Bendulku Dilangkah

Assalamualaikum..

Ini merupakan entry pertama di tahun baru yang sudah pun masuk hari ke-6. Teruknya tahap blog ni diabaikan. Semoga tahun 2012 saya lebih rajin menulis di sini. Bulan Disember tahun lepas (dramatik skit), saya cuma berdaya menampilkan tiga entri. Domain dah beli mahal-mahal tapi tak gunakan blog ni sehabis baik memang merugikan kan? Tapi apa nak buat, saya kekurangan idea dan penyakit MALAS dah sangat kronik dah ni. Apalah nak jadi ni..

Tahun ini, saya berumur 26 tahun! wakaka..tak dapat terima...

Seperti tajuk saya di atas, adik saya sudah berjaya melangkahi bendul saya. Kalau bertunang pun langkah bendul ka?. Layan lah.. yang penting dia bertunang lebih awal dari kakak dia. 

Sebenarnya, saya memang sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku sooner or later. So, saya boleh cakap yang saya dah sangat bersedia. Ketika saya sedang study untuk master dulu ayah pernah tanyakan pasal ni juga melalui telefon. Saya tahu ayah risaukan Enah yang bekerja di Melaka dan berdekatan dengan teman lelakinya ketika itu. Anak perempuan jauh di perantauan dan macam-macam boleh jadi. Jadi ayah tanya saya 

"Kalau ayah nak kahwinkan Enah dulu ang tak pa ka?"

Saya pastilah tak membantah. Itukan perkara yang baik untuk semua pihak. Kalau nak tunggu saya, kesian pula Enah. Mak ayah kat kampung mesti dok risau tiap-tiap hari. Bukannya saya tak perlu dirisaukan, tetapi sekurang kurangnya saya hidup dalam UTM yang selamat dan mak ayah pun dah tau yang anak depa ni dari zaman sekolah bukan jenis berkapel.



Pada sehari sebelum hari pertunangan Enah, perasaan sedih dan sepi mulai melanda. Disebabkan beza umur kami cuma 2 tahun,kami sangat rapat. Tak sangka adik saya bakal menjadi tunangan orang, menantu orang..huuhuhu. macam ini kot perasaan mak ayah lepaskan anak perempuannya eh.


Pada hari pertunangan Enah, saya bertindak sebagai jurukamera amateur. Kamera DSLR hasil pinjaman kawan Enah saya usung dan amil gambar Enah sebanyaknya. Suka sangat!. Azam baru muncul: Nak DSLR!. Disebabkan keluarga bakal famili Enah orang Melaka, ayah berpakat menjamu asam pedas keladi,gulai daging batang pisang, kerabu pucuk paku & pelbagai ulam kampung untuk bakal besan ayah. Setiap menu ada hasil tanaman ayah.  Memang marbeles!

Hasil tangkapan hari itu..


Mak macam nak tidur, penat kot. Yang Kakti dok dukung Emran comey kat sebelah.

 Emran comey nak amik cincin Mak Nah dia

Saya dan Kakak Zahra. Orang tengah sarung cincin dia tidur. Takda gambar dengan Mak Nah dia. Dengan Mak Dakmi je la

 Enah dan adik-adik ipar. Manja betul depa, siap tak nak balik. Nak tidur dengan Kak malam nie. Sweet.




Siap! Alhamdulillah dah siap 1 step. Semoga adik saya cepat-cepat kahwin.



11 comments:

  1. Insya-allah akan tiba masa buat ekmi juga. Betul kakak doakan...

    Tahniah bertambah ahli dlm keluarga

    ReplyDelete
  2. Semoga berpanjangan jodoh ke akhir hayat mereka. Amin

    Mak doakan agar Ekmi juga segera bertemu jodoh yang baik dan soleh. :)

    ReplyDelete
  3. takpe Ekmi,think positif je..sesungguhnya jodoh tu rahsia ALLAH..banyakkan doa dan usaha jugak!

    ReplyDelete
  4. alahai, lawa nya die. kakaknya bila? ahaks!

    ReplyDelete
  5. tahun ni umo BARU 29. salah sorang adik nak kawen hujung tahun nih. makanya dalam kes ini, tidak berlaku langkah bendul, tapi lompat kijang peringkat olimpik kerana dilangkahnya abang yg berumur 33 dan dua kakaknya yg berumur 32 dan 29.


    Hebat adik aku. hahahaha

    ReplyDelete
  6. dulu saya pun langkah kakak.setahun kemudian kakak pulak kawin

    ReplyDelete
  7. amboiiiiiiiiiiii
    tunang dah.. awak bila lagi^^

    ReplyDelete
  8. wahhhhhhhhh ye ke.. jangan lupa put on blog...siapalah yg bertuah tue ye..hehe

    ReplyDelete
  9. comelnye die...xpe kasi can je dulu huhuhu doa baik2 dpt jodoh baik2 ;)

    ReplyDelete
  10. kakcik & norinaomar: insyaAllah. Thanks for the doa!

    Acik: kakaknya taktau lagi sebab tu suh adik dia pass dlu. hehe

    TecerWidad: okey,itu mmg terbaik. menang sume langkah2

    BABY(MAMA AMANA&ARIEF): nampaknya saya pun tak lama lagi dah nie..hehe

    El-Janna: insyaAllah..at the right time with the right person.

    BABY(MAMA AMANA&ARIEF), InsyaAllah :)

    Paris Lipton: tu la, kasi can dia dulu..

    ReplyDelete

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template