Melaka Part 1: Bandar Melaka

0 comments
Assalamualaikum....


Seperti yang diplanned, saya dan adik pulang ke Melaka pada 19hb December setelah keadaan ayah sudah membaik. Janji untuk berjalan-jalan di Melaka pada 20&21 dengan Sha disambung semula.

Sha sampai di Melaka Central dari KL kira-kira pukul 1, kami terus memulakan pengembaraan di bumi bersejarah Melaka dengan mengambil adik Sha di UTEM Kampus Induk dan lunch di restoran yg berdekatan dengan Zoo Melaka.

Satu2 nya pic kami berempat. Enah tak nampak lsg muka, saya ada hidung & sebelah mata, Adik Sha buat peace atas kepala kakaknya.

Dah kenyang perut, kami gerak ke bandar Melaka yang menempatkan pelbagai tempat tarikan pelancong seperti Menara Tamingsari, Muzium Samudera, A'Famosa dan banyak lagi.

Tempat pertama ditujui ialah Muzium Samude yang telah ditutup
Gaya ala2 ayu di depan tangga kapal dagang.


Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994. Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar. Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.
Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka. (Wikipedia)

Selang beberapa langkah dari Muzium Samudera, kami menuju pula ke Menara Taming Sari.


Tiket hanya RM 10 untuk pemegang mykad.



Terima kasih kepada adik Sha yang sanggup melayan kakak2 bergambar.


Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari. Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. Menariknya pemilik Mykad pula berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50 % apabila menggunakan perkhidmatan ini. Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit. Lokasi asal menara ini adalah di tebing Sungai Melaka (berdekatan Bangunan Stadthuys) namun dipindahkan di tapak baru di atas sebab tapak asal tersebut terdapat runtuhan tembok lama zaman Kesultanan Melayu Melaka selain memelihara geofak arkeologi tersebut (wikipedia juga)

Seterusnya, dengan beberapa langkah juga kami menuju ke kubu A'Famosa tempat video klip Cindai. Disebabkan dah nak gelap, kami tak naik sampai ke puncak. Nasib baik dah pernah naik time praktikal dulu.

On the way ke A'Famosa ada replika train & plane, so ambil gambar dulu..

Tugu A'Famosa dari pandangan sisi..

Tugu A'Famosa dari pandangan belakang..

Tugu A'Famosa dari pandangan depan..

Setiap sisi gitu ada picture, memang jitu.

Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasa bandar Melaka. Pihak British telah bercadang untuk memusnahkannya tetapi campurtangan Sir Thomas Stamford Raffles pada tahun 1808 telah menyelamatkan pintu kota, saki-baki apa yang tinggal daripada kota A' Famosa kekal sehingga hari ini.Sekarang A Famosa menjadi tempat pelancongan yang terkenal (bukan wikipedia, blog merdeka5007)

Seterusnya, dah alang2 dekat kami singgah di Dataran Pahlawan. Masuk shopping mall dengan tujuaan membeli buah tangan tetapi coolblog aja yang dibeli.



Selesai sudah perjalanan bersejerah kami untuk Part 1. Will continue the sequel later. ❤

Ayah

0 comments
Assalamualaikum...


I'm now at Melaka, in my sister's house. Baru saja sampai dari Johor selepas 3jam driving dalam hujan-tak hujan-hujan. Ketika saya berada di makmal, kak sulung sms suruh balik kampung. Katanya semenjak ayah balik dari hospital suasana ayah sangat merisaukan. Badannya lemah, lidah tak okay dan tangan mulai lembik. Hati saya jadi tak keruan. Mahu sahaja bergegas pulang ke kampung serta merta tetapi mengingatkan janji2 saya untuk menghadiri majlis perkahwinan Jaa bersama-sama Kak Dayang dan Ekin saya jadi teragak-agak. Begitu juga janji saya untuk berjimba di Melaka bersama Sha. Banyak sekali janji yang dibuat minggu depan. Kalau saya pulang sekarang, maka saya akan memungkiri janji-janji itu.

Tak lama kemudian, adik saya yang berada di Melaka bbm. Katanya hatinya tak tenang, kalau saya busy dia mahu pulang menaiki bas saja. Teringat ayah dikampung yang sakit... Saya menelefon Kak Dayang dan Sha untuk membatalkan janji2 saya. Hal ayah perlu tindakan segera. Setelah semua selesai, saya terus pulang ke rumah sewa dan mengemas kain baju sekadar yang patut.

Perjalanan dari Johor ke Melaka kalini tidak terasa. Pemikiran saya sudah lama sampai di Kedah. Tetapi disebabkan sudah penat drive, saya dan adik mengambil keputusan untuk menyambung semula perjalanan pada esok pagi sahaja. Kakak sulung juga ok dengan keputusan kami. Semoga keadaan ayah membaik. Nantikan anak2 ayah pulang ya..


Ayah bersama-sama cucu kesayangannya.

UPNM

0 comments
Assalamualaikum..

Bermula semalam maka debat gender kebangsaan pun berlangsunglah di UTM. Kelas kan tema debat? Tapi saya tidak akan menjadi pengulas untuk program tersebut, saya hanyalah bertugas sebagai pemandu pelancong tak beriktiraf untuk anak sepupu saya dan kawan2 nya yang merupakan peserta debat berkenaan. Mereka yang mewakili UpNM ini seramai 8 orang tetapi hanya 4 yang berdebat manakala yg baki as reserve. Semua depa ni muda2 lagi, paling tua pun berusia 20 tahun. Hah.

Dek kerana pertama kali sampai di Johor lebih2 lagi di UTM mereka sangatlah eksaited nak melawat tempat2 best di sini. Part paling pening untuk dipikirkan. Setiap orang yang datang ke sini saya pasti pening nak pikir mana tempat yang best untuk dibawa. Tambah2 lagi mereka sudah pun melawat Johor Premium Outlet yang merupakan salah satu tempat menarik dalam list "untuk dibawa jika kawan2 datang Johor". Kena pangkah sudah 1 tempat. Malam 1st saya bawa mereka makan nasi ayam penyet BiBik Taman U yang sedap. Kalau datang UTM tak makan ayam penyet memang bapak rugi ar... Then, menuju pula ke rumah kedua bebudak sini iaitu Jusco. Seronok bawak bebudak ni jenjalan. Depa sangat teruja dengan Jusco Taman U. Biasalah...siapa saja yang tak teruja datang sini. Sebab tu Dr.Aznizam gelarkan Jusco as rumah kedua bebudak UTM.

Selepas itu kami ke Giant Umall pula. Dekat saja jarak antara kedua buah pasaraya itu. Sekali lagi keterujaan bebudak ni menghiburkan hati saya. Berbeza dengan Jusco, Giant Umall lebih kepada family store. Baju kurung, tudung, karaoke & wayang ada disini tak seperti di Jusco yang lebih kepada kedai barangan branded. Selepas membeli peralatan wajib, kami pulang ke UTM. Tak mahu terlalu lambat membawa bebudak ini pulang kerana mereka masih punya kerja selepas itu. Tugasan mencari fakta untuk diperdebatkan. Kemah keming aih. Nasib bebudak ni baik sebab malam tu order durian crepe saya siap. Saya sharing durian crepe dengan mereka, lagi sekali reaksi mereka sangatlah menarik sampai saya menyesal tak beli banyak2. Ada yang tak sempat merasa durian crepe yang glamer itu. Minta saya untuk orderkan lagi. Sedap sangat kot..bagi saya boleh aja..kalau lagi manis lagi sedap..

Malam esok saya tak tahu nak ke mana... Will pikiaq later..



Saya yang 26 tahun dengan bebudak 18 tahun serta durian crepe. Tak nampak banyak beza kan..

Twilight: Breaking Dawn Part 2

1 comments
Assalamualaikum...


Last night I went out to watch the most awaited & final movie of Twilight"s Saga~ Breaking Dawn Part 2!. As an avid reader of the novel series i'm so looking forward to watch them in live action on big screen. Initially, me & my friends had made a promise to watch the Part 2 together again after we watched the Part 1 few months ago. However they could not make it, got bigger task at their hands. Bizi jugak katanya. So, when my seniors asked me join them, I just say yes. As I recall, I watched Twilight 1 only on my laptop. My colleague downloaded it and gave it to everyone in the class. When my younger sister came to my place, we watched it together & we were hooked up with the story before we realized it. Found out about the novel series and read them all in 3 days. So started with New Moon to Breaking Dawn Part 2, i'm making sure to watch them all in cinema.

Sambungan dari previous movie, Bella menjadi vampire yang sangat cantik (compared to her human form). Edward & her got a half vampire/human daughter with extremely high growth rate, she can get so besaq only in few days. Masa baby, i thought she would be so cute and adorable but turns out to be pelik hasil gabungan CGI & photoshop yang melampau. Dalam novel senanglah nak cerita baby reach out to everyone and show her power tapi kalau dalam video pasti susah. Boleh diterima jugak kepelikan itu.

2nd pelik is when Jacob is telling Bella that her daughter is Jacob's fated partner. Wolf-thing says that every wolf in the pack will be imprinted with his/her fated partner. Partner tu kiranya kompem akan jadi pasangan dia sampai bebila macam Sam dengan pasangan dia. So that's why Bella fell in love with Jacob dalam movie before ni, rupanya bukan Bella yang fell in love tu. That's her daughter's feeling. Time baca novel, i thought it was cute & romantic! tapi bila tengok dalam movie ni Jacob looks like a pedo pun ada. kuciwa imaginasi ku selama ni.

hmm.....

Apabila anak vampire dilahirkan geng2 Volturi pastilah tak suka. Sebabnya Immortal child can not keep the secret very well and only do harm than good. Depa tak tahu condition anak Bella yang semi human ni. Alice (character yang selalu buat kacau) who can see the future foresees Volturi datang nak amik anak Bella. So the Cullens pun kumpulkan kawan2 untuk jadi living proof yang anak Bella bukannya normal immortal child. Dalam banyak2 kawan2 the Cullens ni, i like the siblings from Amazon nih. Ada style gitu.

Kuasa: butakan orang & buat orang delusional. Just like Uchiha's clan

Finally, it is the time for Volturi versus The Cullens & Friends in order to decide Bella's daughter future. After some serious talk, glare and touch, Volturi masih jugak nak bunuh anak Bella. Mungkin hari ini tak bawak kemusnahan, esok2 mana kita tau kan..says Aro sarcastically. In the middle of getting power up as preparation untuk berlawan, Alice the most important character has back. Dia datang menunjukkan future to Aro, si Volturi leader. Time ni agak sakit hati. Walaupun dah tau plotnya sebab dah pernah baca novel tapi part ni agak terkena. Punyalah semangat tengok Voturi, vampires and wolves dok berlawan cabut kepala satu sama lain rupanya benda tu tak betul2 jadi. Semuanya bakal berlaku in future kalau war break out. Just in Alice's head je pon. Penat terkejut tengok kepala Carlisle kena cabut.


Jacob si serigala semangat dengan kekasihnya & bakal mak mertua & bakal pak mertua beliau..owh..



Disebabkan Aro tengok dalam kepala Alice yang kepala dia pun akan tercabut if war tu betul2 terjadi so, dia just lepaskan saja The Cullens & Friends ni. Alice and Jasper juga datang dengan seorang semi human/vamp. Baik je dia so haruslah Volturi lepaskan anak Bella nih.

Semua pun kembali tenang dan aman. Dah namanya final pasti semuanya tenang.3rd pelik bila Alice foresees Jacob & Reneesme versi remaja bermain2 di gigi pantai bersama-sama Edward & Bella versi maintain muda. Semuanya muda remaja. ouch. So immortal...



Well, Harry Potter dah setel. Twilight dah setel. Turn Transformers & Avatar pula untuk ditunggu2.





Ikan Talang Tanjung Dawai

0 comments
Assalamualaikum..

Sebelum pulang ke Kedah sempena cuti raya haji, Dr. Wan yang merupakan ketua makmal memesan ikan talang masin dari Kedah. Katanya di Kedah banyak ikan talang, kawannya pernah membelikan ikan talang buatnya suatu masa dulu. Mulanya saya sendiri ragu2 betul kah cerita tu sebab saya tak pernah tahu pon yg Kedah adalah pengeluar ikan talang??

Sampai saja di Kedah saya bertanyakan kepada adik saya yg lebih berpengetahuan bab2 tempat menarik di Kedah. Tanjung Dawai lah tempatnya! Disana ada pusat jualan ikan masin dan hasil laut yang lain. Jadi, petang raya haji kedua kakak, adik dan saya ke tempat yang dikatakan itu. Kami diguided oleh Wani, kawan adik saya. Beliau lagi tinggi pengetahuan tentang Tanjung Dawai sebab ibunya berasal dari Tanjung Dawai jugak.

Sampai di sana kami semua terkejut... Ohhh.. Taktau pulak ada tmpat ni. Masing2 jakun. Kami beli belacan yang orang kampung order, ikan talang Dr. Wan dan adik saya belikan sotong kering & belacan untuk mak mertuanya. Habis berbau kereta saya on the way balik. Azab ja sepanjang berjalanan. Rupanya adik saya terlupa masukkan sotong kering dalam bonet kereta.

Apabila saya bagi ikan talang yang dipesan Dr.wan dia sangat2 suka. Ikan talang tu sangat besar dan byk lebih dr duit yang dia bagi. Harga selepas tawar menawar. Beliau siap goreng ikan talang itu ketika beliau membuat kenduri korban baru2 ini. Bangganya~

So, sapa2 yang beli ikan talang murah, besar dan banyak silalah ke Tanjung Dawai, Kedah.

Sireh Bertemu Urat

2 comments
Assalamualaikum..

Hari Sabtu yang lepas abang sulong lab ajak saya dan gegadis lab yang lain untuk menjoin rombongan pertunangan beliau. Katanya rombongan dari Kedah cumalah 4 orang termasuk dirinya yang sudah pasti kena tinggal di luar rumah ketika majlis. Jadi, beliau mengajak kami untuk memeriahkan rombongan. Apa salahnya kann?.Saya paling gemar majlis pertunangan dan pernikahan. Majlis yang diadakan di Batu Pahat sangat indah walaupun hujan sangat lebat diluar rumah. Hujan rahmat. Perbincangan yang dilakukan dalam bahasa Jawa yang diselangi bahasa standard sangat memberi kelainan, at least for me. Kami dari Kedah hanya mampu gelak selang 5 saat kemudian. Coverage lambat sampai..

Tahniah Kak Pidah~ besaq cincin

Dalam banyak2 dulang hantaran yang ada saya sangat tertarik dengan dulang berisi sireh junjung. Salahkan kawan2 saya yang selalu bercerita mengenai sireh bertemu urat yang katanya boleh membantu mmpercepatkan jodoh itu. Bukanlah berbaur syirik disitu, itu cuma petua orang dulu2. Semenjak pertunangan Nani (sedang menanti anak sulung), asal  mana-mana majlis pertunangann yang saya hadiri pasti isu sireh akan muncul. Kata kakak kawan saya, selepas makan sireh bertemu urat terus beliau dipertemukan dengan jodoh. Pasti sekali itu aturan Allah. Hanya coincidence mungkin.

Di majlis pernikahan Atul pula (baru saja melahirkan anak sulungnya), Fiza beria-ia sekali mengambil sireh bertemu urat atas dulang hantaran sampai tak perasan ada jurukamera yang snap pic kami. Lihatlah betapa semangatnya beliau dalam pic dibawah. Dengan izin Allah, selepas beberapa bulan kemudian Fiza SMS saya memberitahu yang beliau bertemu jodoh dengan suaminya sekarang dan sudah pun join golongan mak buyong. Alhamdulillah...aturan Allah jua yang menemukan jodoh Fiza. Saya juga menelan sireh dari hantaran Atul itu bersama-sama air 100+ (pahit sangat rasanya) tetapi masih belum bertemu jodoh.


Dalam majlis pertunangan di Batu Pahat baru2 ni, semua memori bersama sireh muncul kembali. Namun saya sempat juga melawak dengan ibu pengantin perempuan pasal cerita sireh ini lantas diberinya petua yang lebih menarik. Katanya, rendam daun sireh hantaran dalam air dan minum air itu. Jangan lupa selawat dulu sebelum meminum. Lebih praktikal kerana tak perlu menelan daun sireh yang pahit itu. Tetapi dek kerana terlalu malu saya tidak sempat mengambil daun sireh. Kalau dulu ada Fiza memang best la sebab dia yang paling semangat. Sekarang semua dah kahwin, tak mungkin saya nak cabut daun sireh hantaran orang sorang2. Never.

Sebenarnya, amalan makan daun sireh ni hanyalah petua orang dulu2. Jangan dipercaya sepenuhnya. Cerita orang yang sudah bertemu jodoh selepas memakan sireh ini juga kuasa Allah. Mungkin juga ketika mereka makan daun sireh mereka berdoa dengan tulus untuk bertemu jodoh lalu Allah perkenankan. Makan sireh hanya usaha kearah itu. Segalanya mungkin.


Saya masih menanti kesan magis sireh campuran air 100+

My 2nd conference. Sudah cukup sudah

0 comments
Assalamualaikum...

Pada 3-5hb Oktober yang lalu telah berlangsung konferens Nasional Symposium on Polymeric Material (NSPM2012) bertempat di Kampus Kejuruteraan USM. Ini merupakan my 2nd and last conference (insyaAllah). Alhamdulillah lepas bagitau supervisor yang dah cukup lah pi konferens, dia bersetuju dan meminta saya fokuskan pada paper publish ja. Sebenarnya pi konferens bagus untuk meluaskan pengetahuan kita dalam research dan membantu bagi keyakinan bentang paper dikhalayak ramai. Tetapi disebabkan bayaran yuran, tempat tinggal dan transportation yang agak mahal cukup lah 2 kali sahaja.

Kalini gerombolan dari Jabatan Polimer UTM sangat ramai, local and international.
 Kalau boleh taknak ingat pengalaman present kalini. Saya present paper master so, saya sendiri tahu yang result saya taklah sekuat mana. Ada lecturer yang dengar saya present tanya pulak pasal Microbes. Argh..so tak suka. Manalah saya tau tapi nanti saya akan cari and will use for my future research. Di sana juga saya jumpa ex-Sainarians. Asal pi konferens mesti jumpa kawan lama... Apit Zamri yg memang ada di USM dan Apit Zainol dari Unimap. Dia present sesi petang.


 Malam dinner tu 3 orang dari meja kami dapat cabutan bertuah termasuk saya. 1st time dalam hidup ni dapat cabutan bertuah. Makanan yang disediakan jugak sedap dan melebih2. Ramai participants yang dah balik right after present gamaknya.
 

 
 Kak Pinat bawak kami semua ke Pulau Aman yang memang aman damai.  Mee kuah udang kat restoran dia sangat sedap! udang besar dan segar, sesapa pi sana wajib cuba tau.


 Kak Pinat juga membawa kami ke Restoran Charli Brown yang berada di Straits Quay Penang. Tempat ni stock orang kaya2 ja yang pergi kot...yang stock kurang kaya mampu bergambar dengan Charlie ja.
  

Alhamdulillah..my last conference was okay. So, jom balik UTM!

Pengalaman Konferens Pertama di Langkawi:Part 3

0 comments
Assalamualaikum...

Dalam previous entry saya cerita pasal slideshow yang akan saya present, harini nak sambung cerita pasal 3rd day yang sangat best. Pada Part 1 saya ceritakan pasal perjalanan kami dari UTM ke Langkawi serta aktiviti kami bersuka ria dan melepas lelah di Underwater World yang ada banyak sangat ikan yang cantik2. Dalam entry Part 2 pula saya ceritakan pasa hari pertama konferens.

Day 3

Pada malamnya lagi kami bertiga dah planning nak bersuka ria di Langkawi lepas saya present. Ketika keynote speaker tengah bagi ucapan, saya dengan pulunnya tanya kawan-kawan saya yang menetap/penah tinggal di Langkawi pasal Island Hopping. Aktiviti ni perkara wajib dilakukan di Langkawi, mana boleh kami lepaskan begitu sahaja. Terima kasih banyak2 kepada Sha yang bagi kami contact no.pengurusan Island Hopping. Aktiviti akan bermula pukul 2pm, elok sangat lah tu!.

Paper saya diletakkan di section Bioconversion, jadi kami terpaksa bergerak ke Cenang Room dari Ballroom. Nasib baik bilik kecil, taklah ramai participants, kata saya sedikit lega. As 1st presenter, noervousnya memang lain macam.


Dengan sedikit tak bersedia, time tu lah nak cucuk pendrive, nak setup tempat duduk..chairman dah suruh saya mulakan. " Thank you Mr.Chairperson, Assoc.Prof. Dr. Hashim Kassim...Assalamualaikum and very good morning to ...".

 Maka, tamatlah sudah sesi kami pada hari itu. Selepas memenuhkan perut dengan lunch yang disediakan di Spice Restaurant kami cepat2 balik ke motel untuk salin baju and get ready to hop!.

 Penuhkan perut dulu sebelum memulakan akiviti. Saya percaya PZ dan Fiza sedang bercerita tentang research chicken fat yang sangat menarek perhatian kami. Nampak tak swimming pool kat belakang tu? yeah..kami pun jeles tengok mat saleh mandi situ. 

Charge yang dikenakan oleh organizer ialah rm25/person. Itu harga paling murah kami dapat and kami diambil/dihantar dari motel tu memang sgt terbaik. Dalam bot yang kami naiki ada 4 orang Malaysians (kami bertiga+abang drebar), 4 Arab Saudis (Parent+2 children) dan 4 Chinese China (2 couples).

Abang drebar ni sangat hebat control boat. Hang bagi la gelombang ombak besaq mana, jeritan budak2 ketakutan or percikan air hujan yang sakit mata dia selamba ja bawak boat dia.  Pengalaman memdewasakan diri mungkin.
 Haru biru sikit naik dengan geng2 ni tambah2 ketika tu hujan dah mulai menitis dan gelombang ombak dah sikit2 ganas. Time boat start gak gabra sebab boat macam tak stabil ja tapi tawakal aja lah. Yang geng Arab dah bising2 nak patah balik. Boat stopped untuk bagi peluang kami tengok rupa bentuk Pulau Dayang Bunting dimana perut dia, kepala dia, dan kaki dia yang geng2 Arab dah "Finish? Finish?..Turn around"..Takkan lah abang drebar boat nak patah balik..kesianlah kat orang lain yang turut sama dalam boat tu. 

Pulau pertama yang kami jejaki ialah Pulau Dayang Bunting yang didalamnya ada Tasik Dayang Bunting yang kekonon bagus untuk wanita sukar hamil. Airnya saaaangat sejuk dan mendamaikan. Kami diberi masa sejam untuk lelepak di pulau ini. Tasik tu memanglah best tapi on the way ke tasik sangat lah menyeksakan. Bapak beruk, mak beruk serta anak beruk ada sahaja di kiri kanan bersedia menyambar makanan or any beg yang dia rasa ada makanan. Saya ditimpa pengalaman sadis time ni..sedih plus malu. On the way nak naik tu, beg saya diragut bapak beruk yang sangat garang!.Dia bawak lari beg saya naik atas bukit sambil acah2 nak keluarkan isi beg tu. Homai! segala macam mak nenek ada dalam tu. Tapi dia dengan bijaknya ambil purse saya yang kaler kuning dan mula buka zip. Time tu sangat lah panik. Kami bertiga jerit2 mintak tolong sapa2 ja yang lalu.Nasib baik ada family Arab Saudi yang sama2 naik boat tadi. Si Husband trick beruk tu dengan makan depa so beruk tu lepaskan purse saya. Selamat saya!. Tapi yang lawaknya, saya boleh pulak jerit mintak tolong dalam English secara spontan. Help..Help..it tooks my purse!. I want my purse. Gitu lah seingat saya. Junior saya asik ulang ayat tu. 
Dah selamat dari beruk jahat, kami rehatkan diri dengan mandi manda dalam tasik Dayang Bunting ni. Peringatan kepada semua yang nak ke sana, pelis la jangan bawak beg yang colourful sangat. Pakai baju gelap juga kalau boleh. Selepas itu kami move to next pulau iaitu Pulau Beras Basah.



Di pulau ni, kami diberi masa sejam untuk mandi manda di pantainya yang sangat2 bersih dan lembut pasirnya. Tak puas rasanya berendam disitu. Tak sempat nak berseronok, dah kena naik boat balik. Dari sana kami dibawa ke tempat bagi makan Helang. Helang kat sana dah biasa dengan aktivit manusia kot, bila boat datang depa munculkan diri ramai2. Sangat menakjubkan. Kami tak sempat nak snap picture sebab terlalu kagum dan suasana hujan ketika tu.

Kami pulang dari aktiviti island hopping dengan penuh happy...malamnya kami dibawa makan di Restoran Buluh oleh Athirah, kawan Saina saya yang dah lama tak jumpa.Ambil peluang reunite dengan kawan-kawan pun boleh.

Thanks Athirah bawak kami makan dan shopping coklat murah kat Kedai Haji Ismail.Next time kita jumpa lagi.

Konferens Pertama dan cerita PHD

2 comments
Assalamualaikum..

Sebelum saya teruskan dengan cerita pengalaman konferens saya di Langkawi yang sangat cantik itu, biarlah saya terangkan dahulu isi penting presentation saya pada hari kedua kami di sana. Ini adalah kerana on that very day banyak sangat aktiviti menarik yang kami lakukan right after saya present. Jadi biarlah cerita aktiviti tak berkaitan ilmu itu saya letakkan di dalam entry berbeza. Jenis pemalas macam saya ini, hendak menulis panjang takut pula hilang semangat ditengah-tengah jalan especially kalau saya masuk cerita purse saya diambil oleh beruk jantan di Pulau Dayang Bunting. Seram!. Ok, next entry saja saya ceritakan pengalaman itu. Untuk kalini saya nak bercerita tentang research PHD saya. Ianya agak bosan, harapnya dapat bersabar sehingga keakhir entry. Saya cuba terangkan dengan nada paling lemah lembut dan menarik yang 180 degree lain dari cara saya present ketika di depan panels and participants.

Tajuk presentation saya ialah "Swelling Properties of Oil Palm Empty Fruit Bunch-Graft-Poly Acrylamide, Polyacrylic Acid, and Poly(Acrylic Acid-co- Acrylamide)"



Untuk konferens pertama ini saya lebih tekankan mengenai preliminaries stage dimana saya nak dapatkan monomer yang terbaik yang akan digunakan sepanjang research nanti. Kiranya results yang telah dibentangkan hanya 10% daripada research PHD saya. Sebelum saya pergi lebih dalam ada baiknya saya terangkan definisi setiap perkataan. Before that, mintak maaf terlebih dahulu saya ucapkan sebab bahasa rojak iaitu campuran English dan Bahasa akan digunakan dengan dominannya sebab research saya 100% dalam English jadi nak terangkan dalam BM sempurna amat susah bagi saya. Tapi dengan menukarkan ia ke Bahasa juga boleh membantu saya mengulangkaji balik pemahaman saya.


Tajuk besar research saya adalah lebih kepada menghasilkan campuran baja dan hydrogel (sejenis polimer) dinamakan "slow release fertilizer (SRF)" yang boleh mengeluarkan nutrient baja secara perlahan-lahan. Biasanya, apabila nutrients dalam baja seperti Nitrogen dan Phosphorus habis dilepaskan kepada tumbuhan, hydrogel yang kosong akan ditinggalkan dalam tanah dan pembaziran serta pollution akan berlaku. Seperti semua maklum, polymer synthetic adalah non-biodegradable (tidak boleh terurai) begitu juga lah dengan SRF ini. Jadi, dalam research ini saya mencampurkan fiber dari tandan kosong kelapa sawit (OPEFB) melalui proses grafting untuk menghasilkan bahagian yang boleh diuraikan. Banyak pembolehubah yang saya akan vary untuk mendapatkan SRF yang unggul.

Seperti diterangkan sebelum ini konferens kalini saya hanya fokuskan pemilihan monomer. Hydrogel atau nama lainnya Superabsorbent Polymer adalah sejenis gel yang dihasilkan daripada monomer yang hydrophilic(suka air) yang berkeupayaan menyerap air dan menyimpan 20% air dalam strukturnya tanpa dia terlarut dalam air itu. Contoh penggunaan hydrogel yang paling dekat dengan kita semua adalah pampers.Untuk mendapatkan hydrogel yang boleh serap sebegitu banyak air makanya pemilihan monomer adalah sangat penting. Untuk research saya, monomer acrylic acid (AA), acrylamide (AAm) dan combination of both (AA-co-AAm) telah digunakan manakala amount components lain seperti initiator, crosslinker, fiber, fertilizer dan neutralization agent ditetapkan.

Testing seperti water absorbency capacity (WAC), reswelling ability, swelling rate, AUL telah dijalankan untuk investigate yang mana satu monomer bakal digunakan nanti. WAC dijalankan dengan memasukkan SRF kering ke dalam air suling selama 24 jam. Berat akhir dan berat awal ditimbang untuk mendapatkan nilai WAC.

  (Thomas et.al, 2003)
 
 Ketika testing ini dijalankan, 4 mekanisma penyerapan air sedang berlaku didalam SRF iaitu hydration, hydrogen bonds, 3D networks and osmotic pressure yang menyebabkan ia dapat menyerap air dalam kuantiti yang banyak compared to material lain seperti span. Apabila air masuk dalam SRF, struktur dalamannya akan mengembang menjadi 3D networks. Ketika ini proses hydration dan hydrogen bonding berlaku. Molekul network mempunyai elastic contractive force yang menyebabkan  networks contract dan bila sampai equilibrium, osmotic pressure pula menjadi faktor air masuk dalam SRF.  Test reswelling ability penting untuk mengetahui keupayaan SRF digunapakai semula selepas beberapa cycle iaitu cycle kering-rendam-kembang-kering-rendam-kembang x 5. Nilai WAC semua SRF tetap tinggi walaupun 5x digunakan menunjukkan SRF is reusable.  Test swelling rate adalah sama seperti WAc tetapi nilai bacaan diambil setiap sejam manakala test Absorption Under Load (AUL) dilakukan sebgai anologi nilai WAC dibawah tanah.

Secara kesimpulan kasarnya combination 2 monomers (AA-co-AAm) memberikan results yang bagus tapi saya kena tunggu results lain dulu yang saya tengah jalankan untuk menguatkan pemilihan saya. 



Masih ada 12  testing berbaki untuk preliminaries stage berkaitan characterization (SEM, FTIR, NMR, DSC, TGA), biodegradability (Soil Burial) , slow release (in water and soil) , field evaluation (water retention in soil and in agriculture, plant growth, tanam pokok). Part penting tak masuk lagi tuh. Slownya progress saya, dah kelam kabut  dah ni. Nampak ja tenang di luar, dihati bergelora. Datang makmal setiap hari walaupun weekends tapi masih slow. Ya Allah...Ini dah 3rd sem, ada lagi 3sem.  Saya ada lagi 2 konferens bulan 10 dan bulan 11 ni. Taktau la camna hasilnya. . Doakan saya yang pemalas ni yea :)




References:


[1]        Kiatkamjornwong, S. Superabsorbent polymers and Superabsorbent polymer composites. ScienceAsia. 2007. 33: 39-43.
[2]        Liang, R., H. Yuan, G. Xi and Q. Zhou. Synthesis of wheat straw-g-poly(acrylic acid) superabsorbent composites and release of urea from it. Carbohydrate Polymers. 2009: 1-7.
[3]        Xie, L., M. Liu, B. Ni, X. Zhang, et al. Slow-release nitrogen and boron fertilizer from a functional superabsorbent formulation based on wheat straw and attapulgite. Chemical Engineering Journal. 2011. 167: 342–348.
[4]        Sahoo, P. K., G. C. Sahu, P. K..Rana and A. K.Das. Preparation, Characterization, and Biodegradability of Jute-Based Natural Fiber Composite Superabsorbents. Advances in Polymer Technology,. 2005. 24: 208–214.
[5]        Sahoo, P. K. and P. K. Rana. Synthesis and biodegradability of starch-g-ethyl methacrylate/sodium acrylate/sodium silicate superabsorbing composite. Journal of Material Science. 2006. 41: 6470–6475.
[6]        Thomas, B., R. B. Heimann and P. Eyerer. Superabsorbent Polymer Composite (SAPC) Materials and Their Industrial and High-Tech Applications. Dissertation. Freiberg University of Mining and Technology; 2003