Mood melayani Drama Melayu..

Assalamualaikum and very-very good day everyone..

Rasanya dah lama benar saya tak follow any drama Melayu since Adamaya. Sebabkan saya tinggalnya di hostel dan nak menonton tv kat bilik tv tu amat lah tak menarek so saya biasanya layan youtube or any online chanel kalau nak menonton apa-apa cerita. Cerita biasa yang saya tonton pastilah anime, Korean drama, Glee, Vampire Diaries. Baru-baru ni while reading tweets from my friends, they always talking about Cinta Elysa dan Sofiyya. So, apa lagi...kenalah tengok Cinta Elisa tu coz Botak @ Johan my feveret bergandingan ngan Fasha nak sandar (gaya Zizan). 

Kalau dulu tonton.com.my selalu jadi tempat saya catch up balik cerita tv yang saya tertinggal but laani no more tonton.com.my. Malaymoviesfull lagi power seyh!. Boleh download guna IDM dan boleh tengok balik walaupun internet connection dah takde. 

Cinta Elysa.


 Meh saya ceritakan sinopsi Episod 1-3: 

Ceritanya berkisarkan dilema yang dialami oleh Aril lakonan (Botak) yang dibenci orang kampung sebab samseng. Selepas dia kena tuduh merogol, mak sedara dia memaksa Aril menumpang ayah sedara nya ,Jasman yang dia pun tak penah jumpa lakonan Datuk Jalal. Elysa lakonan Fasha pula anak kepada Datuk Jalal automatik jadi sepupu Ari. Jasman sukakan Aril walaupun dia samseng,kurang asam, nakal dan tak dengar kata dan menempatkan Aril dan Elysa di satu kolej supaya Aril dapat menjaga keselamatan anaknya di kolej tu dari diganggu lelaki lain..as bodyguard dan juge babysitter. Tapi biasalah, isteri Jasman, Yasmin namanya lakonan Zila Bakarin sangat membenci Aril. Pedulikan dia.  Jadi dalam keadaan dia dibenci dia terpaksa menjalankan tanggungjawab besar tu walaupun terpaksa berdepan dengan ibu saudaranya yg jadi penghalang.


Episod 4 dan seterusnya diambil sinopsis daripada Nurizspace.

Walaupun Aril ni nampak jahat dan liar tetapi dia dalam diam menaruh hati dan mencintai sepupunya Elysa… Yasmin dan kekasih nya nak rampas harta Jasman selepas Jasman mati. Oleh sebab cinta yg kuat kepada Elisa lah Aril masih duduk di rumah tu walaupun dibenci oleh mak saudaranya. Kisah menjadi panjang lagi, apabila ibu saudaranya menghalau Aril keluar dari rumah, dan waktu itu, Aril nekad membawa bersama Elysa. Aril menjalani kehidupan samseng untuk menyara diri dan Elysa. Elysa tak suka Aril hidup mencari rezeki cara tak elok. Elysa nak Aril cari kerja yang halal dan menjalani kehidupan yang baik.Demi cintakan  Elysa, Aril cuba berubah dan mencari rezeki yang halal dan dia menerima segala nasihat dan teguran Elysa.

Aril dan Elysa lari tinggal di sebuah kampung menyamar sebagai suami isteri dan mencari orang yang dapat mengubati kaki Elysa yang cedera. Akhirnya orang yang mengubat kaki Elysa, sedar yang Aril dan Elysa bukan suami isteri, akhirnya mereka disuruh berkahwin. Aril berjanji akan menceraikan Elysa selepas kaki Elysa sembuh. Kekasih Yasmin, Rashid pula sibuk menjejaki Elysa untuk mengetahui kandungan wasiat Jasman. Apakah yang akan berlaku selepas ini?
Selain pelakon yang saya minati, ost Cinta Elysa ialah Kisah Dongeng by Stacy lagi lah membuatkan cerita ini menarek untuk dilayan. Nah lirik dan videonya:

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja
Belum pernah aku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja
 


Macam menarek kan kan kan kan?? hihi tak sabar nak menunggu next episod.

Next,

Sofiyya.


Mesti semua orang dah tau sinopsis cerita ni sebab memang dasat la Tiz berlakon kali ni. Secara kasar, ceritanya pasal Sofiyya (Tiz) yang cantik tetapi malang aje hidupnya. Mulanya, kena jadi mangsa haruan makan anak oleh ayahnya. Lakonan Hilal Azman sebagai doktor, suami dan ayah yang saiko mmg menjadi banget. Waktu Tiz bunuh ayah dia tu ingatkan dia dah selamat tapi rupanya malang asik mengikuti nya.  Sampai ke satu tahap Sofiyya tak tahan lagi dan bergelut dengan bapanya dan dia telah menikam bapanya bertubi tubi hingga mati. Yaya dibicarakan dan dibantu oleh seorang peguam muda, Ilyas (Fizo Omar). Yaya didapati bersalah dan ditahan di pusat juvana. Di sana, Yaya sering menjadi mangsa buli. Dalam mengharungi keperitan dalam hidupnya, Yaya berpaut kepada kasih sayang Ilyas yang tidak pernah berputus asa berikhtiar untuk membebaskannya daripada hukuman.


Kebahagiaan tidak berpanjangan bagi Soffiya apabila Ilyas terpaksa akur dengan kehendak tunangnya Fiona (Izara Aisyah) untuk mengikutnya ke New York. Soffiya ditinggalkan tanpa sebarang pesanan. Selepas 3 tahun, Soffiya dibebaskan dan mahu memulakan kehidupan baru dengan nama Sofi.


Sofi yang masih mencari arah tuju dalam hidupnya telah bertemu dengan Kak Ton yang aktif dengan aktiviti badan bukan kerajaan (NGO). Kebaikan Kak Ton berjaya mendapat kepercayaan Sofi untuk menerima bantuannya. Kamal (Azhar Sulaiman) yang sering mengunjungi warung Kak Ton tertarik dengan keayuan Sofi dan mahu mengenalinya secara dekat.


Sofi bersikap dingin dan meragui niat sebenar Kamal kerana enggan dilukai dan dikhianati lagi. Dengan berkat Kak Ton, akhirnya keikhlasan Kamal berjaya membuka pintu hati Sofi dan menerima lamarannya. Sofi dilimpahi dengan kasih sayang Kamal dan sangat terharu apabila Kamal telah merealisasikan impiannya dengan menubuhkan sebuah pertubuhan amal untuk berbakti kepada gadis-gadis yang teraniaya sepertinya dahulu.


Ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya, Ilyas muncul sebagai suami kepada anak tirinya, Fiona. Fiona enggan menerima Soffiya sebagai pengganti tempat ibunya dan sering mencari jalan untuk menjatuhkannya. Melalui seorang kenalan lama Soffiya, Fiona mula menyiasat latar belakang Soffiya. Ilyas pula tidak dapat membendung rindu dan cintanya apabila bertemu kembali dengan Soffiya. Fiona dan Ilyas selalu bertengkar kerana Ilyas selalu membela Soffiya. taken from Nurizspace.




Pelakon Hilal Azman sebagai bapa Sofiyya yang jahat.  Saiko giler.

So, mari sama-sama kita menonton dan mengambil iktibar dari cerita yang dipaparkan. Ada yang buruk dan ada yang baik, use our filtration system wisely/





12 comments:

  1. Malam ini episod terakhir drama Keimanan Cinta di TV9 - satu2nya drama bersiri yang kakcik ikuti buat masa ini.

    ReplyDelete
  2. best tak kakcik? kena tgk gak pasni

    ReplyDelete
  3. adess citer cinta elysa tuh macam best tapi tak pernah dapat tengok coz abah selalu tengok bola bila abiz berita.ha3~

    citer soffiya memang best..tak suka fiona.he2.

    ReplyDelete
  4. skunk ni mmg tengah cite bes2 taw...byk pelakon baru..tu yg suke tgk...

    ReplyDelete
  5. tak tengok sngt citer melayu.. hehehe..

    nampak best pulak cite cinta elysa tu..

    ReplyDelete
  6. memang tgh hot cite nih..
    hilal azman mmg saiko gile ah..
    menci3!!!
    TIQ cantik!
    elysa+botak cool! ;)




    luv,
    cik ana :)

    ReplyDelete
  7. best 2 cerita neh...

    ila pun layan jugak...hehe..

    ooo ilyas kawin dgn fiona ke....asehh...ne xsabar nak tgk cerita ne lagi neh...macam best ja..hehe

    ReplyDelete
  8. wah.. panjangnya sinopsis cerite..
    ni mesti peminat setia nih.. :D

    ReplyDelete
  9. saya dah lama tak tengok drama Melayu..TV pon jarang tgk..sob sob

    ReplyDelete
  10. ieda suka cite soffiya tu, lain dari yang lain....

    ReplyDelete
  11. MAYA_mustwany: tak suka gak fiona tu, kacau je

    penyisir rambut: yepp..perkembgn yg sihat kn

    RinsyaRyc: saya pun x layan sgt tp dh ada feveret kena layan la :)

    anamizu: kannn.. Hilal Azman mmg dasat lakonan dia. menjadi

    ILA HonEyBuNNy: itu la..kesian Yaya. asik malang jek hidup

    LadyBird: mesti la.hehe

    Cik Pieja: stuju!

    Liza Razak: saya pun tgk kt youtube je

    iedaurora: betol..lain dr yg lain. pelakon2 pun baguss

    ReplyDelete

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template