Lafaz Ikrar Sakinah

5 comments
Assalamualaikum..

Dalam banyak-banyak majlis pernikahan yang saya hadiri, pernikahan Atul di Segamat paling menarik sekali. Masyarakat di Johor bukan setakat memberi telur pindang yang sedap pengganti telur kahwin standard tapi negeri Johor juga satu-satunya negeri yang menggunakan Modul Keluarga Sakinah ketika majlis akad nikah. Kalau nak dibandingkan dengan proses pernikahan di Kedah, pernikahan di Johor sangat makan masa. Serius cakap, saya hampir tersengguk time Atul menikah tu. Banyak sangat proses; tok kadi bertazkirah, bacaan taklik oleh suami, bacaan dari isteri, pesanan dari ibu dan ayah pengantin perempuan sampai lah 'bangun, berdiri dan berselawat' semua dilakukan dengan cermat. Tapi walaupun makan masa, keberkatan nya memang terasa. Syahdu nya sampai.





Bagi saya, lafaz ikrar sakinah yang dilafazkan semasa upacara akad nikah mampu memberi impak yang besar kepada permulaan pasangan melayari hidup sebagai suami dan isteri. Halusi baris-baris lafaz ini;


“ADALAH saya, .................., suami kepada ................ yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku dengan mas kahwin sebanyak RM ....... tunai. Oleh itu, hendaklah kamu, isteriku, menunjukkan taat setia kepadaku sebagai suami dengan mengikut segala perintah dan nasihatku selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam dan Undang-Undang Negara,” 
 
Lafaz pengantin perempuan.:

“Adalah saya ............., isteri kepada kekanda dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci dan akan menumpukan sepenuh perhatian terhadapmu dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kekanda, dan adinda mengharapkan kepada kekanda agar sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingn dan kebahagiaan bersama. Semoga Allah merestui perkahwinan kita,” 


Begitu suci lafaz ini tapi sayangnya ramai yang hanya membaca lafaz ini tanpa memahaminya... Kalau lah ada yang nak seleweng dalam rumahtangga, tolong jangan lupa lafaz ikrar yang diucapkan ketika masing-masing menerima tanggungjawab sebagai suami isteri. Tanggungjawab ini berat, kuatkan diri untuk memikulnya.


**negeri Kedah tetap the best. Tok Kadi kampung saya muka macam Pie, pasti terhibur,


Kenapa di Kedah tak ada telur pindang?

11 comments

Assalamualaikum...



Hampir 7 tahun saya belajar di UTM Skudai ini banyak benda baru yang saya kenal dan mostly pasal kebudayaan masyarakat tempatan (cewah, ayat Geografi). Orang Kedah tinggal di Johor macam-macam lah benda exciting saya belajar selain bahasa percakapan yang banyak eh & seh, saya paling suka telur pindang yang setakat ni saya hanya jumpa di Johor sahaja. 1st telur pindang saya dapat dari kenduri abang degree-mate di Tampoi dan time tu ragu-ragu sangat nak menelannya. Salahkan warnanya yang agak menakutkan itu tapi saya makan juga. Sejak daripada itu saya sangat suka telur pindang dan kalau kenduri di Johor tak bagi telur pindang saya mesti balik dengan keadaan hampa dan sadis.

Telur pindang ini merupakan makanan tradisional dimana telur direbus dalam air herba selama beberapa hari. Telur pindang dikatakan tahan sehingga dua minggu atau lebih. Dengan itu, ia merupakan bekalan perjalanan pedagang pada masa dahulu. Telur pindang direbus dengan pelbagai jenis herba yang memberikan rasa dan warna yang unik. Jenis herba yang digunakan biasanya berbeza menurut pakar yang menyediakannya, bagaimanapun anyata yang digunakan adalah daun pokok Manggis, daun senduduk, daun jambu batu, halia, galanga ("galingale"), kulit kayu manis, bunga lawang, clove, "cardamom" dan serai. Daun pokok Manggis, daun senduduk, daun jambu batu digunakan bagi memberikan warna gelap pada telur.  (Wiki mari)

Mungkin kerana cara penyediaannya yang rumit dan memerlukan kepakaran, kebanyakan kenduri kendara di Johor tidak lagi menyediakan telur pindang kepada tetamu mereka, sayang sekali kan. Kalau telur pindang ini menjadi kebiasaan di Kedah pasti  meresaya tidak akan membiarkan telur pindang dilupakan. Sedap kot, kesian anak cucu tak dapat merasa. Selepas 3 kali kecewa dengan kenduri with no-telur pindang, En.Din lab technician kami menghadiahkan setiap orang di dalam lab 2 biji telur pindang lebihan kenduri anaknya. Best sangat. Macam your wish dimakbulkan gitu perasaannya. Yang lagi best, Kak Ros yang berada disebelah meja saya tak makan sangat telur pindang dan memberikan bahagiannya kepada saya. So, saya dapat 4 biji telur pindang hari itu. Terima kasih tak terhingga Maha Pencipta dan En.Din serta Kak Ros. ^___^



 Walaupun luaran mu kurang menarek, rasa serta kualiti mu jua yang ku puja..kekanda pindangku..


Eksaited sangat nak makan, tak sempat tunggu balik bilik dah habis 2 biji telur pindang saya ngap dalam lab. hehe.

Sedap! Puas hati.

Hasil Lawatan ke MARDI

7 comments
Assalamualaikum.....

Pada 6hb Disember tahun lepas, team research saya telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke MARDI Serdang. Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari kaedah menanam pokok cili melalui sistem Fertigasi. Oleh kerana salah satu daripada aplikasi produk team kami ialah "Slow Release Fertilizer" maka, lawatan ini adalah sangat penting terutamanya kepada kami semua yang tidak mempunyai background pertanian langsung. Ye lah...Kejuruteraan Polimer kot.

Sampai di MARDI, kami diberi taklimat mengenai sistem Fertigasi yang semakin menarik perhatian ramai ini. Menurut pegawai MARDI, sistem yang lain dari sistem konvensional ini berjaya menghasilkan ramai jutawan hanya dengan menanam cili. Fertigasi berasal dari cantuman dua perkataan iaitu 'fertilization' dan 'irrigation'. Proses pembajaan dan pengairan terhadap tanaman berjalan serentak. Sistem ini tidak memerlukan penggunaan tanah (soiless culture production system). Atau dengan penjelasan yang lebih mudah, melalui sistem ini, formulasi baja dilarutkan dengan air terlebih dahulu dan disuap directly kepada akar pokok. So, air dan baja dapat dijimatkan dan akar pokok tak perlu menjalar jauh-jauh untuk mendapat air dan nutrient baja. Namun begitu hanya beberapa jenis sayur dan buah sahaja yang sesuai menggunakan kaedah ini seperti cili merah, timun, terung, zukini, rockmelon dan strawberi.



Tengok buah cili dalam gambar pertama,memang meriah!. Selepas taklimat, kami dibawa melawat ke tapak tanaman dan baru lah saya dapat idea macam mana baja yang dilarutkan disuap terus ke akar pokok. Seperti dalam gambar, mikrotube (tiub yang kecil2) disambungkan dengan penitis tanah yang ditanam berdekatan dengan akar pokok. Semua sistem ini dijalankan secara automatik.

Dek kerana kesibukan Sv saya sebulan selepas pulang dari MARDI, barula kami berpeluang membuat meeting untuk summarize segala ilmu yang kami perolehi. Banyak benda yang dapat kami cedok, sesuaikan dengan research dan bakal digunakan untuk projek kami. Team kami baru je nak mula so, banyak benda lagi kena belajar. Saya bersyukur sangat SV saya dah bersemangat dengan research. Kesian juga dia, sebabkan dia ketua Jabatan dia selalui sibuk dengan hal pentadbiran. Hal penyelidikan agak lambat berbanding dengan pensyarah lain yang gila-gila punya research dan tahun ni apabila saya sambung phd dan Najaa sambung master dan Waham balik dari Iraq, SV saya jadi semakin bersemangat. Dia siap tak mahu sambung jawatan KJ dan nak fokus research ja bila musim baru masuk nanti. Good job Dr.. let's publish paper & go to konvensyen banyak2!


Bendulku Dilangkah

11 comments
Assalamualaikum..

Ini merupakan entry pertama di tahun baru yang sudah pun masuk hari ke-6. Teruknya tahap blog ni diabaikan. Semoga tahun 2012 saya lebih rajin menulis di sini. Bulan Disember tahun lepas (dramatik skit), saya cuma berdaya menampilkan tiga entri. Domain dah beli mahal-mahal tapi tak gunakan blog ni sehabis baik memang merugikan kan? Tapi apa nak buat, saya kekurangan idea dan penyakit MALAS dah sangat kronik dah ni. Apalah nak jadi ni..

Tahun ini, saya berumur 26 tahun! wakaka..tak dapat terima...

Seperti tajuk saya di atas, adik saya sudah berjaya melangkahi bendul saya. Kalau bertunang pun langkah bendul ka?. Layan lah.. yang penting dia bertunang lebih awal dari kakak dia. 

Sebenarnya, saya memang sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku sooner or later. So, saya boleh cakap yang saya dah sangat bersedia. Ketika saya sedang study untuk master dulu ayah pernah tanyakan pasal ni juga melalui telefon. Saya tahu ayah risaukan Enah yang bekerja di Melaka dan berdekatan dengan teman lelakinya ketika itu. Anak perempuan jauh di perantauan dan macam-macam boleh jadi. Jadi ayah tanya saya 

"Kalau ayah nak kahwinkan Enah dulu ang tak pa ka?"

Saya pastilah tak membantah. Itukan perkara yang baik untuk semua pihak. Kalau nak tunggu saya, kesian pula Enah. Mak ayah kat kampung mesti dok risau tiap-tiap hari. Bukannya saya tak perlu dirisaukan, tetapi sekurang kurangnya saya hidup dalam UTM yang selamat dan mak ayah pun dah tau yang anak depa ni dari zaman sekolah bukan jenis berkapel.



Pada sehari sebelum hari pertunangan Enah, perasaan sedih dan sepi mulai melanda. Disebabkan beza umur kami cuma 2 tahun,kami sangat rapat. Tak sangka adik saya bakal menjadi tunangan orang, menantu orang..huuhuhu. macam ini kot perasaan mak ayah lepaskan anak perempuannya eh.


Pada hari pertunangan Enah, saya bertindak sebagai jurukamera amateur. Kamera DSLR hasil pinjaman kawan Enah saya usung dan amil gambar Enah sebanyaknya. Suka sangat!. Azam baru muncul: Nak DSLR!. Disebabkan keluarga bakal famili Enah orang Melaka, ayah berpakat menjamu asam pedas keladi,gulai daging batang pisang, kerabu pucuk paku & pelbagai ulam kampung untuk bakal besan ayah. Setiap menu ada hasil tanaman ayah.  Memang marbeles!

Hasil tangkapan hari itu..


Mak macam nak tidur, penat kot. Yang Kakti dok dukung Emran comey kat sebelah.

 Emran comey nak amik cincin Mak Nah dia

Saya dan Kakak Zahra. Orang tengah sarung cincin dia tidur. Takda gambar dengan Mak Nah dia. Dengan Mak Dakmi je la

 Enah dan adik-adik ipar. Manja betul depa, siap tak nak balik. Nak tidur dengan Kak malam nie. Sweet.




Siap! Alhamdulillah dah siap 1 step. Semoga adik saya cepat-cepat kahwin.



 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template