Dia tak boleh keluaq rumah, nak SPM!

4 comments
Assalamualaikum...


Semalam, sebelum tidur saya melakukan sedikit lawatan sementara di akaun facebook untuk memastikan notification penting mendapat perhatian. Disebabkan Facebook for Blackberry saya dah macam tak betul sebab notification tak muncul2, saya akan mengunjungi fb sebelum tidur. Apabila saya logged in, notification untuk inbox dan new friend request saya berwarna merah tandanya ada fb friend saya mengirimkan pesanan.

Saya sangat terkejut dengan message itu apabila membacanya. Message tu sebenarnya from one of my cousin's daughter yang tanyakan pendapat saya halatuju beliau selepas SPM. Dia sangat blur sebab dia nak amik engineering tapi tak ambil Biologi. hoho tak kisah la apa soalan beliau tapi masalahnya dia SPEAKING ENGLISH siot!. Disebabkan itu, saya terus tidur tanpa membalasnya. Bukan berlagak cuma saya rasa terkilan sebab anak sepupu saya hanya message via fb sahaja. At least SMS la anak oi, mana manner ang..baru nak add friend pulak on top of that. Mana tak terasa makk..


Malam tadi br saya SMS dia balik tanya apa cerita die dengan lebih lanjut, hati orang tua kan.. Sakit hati pun tapi kalau pikiaq anak sepupu kena juga tolong.  Sebelum itu meh saya ceritakan sedikit sebanyak background famili mereka dan pemikiran orang kampung saya yea. Tetiba rajin nak bercerita kenapa anak sepupu saya turns out to be like that. Ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi untuk memberi sedikit pengajaran kepada parent diluar sana. Sepupu saya ini sangat2 berharap anaknya yang sorang ni dapat menunaikan impiannya untuk melihat at least one of her daughters dapat berlajar oversea. Rasanya tu impian semua ibu2 kot.. which is saya rasa sangat bagus la sebab bila kita ada impian nak anak2 berjaya, kita pun akan support depa sehabis baik. Tapi masalahnya, dengan tiket "nak anak fokus study sebab nak p obersi" dia biarkan anak dia bermalasan dalam bilik konon study padahal malas nak tolong buat kerja rumah. Dia biarkan anak dia tidur rumah kawan dengan alasan nanti senang nak study sama2. Sampaikan bila balik kampung susah sangat nak berjumpa anak2 dia sebab katanya banyak kerja sekolah dan dok buat latihan, kan nak study untuk melanjutkan pelajaran ke oversea. Yang emaknya pula hanya cikgu sekolah rendah, anak2 ramai lagi bersekolah. Dia balik dari sekolah terus nak masak untuk anak2 yang dok study dalam bilik.

Saya rasa cara ajaran itu sangat manja dan boleh merosakkan anak itu sendiri. Apa salahnya diajarkan kesusahan sedikit supaya anaknya lebih menghargai apa yang ada. Yang lagi sedihnya, rumah kami bersebelahan sahaja tapi tak pernah nampak muka anak2nya. Jadi bila dah ada orang nak minta pendapat, tanya pendapat saya pun melalui fb sahaja. Kakaknya lebih mulia apabila SMS saya untuk menanyakan pendapat saya ketika beliau mendapat tempat di matrik dulu. Disebabkan keputusan SPM anak sepupu tak seperti yang diharapkan untuk ke oversea si emak mulai heboh nak anaknya menjadi cikgu sepertinya pula. Ok fine la tapi adakah si anak juga seperti si emak mahu menjadi cikgu?. Sekali lagi si emak membuat rencana mengikut sesuka hatinya.

Ada ramai orang kampung saya punya satu mentaliti

"awat ambik yang tu? baik jadi cikgu ja... "

Saya respek orang yang menjadi cikgu seikhlas hati mereka untuk mendidik anak bangsa tetapi ada yang pandang nak jadi cikgu untuk gaji tetap dan easy life (ye ke?). Dan ada ramai parent yang macam si emak tadi. Rela buat apa sahaja asalkan anaknya fokus berlajar saja. Anak ang tak buat kerja rumah pun takpa, anak ang bagi makan ayam ja, takut kalau makan ikan tak pandai..aiyo taktau mana depa dapat idea tu. Mak saya tak pernah bagi perhatian special antara anak2 dia, kalaupun ada exam besar mcm PMR or SPM sama saja layanan. Mak pi kebun so sesiapa yang ada kat rumah kena masak lunch, kena basuh baju dan buat kerja rumah lain. Kalau time kutip sekerap, sesiapa yang ada kat rumah kena tolong kutip sekerap. Kat luar kampung mungkin kita ada Master or degree tapi depan mak ayah saya, anak2 depa kena tolong depa. Takdak la macam

 "kalini Along ambil SPM, tak payah memasak, basuh baju dan kerja rumah jgn sentuh lsg" 

 "Hujung tahun ni SPM, so tak perlu beraya dengan sedara mara, dok dalam bilik baca buku ja"

"Rumah sebelah ada kenduri, kalau nak baca buku tak perlu keluar. Nanti mak bawa mangkuk tingkat ambil nasik makan dalam bilik ja."



Lemak gila anak2 makcik! at last, anak pun naik lemak hasilnya rosak masa depan anak2. Result SPM kurang memberansangkan , hubungan dengan saudara mara hampeh dan bila jatidiri yang patut dibina dalam rumah lemah, takut nanti senang terikut dengan kejutan budaya bila keluar ke bandar kelak.

Saya bagi contoh kisah mak ayah yang lemakkan anak-anak yang boleh merosakkan masa depan anak lagi. Kalini saya baca dari iluvislam , kadang-kadang mak ayah tidak perasan bahawa mereka pernah menggalakkan anak mereka mencuri atau mengambil barang orang lain. Sebuah mahkamah telah menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas seorang pencuri.Apabila tiba waktu menjalankan hukuman, pencuri itu menjerit sekuat suaranya:

'Sebelum tangan saya dipotong, tolonglah potong lidah ibu saya! Pernah saya mencuri dahulu sebutir telur dari rumah jiran saya, tetapi ibu saya tidak memarahi saya, dan tidak menyuruh saya mengembalikan telur itu kepada jiran saya. Malah dia gembira, sambil berkata: "Syukur, anak ku sudah menjadi manusia kini!" Kalau tidak kerana lidah ibu saya, nescaya saya tidak akan menjadi pencuri dalam masyarakat.'


Demikianlah satu kisah yang dipetik oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam menjelaskan betapa hodohnya tabiat mencuri dan betapa besarnya pengaruh ibubapa dalam membentuk tabiat itu. Ia juga berlaku secara tidak sengaja. Berapa ramai ibu atau bapa yang membiarkan wang syiling atau kertas diletakkan merata-rata di dalam rumah. Namun budaya membiarkan wang merata-rata itu sebenarnya boleh menanam benih budaya mencuri ke atas anak-anak.Pada peringkat awal mungkin anak itu meminta izin atau mengambilnya dihadapan ibu bapa. Lama-kelamaan, sifat longgar ibu bapa tadi mungkin diterjemahkan sebagai kebebasan untuk mengambil wang itu tanpa kebenaran pemiliknya. Lantas mereka mentafsirkan bahawa mengambil harta dan wang orang, atau mencuri itu bukanlah satu kesalahan. Hasil tulisan Ustaz Fathi Yusuf.

Saya nak bagi nasihat pasal parenting ni amatlah tak sesuai sebab saya sendiri pun belum punya anak tapi tolonglah belajar dengan contoh teladan dan observation. Jangan didik anak ikut suka hati sebab anak itu bukan hak milik mutlak anda. Itu tanggungjawab yang Allah bagi untuk anda.Bila tengok anak makcik ni berjaya dalam hidup dan siap jadi ustaz, tanya lah apa rahsia dia mendidik anak dia macam mana and follow kalau buleh. Bila tengok anak maklong tu tak menjadi, tengok pulak macam mana dia didik anak dia.



رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ 

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh. (SURAH AS-SAAFAT:100)

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

define "bahagia"

2 comments
Assalamualaikum..

Baru-baru ini ketika tengah dinner nasi ayam penyet dengan kawan di Restoran Idaman Sayang, tanpa dirancang kami terjumpa dengan seorang member dan suaminya. Mereka baru sahaja berkahwin sepertimana saya ceritakan dalam entry ini. Yang bestnya, beliau dah pregnant!. Tengok diorang memang rasa sangat bahagia. Among all my friends yang baru lepas mendirikan rumah tangga, pasangan ini nampak paling2 bahagia. Lepas kahwin dah pindah masuk rumah sendiri, hasben kerja gomen, beliau sendiri seorang engineer & now sedang pregnant. Tapi beliau adakalanya mengadu letih dengan kerja dan itu ini. Tapi itu bahagia yang saya nampak dari pandangan orang ketiga untuk mereka.

Lain pula dengan bahagia saya tengok pada kawan2 saya yang lain. My childhood friend for example. Cik Not (bukan nama samaran) juga nampak bahagia bagi pandangan saya. Walaupun kami sebaya, beliau sudah mempunyai 3 orang anak lelaki yang sihat2 belaka sedangkan saya masih struggle nak habiskan study. Dia selalu merungut tak boleh bersuka ria macam saya yang bujang ini dan selalu juga sms saya kadang2 untuk bertanya saya dah makan ke belum?. Saya tahu dia sedang bosan dengan kehidupan surirumah tapi bagi saya semua tu saat yang sangat membahagiakan bagi seorang ibu dapat menjaga anak-anak dengan tangannya sendiri.

Begitu juga dengan kawan saya yang bekerja sebagai pensyarah di utara tanah air sana. Beliau selalu juga menceritakan betapa tak sukanya beliau dengan kerjanya sekarang. Tambah2 lagi kerjayanya memisahkan beliau dengan suaminya yang bkerja di selatan tanah air. Memang sangat kasihan tapi percayalah, saya tengok dia juga sangat bahagia. Kerjanya dah hebat, dapat bersama dengan bapa walaupun lepas kahwin dan kalau dia dapat bersabar sehingga tamat tempoh kontrak 3  tahun itu dia bolehla bersama suaminya nanti. Bukankah hidup berjauhan sekejap lagi merapatkan dua hati?.

Saya bukan nak membuktikan apa-apa tapi saya selalu dengar benda nie..;

"Bahagianya lah kalau ada rumah sendiri & suami dekat"
"Bahagia nya before 30 dah nak gelaran doktor falsampah"
"Makcik bahagia sangat sebab anak-anak makcik smua kereta besaq"
" my job is hampeh! nak berhenti kerja. Nak bahagia!"
"macam mana aku tak selalu sakit. tak bahagia sebab berjauhan dengan orang tersayang"

So, that's why bila saya dengaq ada orang cakap camni or baca status fb or twitter orang yang cuba relate 'bahagia' dengan something, saya automatic cakap dalam hati

"define 'bahagia' for me please.."

Bukan nak suruh hangpa define bahagia macam bahagia adalah satu perasaan puas hati yang teramat..... tapi seriously, bahagia nampaknya depends on view seseorang. Kalau view dalaman seseorang rasa bahagia kalau dia ada beg tangan LV, so sampai bila2 dia takkan bahagia selagi tak dapat beg tersebut. Tapi if view dalaman dia rasa bahagia kalau dapat tengok orang yang dia sayang senyum, even a small event pun dia boleh bahagia teramat. Saya taktau apa yang saya nak terangkan tapi nak lagi paham sila baca Inilah Makna Bahagia by Genta Rasa, itu lah yang nak terangkan hehe. Macam kata motivasi Prof.Muhaya yang tertampal kat sebelah cermin saya

"Dunia dalaman saya memperngaruhi dunia luaran saya" letak tangan kat bahu and ulang 3x yea.

So, sapa-sapa yang nak bahagia disini saya turunkan hasil copy-paste KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENURUT AL QURAN DAN AS SUNAH oleh Ustaz Pahrol Mohd. Juoi dari Genta Rasa



1. Beriman dan beramal salih.
“Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97)

Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana’ah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.


2. Banyak mengingat Allah .
Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Ar-Ra’d: 28)


3. Bersandar kepada Allah.
Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:
“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)


4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.
Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.
Firman-Nya:
“Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (An-Nisa: 114)


5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.
Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula. Rasulullah SAW bersabda: “Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan. (HR. Muslim)


6. Melihat “kelebihan” bukan kekurangan diri.
Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:
“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.

Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!. Firman Allah:
“Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih.” (Al Insan: 9)



SubhanAllah.. MasyaAllah..Dari point 1 sampai ke 7, ada tak rasa nak tampar muka sendiri macam saya?. Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis2 tu surely hit me. Punyalah senang nak bahagia kenapa perlu pilih jalan rumit?.



Yang suka berdrama swasta nak itu nak ini, yang so materilistik, yang selalu ketagih nak menunjuk-menunjuk better stop la pelan-pelan sebab (sila baca kuat2)


“sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!

Tak perlu berkereta manual lagi..

2 comments
Assalamualaikum..

Pagi 27 haribulan Februari itu terasa sangat menakutkan. Setelah lengkap berkasut sport, saya menunggang skuter ke Institut Memandu yang berada tak jauh dari pintu belakang U. Awal juga saya sampai, kira-kira sejam sebelum kereta JPJ masuk. Punyalah nervous kan.. Untuk lulus bahagian pertama, saya perlu lulus bukit, side-parking dan 3 penjuru. Ramai betul orang hari tu, mujur akak sebelah saya sangat peramah. Dapat juga bertukar-tukar tips & share nervous sama. Setelah beberapa calon lepas & tak lepas, akhirnya turn saya pun sampai. Saya kena bertukar 3 kereta sebab kereta pertama enjin tak hidup & yang second rosak apa tah. Saya yang dah nervous jadi semakin nervous. Okeyhh, saya mulakan enjin kereta dengan Bismillah. Naik masuk dah ok, tayar kereta pun masuk cukup.

"OK, jalan"

Kedengaran suara garang pakcik JPJ mengarahkan saya turun bukit. Saya pun ikutlah seperti yang diajar selama ni tapi malangnya, dah angkat hand brake.. TETTTTT!..kedengaran wisel berbunyi sebab tayar mengundur sikit kebelakang. FAIL!

Dah failed part 1, saya kena tunggu pulak part 2 iaitu test jalanraya. Oleh sebab mood dah spoiled, saya jadi lagi lah nervous part 2 nih.

"Nurul, naik kereta 'A'" Arah cikgu sambil menunjukkan arah kereta JPJ bertanda A. Kelihatan JPJ yang sangat menakutkan dah menanti dalam kereta.

Ketika masuk kereta,

"Assalamualaikum encik". Kesopanan perlu diamalkan walau dengan sesiapa pun kita hadapi.

Masuk-masuk ja kereta saya mulai buat 5 perkara yang wajib dibuat. Apabila sampai part nak adjust cermin sisi side JPJ..

"Encik, tumpang jap.. nak turun cermin tingkap dan adjust side mirror" kata saya dengan jujur


"Tak pe, saya buat. OK, jalan" 


Aik, encik ni nak uji aku kah, kata saya dalam hati. Lampu belum check, seat belt pun belum dipakai dah suruh jalan. Melihatkan muka saya yang ragu-ragu nak jalan, beliau sambung lagi

"Tak payah la berlakon-lakon.. awak bawak kereta kat U pun tak pakai seat belt kan?. Saya tau la..semua budak U macam tu"

Haha he got me there. Saya senyum sahaja la sambil menafikan semua itu, takkan nak mengiyakan pulak kan. Satgi dia suruh berhenti abih la saya. Sampai kat pintu keluar sekolah memandu ada kereta akak tadi tengah berhenti. Saya pun berhenti la belakang kereta akak tu, tetiba kereta akak tu mengundur belakang. Lagi sikit nak kena kereta saya, encik tu tanya saya nak buat apa?. Saya panik terus la smbil tekan clutch nak reverse. Tapi sebab lambat, encik tu tekan hon bagi warning kereta akak tu. Disebabkan hon tu, akak tu terus kena keluar kereta sebab memandu dalam keadaan membahayakan. Kesian dia.

Tetiba encik tu cakap,

"awak terus"  Beliau suruh saya masuk jalan raya tanpa ikut jalan yang sepatutnya.

"betul ke encik, bukan kena amik kiri ke?" Saya dah kompius

"ikut saja.. ok, kalau awak keluar simpang macamana.. saya nak tengok"

"hah?. bagi signal, stop, free gear, angkat hand brake" Automatik saya bercakap sambil masuk simpang


"ok,  awak masuk simpang tu kita balik. Awak dah reti bawak kereta. Lepas ni bawak kereta elok-elok. Kalau jadi macam tadi, hon ja kereta tu...bla bla bla bla" Beliau teruskan bagi nasihat sampai saya parking kereta beberapa minit kemudian.Waktu saya sampai kaunter cikgu tanya lulus ke tak, saya senyum ja. Tak boleh nak kata apa2 sebab test jalanraya sangat best! Allah is so great for me dapat JPJ yang baik hati.



Harini, saya mengulang test part 1. Alhamdulillah! saya lulus dengan sangat memalukan. Bukit & side parking dah lulus dengan baik tiba-tiba dekat 3 penjuru sedikit kecacatan berlaku. Time tu cikgu dah buat muka hopeless kat saya. Tetiba cikgu datang kat saya time saya nak keluar dari kereta dan berjalan sambil cakap..

"Habiskan...dia bagi peluang tuuu"

Dan alhamdulillah.. saya tak perlu drive kereta manual lagi!. JNK boleh la jalan-jalan keluar tengok alam. Allah sangat great, saya dapat JPJ yang baik selalu. Semuga berterusan macam ni..~




Do back up your data

6 comments
Assalamualaikum..

Pada malam yang agak-agak sunyi lalu, sambil kekalutan menyiapkan proposal phd saya yang masih banyak tak siap tiba-tiba laptop saya shut down sendiri. Aik, saya tak buat apa-apa pun melainkan menaip ayat-ayat dalam Microsoft Word. Masih dalam keadaan bertenang saya on balik laptop. 2 3 minit selepas laptop di on, satu warning keluar untuk on secara safe mode. Pelik saya, tak pernah jadi macam ni lagi semenjak saya beli laptop comel nih. Dah saya enter safe mode, laptop shut down sekali lagi. Time tu dah sedikit gabra. Saya on balik dan warning keluar lagi, tapi kalini saya on secara normal iaitu tak memilih safe mode. Tapi malangnya,  laptop shut down lagi. Saya dipermainkan dalam cycle itu berjam-jam. Saya dah panic, malam ni nak cari tukang repair mesti lah kedai dah tutup. Esok pulak hari Ahad mesti kedai banyak tak buka. Lagi malang, time tu cuti kebangsaan sampai hari Rabu. Oh my!.

Pagi Ahad saya hadapi dengan perasaan kucar kacir. Saya cari-cari kedai repair laptop tapi semua tutup, akhirnya saya jumpa kedai repair laptop di Arked Maranti,UTM. Setelah abang repair tengokkan laptop saya, beliau berkata;

"Kena format semua ni. Virus dah rosakkan file"

Aik, sejak bila pulak saya bela virus. Antivirus saya pun ok lagi. Dengan muka nak nangis saya merayu dia selamatkan file berkaitan research saya. Saya tak ada back up lain, format laptop tu format balik lah research saya. Lagi sedih sebab laptop saya ada 1 partition ja!. Bila virus menyerang, habis laptop saya tu. Mujur abang tu boleh selamatkan folder "akademik" saya, folder picture penuh lagha saya dah tak ingat dah. 3 jam kemudian laptop saya pulih seperti baru dengan folder "akademik" telah selamat dalam pendrive yang dibeli di situ jugak. Abang tu jugak buat partition baru untuk laptop saya. Terima kasih sangat2 kepada pemilik kedai komputer itu kerana sanggup panjangkan masa kedai dia sebab suppose dia half-day and tutup kedai tepat pukul 1.30pm tapi dia lanjutkan sikit untuk siapkan laptop saya. Taktau la apa jenis muka sedih saya tunjukkan time.

Seminggu lepas tu, saya ke Taman U beli external hard disk yang boleh back up file secara automatik. Alhamdulillah, saya beli Western Digital Passport Essential Hard Drive 500Gigabyte.


  


Setakat hari ini saya gunakan, memang best. Selain dapat back up file automatic which means if there any changes detected dalam original file dalam laptop, file back up akan buat 1 lg file baru untuk original dan yang baru. Sangat convenience. Mula2 ada 1 ja partition tapi saya buat lagi 4 partition untuk simpan lain-lain jenis file. Ingatkan susah nak buat partition tapi senang aja. So, kalau 1 parition kena virus tak la effect 1 hard disk. Belajar dari kesilapan lalu. 

Kesimpulannya kawan-kawan sekalian, kalau tak mampu nak beli external hard disk untuk back up file dalam laptop sila buat partition asing untuk file yg bermanfaat. Kalau yang dah external hard disk, jangan letak movie files ja, buat back up untuk laptop anda juga. Kita tak tahu apa akan berlaku di masa depan, menangis berlagu-lagu Adele pun tak guna kalau semua hasil writing & research dalam laptop burn macam tu sahaja. Learn from my mistakes yea.

Banyak nak catch up

2 comments
Assalamualaikum..

My last post was on 26 January 2012 and I'm writing in here again after almost 2 months. Alasan biasa nak cover kemalasan ialah tak ada masa. Bajet kerja macam PM busy nak melawat sana sini padahal student ja pun. Dalam masa 2 bulan tak mencoret, banyak sangat unexpected things happened in my life. Baik dan kurang baik. Nak tau tak, masuk bulan ni pejam celik pejam celik dah masuk setahun setengah perjalanan PHD saya tapi saya masih belum mampu produce 1 paper pun. Sedih betul dengan kelambatan projek saya. I put all the blames on me, jangan risau pengaruh luar yek. Seriously, saya sangat-sangat teruk. Malu sangat dengan dunia luar  termasuk kawan-kawan, adik beradik, sedara mara yang kagum dengan saya sebab tak lama lagi nak dapat Dr. dah but actually it won't happen kalau project saya tak siap-siap. Nampak tak anda semua kagum pada orang yang salah?. Mesti hampa semua akan cakap,

 "siapkan la projek tu, apa susah?".

Masalahnya, saya MALAS. Penyakit paling susah nak cure. Malas nak ke lab, malas nak baca journal, malas nak writing, malas segalanya. Tapi bagi saya, malas tu boleh diubati dengan motivasi diri untuk berjaya. Masalah kedua muncul iaitu saya dah tak bersemangat. Bukan hilang semangat nak meneruskan PHD, choi! tak pernah terlintas lagi nak buat benda half-as*. Mari saya terangkan "hilang semangat" dari view seorang student PHD yang sedang buat research eh..lagi senang saya bagi contoh terus lah:

Projek saya basically nak produce or synthesis whatever words yang bermaksud menghasilkan gel yang boleh mengeluarkan baja (such as urea) secara sikit demi sedikit & after baja dah keluar gel untuk diharapkan untuk degrade dalam tanah. So, saya kena reka formulasi yang economical & novel untuk project nih berdasarkan previous research. for that reason, saya kena melalui proses trial & error over and over again sampai lah matlamat tercapai. Kalau semua berjalan lancar macam ditulis dalam proposal memang bukan research lah, tapi kalau asyik failed setiap kali run experiment berhari-hari berbulan-bulan semangat juang yang waja pun akan downgrade ke kancil jua. Mula-mula memang positive gila. Semua jenis kata-kata semangat dah tampal dalam bilik mengikut nasihat Prof.Muhaya contoh --> "saya rajin, saya bersemangat, saya suka masuk lab, saya suka buat eksperiment" tapi bila asyik menemui kegagalan.... at last, dari pagi sampai malamnya hang boleh idle atas katil sambil merenung bumbung macam the walkers (Zombie dalam The Walking Dead).

Maka, akhirnya pada 11hb 2 saya nekad nak balik kampung. Dok UTM sambil mengutuk kelemahan otak sendiri tidak berguna jugak. Dengan kereta yang baru saya dapat (nanti kalau saya rajin saya tunjuk picture), dengan takda lesen (fail bukit, 26hb ni test lagi sekali..pray for me everyone!) saya drive ke Melaka sorang-sorang untuk berjumpa dengan 2 orang adik saya sebelum kami berangkat pulang ke Kedah. Dari Melaka ke Kedah, tunang adik saya yang drive.. jangan salah sangka saya akan drive sejauh tu tanpa lesen. Nyawa adik beradik saya lebih berharga dari nyawa saya. Sampai di rumah, rasa seronok sangat! Hilang semua tekanan research bila tengok ayah, mak, anak sedara, adik beradik& famili. 

Time lepak atas parkin depan rumah, ayah baru balik dari kebun. Dah sebulan hujan kat Kedah, lama jugak ayah tak menoreh. Sambil buang uniform menoreh,ayah tanya;

"Bila habis?" 

For the record, saya dengan ayah bukan jenis bersembang mesra. Dari kecik saya takut dengan kegarangan ayah, bila saya besar perbualan kami memang sangat minimum. Nak cakap kat telefon sorry lah, not his type. 

"Ikut kertas, lagi setahun setengah kot". 

Jawab saya dengan kurang yakin. Nak elaborate panjang2 kalau research tak complete tak boleh grad, kalau panels tak lepas time viva tak boleh lepas, kalau tak ada paper publish kat international journal pun tak boleh grad pasti ayah takkan faham semua tu.

"Anak pakcik M yang sambung mcm hang ni dah berenti. Tu dah pi Kolumpo cari kerja"


"ohhh....."  

Saya taktau nak komen apa, lagipun pakcik M mana pun saya tak ingat dah. Disebabkan tak ramai yang sambung belajar di kampung, berita macam ni pasti cepat tersebar. Kesiannya anak pakcik M tuh.

"Hang macam mana. ok lagi ka?"

 .. Ayah sambung lagi. Mesti dia risau saya jadi macam anak pakcik M. Ayah tanya sambil menggosok-gosok kakinya yang berlumpur, kebun masih basah dengan air hujan agaknya.

"Hahahaha.. ok la kot" 

Ayah senyum terus dengar jawapan saya. Mesti dia rasa lega... walaupun ada "kot" kat hujung ayat. Gelak dipermulaan ayat tu nak cover kegusaran hati yg kurang semangat. Bila tengok uban ayah, tak mungkin saya nak cakap tak ok.


Walaupun ayah orang kampung, dialah orang pertama yang support saya time saya cakap nak sambung PHD. Of course la ayah tak pernah luahkan secara terang terangan depan saya. Time saya tak yakin nak sambung PHD mula2 dulu, ayah kumpul orang kampung buat kenduri doa selamat & baca Yaasin untuk kejayaan saya. Terharu sangat, dari situ saya tahu ayah sokong saya. Ayah bukan jenis meluahkan sayangnya secara verbal, dia tunjuk melalui tindakan dia. Sebagai anak saya kena faham-faham sendiri (walaupun banyak kali jugak kami adik beradik tak faham). Ketika orang kampung lain mula menyoal

"Bila dia nak abih belajaq?"
"Dah 25 tahun tak mau kerja lagi ka"
"Bila dia nak kahwin?"
"Bila dia nak bagi duit kat mak ayah dia pulak?".

Ayah gelak ja dengan soalan semua tu..

Saya spent time kat Kedah 3 hari sahaja sebab kena balik resubmit proposal. Walaupun sekejap, semangat untuk meneruskan research dapat direfill secukupnya. Alhamdulillah. 

Rasanya lepas ni entry saya akan berkisarkan perjalanan research PHD saya yang membosankan..so kalau nak cerita gosip artis sila ke blog Abang Nara dan kalau nak cerita troll orang sila cari Obe. 



Thanks Allah, i'm still alive


 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template