Lemang Raya Haji

Assalamualaikum..

Raya haji yang lepas seperti biasa ayah mesti nak buat LEMANG tak kisah la beliau sakit macam mana pun. Walaupun ayah hanya ada anak-anak perempuan yang bakal dikerah membantunya, ayah tetap teruskan niat hatinya. Bukannya ayah tak ada anak lelaki tetapi semua anak lelakinya masing-masing bekerja. Anak lelaki bongsunya pula disuruh mengait daun pisang sudah merungut *ish ish..* Pernah satu tahun tu, ayah sakit sangat dan terpaksa dibawa ke hospital setelah buluh lemang dan pulut telah pun disediakan. Terpaksalah kami anak-anak ayah yang perempuan ni ambil alih membuat lemang. Hasilnya, ada lemang yang tak masak dan ada yang mentah sebab santan tak cukup T_T

Dan ayah seperti biasa pasti akan membuat lemang dalam amount yang besar. Nak bagi Paksu 4 batang, besan-besan dan menantu berbatang-batang. Padahal tak pernah pula menantu atau besan ayah membalas pemberian ayah atau datang untuk membantu ayah. Blessed are they who give without expecting even thanks in return *Semoga anak ayah ni pun jadi macam ayah*

Hari itu, pagi-pagi lagi ayah sudah menyuruh anak lelaki bongsunya memakai uniform kebun untuk menemaninya mengait daun pisang. Mujur buluh telah diorder dari orang kampung jadi tak perlulah adik saya itu mengalami nasib seperti saya dan adik perempuan saya bermain miang buluh tiap-tiap tahun. Ketika ayah masih kuat, ayah suka mencari buluh lemangnya sendiri. Pastinya saya dan Enah menjadi mangsa suruhannya ikut serta masuk hutan. Dan bila ayah terlalu khusyuk mencari buluh, dia selalu kehilangan saya dan Enah yang tersesat dalam hutan tebal tu. Kami ralit bermain-main dan tak sedar dah jauh dari ayah. Tapi kami pasti dapat mencari semula ayah sebab bunyi buluh yang tersungkur hasil tebangan ayah. 


Ketika ayah dan adik bongsu saya menyiapkan buluh dan daun pisang, mak di dapur tanpa disuruh sudah mula membasuh pulut dan memerah santan. Pembahagian kerja secara bergotong royong dilakukan sejak bertahun-tahun. Apabila masuk tengahari, proses membakar lemang pun bermula.


Dari sini, saya dan Enah akan mengambil alih tugas memusingkan lemang dan ayah akan duduk di atas kerusi sambil mengawal api dan keadaan. 
"Dikmi, nombor 3 dari kanan"

Itu maksudnya, nombor 3 itu dah perlu dipusing supaya lemang masak sama rata. Kalau satu bahagian sahaja yang hangit susah nanti.

"Diknah,  nombor 2 dari kiri..buang ayaiq"

Itu maksudnya, santan lemang nombor 2 dah lebih. Kena tuang nanti lemang lambat mendidih.

Saya control at the right side dan Enah at the left side. Tengah-tengah kami cover sama-sama.
 


Membakar lemang memerlukan kepakaran dan ayah memang pakar. Anak-anak ayah masih dalam proses menjadi pakar. Agak-agak dekat maghrib barulah ayah berpuas hati dengan lemang ini. Alhamdulillah..

Lemang raya kalini memang sedap. Cukup lemak dengan santan. Makan setelah penat lelah yang dikeluarkan memang puas hati. Ayah selalu berkata

"Rumah yang ada lelaki tapi tak buat lemang time raya tu mengarut"

Ayah tak berniat nak offense sesiapa, itu cuma cara ayah meluahkan pemikirannya. Pemikiran kampung yang menjadi milik ayah semenjak lahir dan saya juga suka dengan pemikiran itu dalam diam. Cuma bagi saya 

"Rumah yang ada anak perempuan dan buat lemang time raya tu menguntungkan"


hehe



 Emran cepat besar naa..nanti boleh makan lemang Tok Wan dengan Kakak Zahra.


5 comments:

  1. umah aku tak penah buat lemang w/pun sekali selama aku 25 tahun ni.

    ReplyDelete
  2. walopn takdak lemang, ketupat mak ang mesti ada. sama aja, dua2 penuh kasih sayang

    ReplyDelete
  3. lepas raya pun rindu lemang..sdap nih..teruja

    ReplyDelete
  4. xpenah ade pglmn cmni..
    mesti best kn..

    ReplyDelete
  5. S..U..D..@..I..S: betul..lepas raya yang lagi nak makan tuh

    LadyBird: bila teringat best la tapi time buat tu panas betui

    ReplyDelete

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template