak tukar peti ais diorang dengan sofa Akim.hehe

Pengantin dah rasmikan sofa mereka :)



4th wedding gift: Atul

Esok bersamaan 22hb 10 akan berlangsung nya wedding Atul di Segamat yang mengambil masa 2 jam dari Skudai. Duit sumbangan semua dah ada dengan saya tapi seriously, tak tau nak beli apa dan kat mana?? Esok saya akan gerak lepas Subuh or after Ana tiba dari Terengganu with Nadia untuk tengok Atul nikah. Ikut plan lepas Atul nikah kami kena bergegas ke Pekan Segamat for gift hunting. Minta-mintak lah ada kedai perabot or kedai elektrik yang bernas di sana.Udah ler tiga-tiga orang ni tak pernah shopping kat Segamat pun. Bekal Google Maps lagi la..my Blackberry takde GPS (T_T)

Atul dah bagi hint nak sofa or dining table set tu. Hopefully, ada la eh.


Ya Allah..
Ada lagi 3 orang akan kahwin bulan 11 (Tangkak),12 (Pahang), dan 1/2012 (Rembau). 

Nak belikan apa lagi??






6 comments:

  1. mak aihhh bestnya hadiah. bertuah sapa yg dapat

    ReplyDelete
  2. kalau aku kawan you all ni kan besh. hihi

    ReplyDelete
  3. Kalau tak tahu budget berapa susah buat kakak nak bagi idea. Tapi kalau ribu-riban belilah sofa sebagaimana yg dikehendaki. Tanya pada pengantin pun bagus juga sebab pemberian kita itu yg dia perlukan.

    psst: kakak pernah hadihkan pengantin lesung batu, kain pelikat dan kain batik pada pengantin disamping alas cadar supaya dapat digunapakai selalu. (suami dia suka makan sambal belacan) hihi...

    ReplyDelete
  4. nak adiah mahal...tapi kang demand pulak.xpe la seikhlas ati je la.heheh

    ReplyDelete
  5. saya percaya ni mesti bajet besar punya ni..
    seeloknya tanya je pengantin nak apa..

    contoh hadiah best yang bajet besar
    1)set corelle @ vision
    2)air cond
    3)washing machine
    4)cooking pan yang branded

    ReplyDelete

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template