Hasil Lawatan ke MARDI

Assalamualaikum.....

Pada 6hb Disember tahun lepas, team research saya telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke MARDI Serdang. Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari kaedah menanam pokok cili melalui sistem Fertigasi. Oleh kerana salah satu daripada aplikasi produk team kami ialah "Slow Release Fertilizer" maka, lawatan ini adalah sangat penting terutamanya kepada kami semua yang tidak mempunyai background pertanian langsung. Ye lah...Kejuruteraan Polimer kot.

Sampai di MARDI, kami diberi taklimat mengenai sistem Fertigasi yang semakin menarik perhatian ramai ini. Menurut pegawai MARDI, sistem yang lain dari sistem konvensional ini berjaya menghasilkan ramai jutawan hanya dengan menanam cili. Fertigasi berasal dari cantuman dua perkataan iaitu 'fertilization' dan 'irrigation'. Proses pembajaan dan pengairan terhadap tanaman berjalan serentak. Sistem ini tidak memerlukan penggunaan tanah (soiless culture production system). Atau dengan penjelasan yang lebih mudah, melalui sistem ini, formulasi baja dilarutkan dengan air terlebih dahulu dan disuap directly kepada akar pokok. So, air dan baja dapat dijimatkan dan akar pokok tak perlu menjalar jauh-jauh untuk mendapat air dan nutrient baja. Namun begitu hanya beberapa jenis sayur dan buah sahaja yang sesuai menggunakan kaedah ini seperti cili merah, timun, terung, zukini, rockmelon dan strawberi.



Tengok buah cili dalam gambar pertama,memang meriah!. Selepas taklimat, kami dibawa melawat ke tapak tanaman dan baru lah saya dapat idea macam mana baja yang dilarutkan disuap terus ke akar pokok. Seperti dalam gambar, mikrotube (tiub yang kecil2) disambungkan dengan penitis tanah yang ditanam berdekatan dengan akar pokok. Semua sistem ini dijalankan secara automatik.

Dek kerana kesibukan Sv saya sebulan selepas pulang dari MARDI, barula kami berpeluang membuat meeting untuk summarize segala ilmu yang kami perolehi. Banyak benda yang dapat kami cedok, sesuaikan dengan research dan bakal digunakan untuk projek kami. Team kami baru je nak mula so, banyak benda lagi kena belajar. Saya bersyukur sangat SV saya dah bersemangat dengan research. Kesian juga dia, sebabkan dia ketua Jabatan dia selalui sibuk dengan hal pentadbiran. Hal penyelidikan agak lambat berbanding dengan pensyarah lain yang gila-gila punya research dan tahun ni apabila saya sambung phd dan Najaa sambung master dan Waham balik dari Iraq, SV saya jadi semakin bersemangat. Dia siap tak mahu sambung jawatan KJ dan nak fokus research ja bila musim baru masuk nanti. Good job Dr.. let's publish paper & go to konvensyen banyak2!


7 comments:

  1. PhD? whoa! sy nk tny pendapat anda la kan, best tak sambung blaja ni sebenarnya? yela, kebanyakan orang, pas je dpt degree, mesti confused: nak apply master ke nak cari keje?

    ReplyDelete
  2. wow...kejuruteraan polimer.klu amek smpai PhD ni nak jadi prof la kan???memang lepas degree smbg master n then terus ke PhD ke??

    ReplyDelete
  3. phd?? wahhhh.... ain pun tak tahu la dpt ke tak sampai phd..

    ReplyDelete
  4. eh utm ada polimer ek?
    fakulti mana ni?
    wah phd.....
    mesti lambat kawen
    hehehe

    ReplyDelete
  5. NIZAM, semua nya depends diri kita dan surrounding. Kalau rasa nak cari duit, kerja la dulu tapi kalau rasa ada lg semangat nak belajar sambung ja. Memang r sedih sikit tngok kawan2 semua dah ada gaji tetap, naik kereta hebat tapi ingat niat utama. Belajar kerana Allah, Allah pasti tolong.

    aReLaN, saya tak 1st class so amik master dlu baru proceed phd. Ni baru thn pertama, ada lg 2 thn br abis tu pun kalau research memuaskan. Prof tu laaaaaaaammmbbbbbbat lagi perjalanannya.

    Nurul ain: insyaAllah sume org boleh sampai kalau berusaha. so chaiyok2!

    Ahmad Haziq Azlan: jgn doakan cmtu, lmbt cepat Allah punya kuasa. Polimer ada dkt Fakulti kej. Kimia.

    ReplyDelete
  6. hai ekmi, thanks reply. sekarang sedang dlm proses utk amek master. dh apply dh pun. cume tunggu result ujung bulan ni. harap2 la dapat.

    cume entah. sy nak tny orang sgt. ape kelebihan amek master. n boleh apply tajaan tak? master satu langkah yang agak besar sebenarnya. sbb dgn yuran yang agak mahal dan tekanan belajar totally different (apa yang sy nampak kwn sy la kan macam stress je memanjang)

    harap ekmi boleh tolong sy. :))

    ReplyDelete
  7. Nizam, kelebihan master sure mmg banyak la sebab semakin tinggi qualification smkn tinggi gaji and ilmu. lagipun master ni ada setahun stgh ja, so tak la tensen sgt mcm degree. Mcm kawan2 sya yg tak sambung master ckp "ktorang keje sama time ngn korang smbung master tp duit sama ja, korang keluar terus apply keje tgi2" cmtu la ala2 bunyi dia. Saya penah buat entry psl nak cari duit time master ni, cek kat http://www.ekmirabat.com/2011/09/master-study-how-to-survive.html

    mintak2 leh mmbantu

    ReplyDelete

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template