Lafaz Ikrar Sakinah

Assalamualaikum..

Dalam banyak-banyak majlis pernikahan yang saya hadiri, pernikahan Atul di Segamat paling menarik sekali. Masyarakat di Johor bukan setakat memberi telur pindang yang sedap pengganti telur kahwin standard tapi negeri Johor juga satu-satunya negeri yang menggunakan Modul Keluarga Sakinah ketika majlis akad nikah. Kalau nak dibandingkan dengan proses pernikahan di Kedah, pernikahan di Johor sangat makan masa. Serius cakap, saya hampir tersengguk time Atul menikah tu. Banyak sangat proses; tok kadi bertazkirah, bacaan taklik oleh suami, bacaan dari isteri, pesanan dari ibu dan ayah pengantin perempuan sampai lah 'bangun, berdiri dan berselawat' semua dilakukan dengan cermat. Tapi walaupun makan masa, keberkatan nya memang terasa. Syahdu nya sampai.





Bagi saya, lafaz ikrar sakinah yang dilafazkan semasa upacara akad nikah mampu memberi impak yang besar kepada permulaan pasangan melayari hidup sebagai suami dan isteri. Halusi baris-baris lafaz ini;


“ADALAH saya, .................., suami kepada ................ yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku dengan mas kahwin sebanyak RM ....... tunai. Oleh itu, hendaklah kamu, isteriku, menunjukkan taat setia kepadaku sebagai suami dengan mengikut segala perintah dan nasihatku selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam dan Undang-Undang Negara,” 
 
Lafaz pengantin perempuan.:

“Adalah saya ............., isteri kepada kekanda dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci dan akan menumpukan sepenuh perhatian terhadapmu dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kekanda, dan adinda mengharapkan kepada kekanda agar sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingn dan kebahagiaan bersama. Semoga Allah merestui perkahwinan kita,” 


Begitu suci lafaz ini tapi sayangnya ramai yang hanya membaca lafaz ini tanpa memahaminya... Kalau lah ada yang nak seleweng dalam rumahtangga, tolong jangan lupa lafaz ikrar yang diucapkan ketika masing-masing menerima tanggungjawab sebagai suami isteri. Tanggungjawab ini berat, kuatkan diri untuk memikulnya.


**negeri Kedah tetap the best. Tok Kadi kampung saya muka macam Pie, pasti terhibur,


5 comments:

  1. NICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip,tuto n cerita blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman bl0g pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow..lg 1 pakjoe nk bg tau dekat tuan blog mai terjah sini http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2012/01/orang-kata-janganjangan-le-x-dengar-ke.html

    ReplyDelete
  2. moga pkahwinan dowang kekal hingga hujung nyawa , amiiin :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...boleh saya tahu skrip yg penuh untuk lafaz sakinah tu?? btw terima kasih untuk info dlm blog nie..salam perantau from egypt.. alfieyra.blogspot.com ~=)

    ReplyDelete

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template