Kenapa di Kedah tak ada telur pindang?


Assalamualaikum...



Hampir 7 tahun saya belajar di UTM Skudai ini banyak benda baru yang saya kenal dan mostly pasal kebudayaan masyarakat tempatan (cewah, ayat Geografi). Orang Kedah tinggal di Johor macam-macam lah benda exciting saya belajar selain bahasa percakapan yang banyak eh & seh, saya paling suka telur pindang yang setakat ni saya hanya jumpa di Johor sahaja. 1st telur pindang saya dapat dari kenduri abang degree-mate di Tampoi dan time tu ragu-ragu sangat nak menelannya. Salahkan warnanya yang agak menakutkan itu tapi saya makan juga. Sejak daripada itu saya sangat suka telur pindang dan kalau kenduri di Johor tak bagi telur pindang saya mesti balik dengan keadaan hampa dan sadis.

Telur pindang ini merupakan makanan tradisional dimana telur direbus dalam air herba selama beberapa hari. Telur pindang dikatakan tahan sehingga dua minggu atau lebih. Dengan itu, ia merupakan bekalan perjalanan pedagang pada masa dahulu. Telur pindang direbus dengan pelbagai jenis herba yang memberikan rasa dan warna yang unik. Jenis herba yang digunakan biasanya berbeza menurut pakar yang menyediakannya, bagaimanapun anyata yang digunakan adalah daun pokok Manggis, daun senduduk, daun jambu batu, halia, galanga ("galingale"), kulit kayu manis, bunga lawang, clove, "cardamom" dan serai. Daun pokok Manggis, daun senduduk, daun jambu batu digunakan bagi memberikan warna gelap pada telur.  (Wiki mari)

Mungkin kerana cara penyediaannya yang rumit dan memerlukan kepakaran, kebanyakan kenduri kendara di Johor tidak lagi menyediakan telur pindang kepada tetamu mereka, sayang sekali kan. Kalau telur pindang ini menjadi kebiasaan di Kedah pasti  meresaya tidak akan membiarkan telur pindang dilupakan. Sedap kot, kesian anak cucu tak dapat merasa. Selepas 3 kali kecewa dengan kenduri with no-telur pindang, En.Din lab technician kami menghadiahkan setiap orang di dalam lab 2 biji telur pindang lebihan kenduri anaknya. Best sangat. Macam your wish dimakbulkan gitu perasaannya. Yang lagi best, Kak Ros yang berada disebelah meja saya tak makan sangat telur pindang dan memberikan bahagiannya kepada saya. So, saya dapat 4 biji telur pindang hari itu. Terima kasih tak terhingga Maha Pencipta dan En.Din serta Kak Ros. ^___^



 Walaupun luaran mu kurang menarek, rasa serta kualiti mu jua yang ku puja..kekanda pindangku..


Eksaited sangat nak makan, tak sempat tunggu balik bilik dah habis 2 biji telur pindang saya ngap dalam lab. hehe.

Sedap! Puas hati.

11 comments:

  1. menakutkan je warna dia...

    eh eh eh lab mana ni....
    senior rupanya....
    hehehe

    ReplyDelete
  2. makan telur pindang kentut busuk tak? hihihi. acah jaaa

    ReplyDelete
  3. sedap ke???xpernah makan pon.pernah makan telur yang rebus dalam air kat kawasan gunung berapi mse kat jepon dlu je.hehehe

    ReplyDelete
  4. 1st time dnga . haha . sedap ? rase cane ek ? hehe

    ReplyDelete
  5. dulu saya scary tgk telur pindang ni....macam telur busuk lak rupa dia...hahaha....Tapi, rasa dia sedap

    ReplyDelete
  6. pernah makan sekali..hihihi sedap..luar die agak ngeri tengok..hihihi

    p/s: kedah xda telur pindang, telur masin ade la..=.= hihi

    ReplyDelete
  7. weee. telur pindang xfamOus sebelah utara. sebelah selatan kowt selalu ada.

    ReplyDelete
  8. Ahmad Haziq Azlan: rupa luar mmg x cntik tp isi sedap. lab polimer kt fkk

    TecerWidad:terlupa nk cek :P

    aReLaN: pastinya sedap tp ikut tekak memasing kot. bestnya penah p jepun

    Lee: kena rasa sendiri, rs cm herba skit. taktau lak nk cerita detail

    lianalovekhairi:setuju!

    Syieda™: kan..luaran bisa menipu. telur masin takleh bg time knduri T_T

    - GC -: nnti kalu dpt aku pos ke Lumut huhu

    Cik Diana: aah. sayang betui

    ReplyDelete
  9. belum penah nampak lagi..nampak kat tv jew...;d

    ReplyDelete

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template