Mangsa Sula Menderita. Jom Pakat Bantu Dia!

Assalamualaikum semua..

Ada tak sesiapa di kalangan kita yang masih ingat tentang sebuah kes tragis yang berlaku pada 1 Jun 1999? Kes seorang budak lelaki yang di sula oleh seorang lelaki keji dengan kejam. Kes ini sangat kuat didalam ingatan saya kerana cikgu sekolah menengah saya menceritakan hal ini ketika kami semua di dalam kelas Bahasa Melayu time saya Tingkatan 1. Alhamdulillah Mohd. Shah yang sudah pun berusia 23 tahun masih kuat berjuang menempuh hidupnya walaupun terpaksa menderita akibat perbuatan si penjenayah yang tidak berperikemanusiaan itu
seumur hidupnya.
Gambar mangsa sula



KULAIJAYA 6 Jan. - Peristiwa malang disula dengan sebatang kayu oleh seorang bekas banduan 11 tahun lalu, masih menjadi igauan buruk kepada Mohd. Shah Abdul Razak.
Akibat kejadian itu, Mohd. Shah, 23, mengalami kecacatan kekal pada dubur dan pundi kencingnya yang menyebabkan keluarganya terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan bagi membeli ubat dan peralatan berkaitan.
Bagaimanapun, ibu Mohd. Shah, Jamilah Daud, 49, semakin terhimpit dengan masalah kewangan menampung perbelanjaan sekeluarga termasuk lima anaknya yang masih belajar. Ini kerana suaminya, Abdul Razak Ahmad, yang menjadi tempat bergantung meninggal dunia tiga tahun lalu.
Jamilah memberitahu, sebelum ini dia terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya RM500 sebulan bagi membiayai rawatan selain pelbagai jenis ubat yang diperlukan bagi memulihkan kecederaan Mohd. Shah.
Bagaimanapun, gaji RM550 sebulan sebagai pembantu di sebuah stesen minyak berdekatan masih tidak cukup memandangkan Mohd. Shah memerlukan makanan khas dan penjagaan rapi.
“Perbelanjaan yang agak mahal ialah bagi membeli ‘tapak’ untuk menyambung saluran usus ke beg takungan najis bernilai RM62.60 yang perlu digantikan setiap hari bagi memastikan tiada jangkitan kuman. Beg najis berharga RM60 bagi setiap 10 unit juga perlu ditukar apabila penuh.
“Bagaimanapun saya bersyukur kerana segala kos bagi peralatan tersebut ditanggung pihak hospital. Terima kasih kepada pihak kerajaan yang ada pada hari ini,” katanya semasa ditemui di sini.
Kejadian yang menimpa Mohd. Shah pada 1 Jun 1999 semasa dia berada dalam darjah enam di Sekolah Kebangsaan Bandar Tenggara ll itu menyebabkan duburnya cedera dan pundi kencing pecah.
Ia akibat nafsu songsang Roslan Imun yang menyula Mohd. Shah dengan sebatang kayu sepanjang 0.51 meter hingga ke paras halkum.
Walaupun Mahkamah Tinggi Johor Bahru menambah hukuman 20 kali sebatan dan mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atas Roslan, namun perbuatannya itu telah memberi kecacatan kekal kepada Mohd. Shah.

Sementara itu, Jamilah berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat mempertimbangkan menyambung kembali bantuan yang dihentikan pada 2002 bagi meringankan bebannya sekeluarga.
Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan, Jamilah menetap di alamat No. 9, Jalan Pahlawan 12, Bandar Tenggara, Kulaijaya atau boleh dihubungi melalui talian telefon 07-8966970 dan 017-7893200


Terus terang, saya berasa amat simpati terhadap nasib Mohd.Shah serta keluarganya. Buat sesiapa yang masih blur dan tak tau asal usul kes ni, ini merupakan artikel dalam utusan tahun 1999 pasal kes Mohd.Shah.


JOHOR BAHRU 13 Julai - Seorang bekas banduan dijatuhkan hukuman maksimum penjara 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah dia mengaku bersalah mendatangkan cedera parah dengan menyula seorang murid sekolah menggunakan sebatang kayu.

Roslan Imun @ Mon, 30, seorang pemotong rumput mengaku bersalah melakukan perbuatan itu ke atas Mohd. Shah A. Razak, 12, pada 1 Jun lalu di antara pukul 5 hingga 6 petang di Jalan Tun Ibrahim, Bandar Tenggara, Kota Tinggi.

Roslan telah mencucuk kayu sepanjang 0.51 meter ke dalam dubur pelajar itu sehingga menyebabkan dubur Mohd. Shah berdarah dan pundi kencingnya pecah.

Kayu itu dimasukkan dari dubur mangsa sehingga ia mengenai bahagian leher mangsa.

Hakim Siti Mariah Ahmad ketika menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan berkata, Roslan telah bertindak ganas di luar batas kemanusiaan biasa.

Menurutnya, tertuduh tidak pernah insaf terhadap perbuatannya sebelum ini iaitu kesalahan membunuh tanpa niat yang dilakukannya pada 16 Oktober 1985 sehingga mengakibatkannya dipenjara 20 tahun.

''Mahkamah berpendapat orang kena tuduh dihukum berat sebagai pengajaran kepada orang ramai dan mencegah orang lain daripada melakukannya dan (dengan ini) menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap (Jun lalu),'' kata Hakim Siti Mariah.

Menurut fakta kes, Mohd. Shah telah didatangi oleh tertuduh yang sedang memikul seguni durian pada petang 1 Jun lalu.

Tertuduh telah meminta mangsa membawa guni durian itu menggunakan basikal ke dalam semak yang berhampiran. Apabila tiba di dalam semak, tertuduh terus menyerang mangsa dengan menumbuk muka, dada dan belakang mangsa bertubi-tubi sehingga mangsa pengsan.

Fakta kes menyebut, apabila mangsa sedar, mangsa mendapati tertuduh telah tiada dan mangsa merasa duburnya kesakitan. Apabila mangsa meraba duburnya didapati duburnya telah berdarah dengan banyak dan di dalamnya ada sebatang kayu sepanjang 0.51 meter.

Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff, ketika berhujah berkata, mengikut laporan perubatan kira-kira 1 hingga 5 sentimeter dubur bahagian depan si mangsa telah koyak dan pundi kencing telah ditembusi oleh kayu itu.

''Sebanyak 95 peratus kayu telah masuk ke dalam tubuh mangsa dan berada betul-betul di bawah sikit dari buah halkum (si mangsa),'' katanya.

Ishak menegaskan, walaupun tertuduh mengaku salah, diskaun hukuman tidak boleh diberi kerana tertuduh baru keluar dari penjara pada 16 Februari lalu di atas kesalahan di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat.

Ishak berkata, mahkamah tidak perlu menaruh simpati kepada tertuduh kerana dia seorang yang agresif dan menggunakan kekerasan peringkat tertinggi.

Katanya, akibat perbuatan Roslan, Mohd. Shah kini terpaksa membuang air kecil dengan menggunakan tiub. Mohd. Shah mengalami kecederaan dan koyak di bahagian dubur, kerosakan pundi kencing dan usus kecil dan terpaksa menjalani pembedahan.

Roslan ketika diminta membuat rayuan sebelum hukuman dijatuhkan ke atasnya berkata: ''Saya meminta menjalani hukuman di Hospital Tampoi kerana pernah masuk hospital itu.''

Roslan, yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya berkata, masalah keluarga menyebabkan dia bertindak demikian.

Bagaimanapun, Ishak ketika menggulung hujah berkata, Roslan perlu disimpan di penjara supaya tertuduh berada jauh dari masyarakat demi kepentingan orang ramai.

Roslan juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh Mohd. Shah.

Bagaimanapun, dia tidak mengaku salah dan meminta dibicarakan. Mahkamah menetapkan Roslan dikenakan perintah dilepaskan tanpa dibebaskan.

Oleh: MIR AZRI SAHARUDDIN


Teruk kan..... Dalam MHI berapa haribulan ntah, mereka menjemput mak Mohd.Shah iaitu Pn.Jamilah dan menelefon Mohd.Shah dari studio. Ketika ditemubual, kami kat rumah dah sebak dengar cerita mak Mohd.Shah tapi mak dia tabah sgt. Tak dak riak nak nangis langsung. Kalau kita ditempat dia, kalau saya lah.. anak kena macam tu, then suami meninggal pula. Ya Allah..tak dapat nak bayangkan. Tapi, Allah Maha Mengetahui.. Ujian Allah bagi hanya pada mereka yang benar-benar layak ja. Hanya orang yang kuat hatinya macam mak Mohd.Shah nie ja yang boleh menerima ujian macam nie. Dan apabila pengacara bertanya kepada Mohd.Shah adakah dia sudah memaafkan si penjenayah tu, dia cakap dia dah maafkan dah. Bagusnya.. Saya sangat kagum dengan mereka.

Disebabkan dalam paper tu mereka hanya memberi no.telefon tanpa no.akaun bank so saya cuba untuk call ibu Mohd.Shah untuk mendapatkan no.akaun tetapi panggilan saya tidak berangkat. Mujurlah ada seorang forumer dari Cari Malay Forum berjaya bercakap dengan Pn.Jamilah dan mendapat no. akaun adik kepada Mohd. Shah, iaitu Mohd. Rizduan. Marilah kita sama-sama membantu mereka yang sangat memerlukan bantuan ini. Sesiapa yang nak menderma tu bolehlah bank in.


Nama: MOHD RIDZUAN BIN ABDUL RAZAK
Nombor Akaun Maybank: 151164240443
Nombor Tel: 07-8966970 dan017-789320
Alamat: Mohd. Shah Abdul Razak atau Jamilah Daud,
No. 9, Jalan Pahlawan 12, Bandar Tenggara, Kulaijaya, Johor.

Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan 10 hari terawal di bulan Zulhijjah ini untuk menambahkan amal dengan membantu Mohd.Shah dan ramai lagi yang memerlukan bantuan. Kalau tak dapat bantuan wang ringgit, setidak-tidaknya kita doakanlah bersama agar keluarga mereka ni diringankan beban dan dilimpahi rezeki untuk mereka meneruskan kehidupan masing-masing.

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). (Ayat 215: Al-Baqarah)
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. (Ayat 268: Al-Baqarah)

11 comments:

  1. oo masa time dia kene,mas baru 9tahun.memang de baca kes dia.memang kesian.kejam sangat orang tuh.tak tahu pe motif buat kerja terkutuk tuh!

    ReplyDelete
  2. Hurm... ngeri juga baca kisah dia!

    ReplyDelete
  3. ini memang gila...

    tak tengok tapi baca je pun dh terasa ngerinya...lagi2 org yang menjadi mangsa. takda belas kasihan!!

    ReplyDelete
  4. masih igt lg...kejam gila kan...

    sekarang ni dia masih lagi dalam penjara la kan?? kalo hukum bunuh lagi bagus.....

    ReplyDelete
  5. patutnya kena hukum sula guna hujung yang tajam klcc tu. pastu biar tergantung kat situ sampai lupus sendiri

    ReplyDelete
  6. semoga mohd shah cepat sembuh dan meneruskn hidup dgn lbeh baik..:)

    ReplyDelete
  7. meremang bulu roma baca entry ni, pernah baca kisah ni dulu.

    insyallah kita sama-sama membantu,
    boleh kak aya siarkan entry ni blog kak aya juga?

    ReplyDelete
  8. bawu tau,,,,tp syukur la masih diberi kesempatan buat mangsa tu mengenali dunia...cuma susah jela.....

    ReplyDelete
  9. Dan tidak mustahil nanti setelah dibebaskan pesalah itu akan melakukannya lagi dan lagi.

    ReplyDelete
  10. Kak Aya, sila2. ramai org bc ramai yg lh tolong mohd.shah. tq eh

    einz: tula..Alhmdulillah.

    Awan Biru: betul, for the record. penjenayah tu penah bunuh org before this. pelik la hukuman utk dia nie.ringan sgt

    ReplyDelete

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template