Dia tak boleh keluaq rumah, nak SPM!

Assalamualaikum...


Semalam, sebelum tidur saya melakukan sedikit lawatan sementara di akaun facebook untuk memastikan notification penting mendapat perhatian. Disebabkan Facebook for Blackberry saya dah macam tak betul sebab notification tak muncul2, saya akan mengunjungi fb sebelum tidur. Apabila saya logged in, notification untuk inbox dan new friend request saya berwarna merah tandanya ada fb friend saya mengirimkan pesanan.

Saya sangat terkejut dengan message itu apabila membacanya. Message tu sebenarnya from one of my cousin's daughter yang tanyakan pendapat saya halatuju beliau selepas SPM. Dia sangat blur sebab dia nak amik engineering tapi tak ambil Biologi. hoho tak kisah la apa soalan beliau tapi masalahnya dia SPEAKING ENGLISH siot!. Disebabkan itu, saya terus tidur tanpa membalasnya. Bukan berlagak cuma saya rasa terkilan sebab anak sepupu saya hanya message via fb sahaja. At least SMS la anak oi, mana manner ang..baru nak add friend pulak on top of that. Mana tak terasa makk..


Malam tadi br saya SMS dia balik tanya apa cerita die dengan lebih lanjut, hati orang tua kan.. Sakit hati pun tapi kalau pikiaq anak sepupu kena juga tolong.  Sebelum itu meh saya ceritakan sedikit sebanyak background famili mereka dan pemikiran orang kampung saya yea. Tetiba rajin nak bercerita kenapa anak sepupu saya turns out to be like that. Ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi untuk memberi sedikit pengajaran kepada parent diluar sana. Sepupu saya ini sangat2 berharap anaknya yang sorang ni dapat menunaikan impiannya untuk melihat at least one of her daughters dapat berlajar oversea. Rasanya tu impian semua ibu2 kot.. which is saya rasa sangat bagus la sebab bila kita ada impian nak anak2 berjaya, kita pun akan support depa sehabis baik. Tapi masalahnya, dengan tiket "nak anak fokus study sebab nak p obersi" dia biarkan anak dia bermalasan dalam bilik konon study padahal malas nak tolong buat kerja rumah. Dia biarkan anak dia tidur rumah kawan dengan alasan nanti senang nak study sama2. Sampaikan bila balik kampung susah sangat nak berjumpa anak2 dia sebab katanya banyak kerja sekolah dan dok buat latihan, kan nak study untuk melanjutkan pelajaran ke oversea. Yang emaknya pula hanya cikgu sekolah rendah, anak2 ramai lagi bersekolah. Dia balik dari sekolah terus nak masak untuk anak2 yang dok study dalam bilik.

Saya rasa cara ajaran itu sangat manja dan boleh merosakkan anak itu sendiri. Apa salahnya diajarkan kesusahan sedikit supaya anaknya lebih menghargai apa yang ada. Yang lagi sedihnya, rumah kami bersebelahan sahaja tapi tak pernah nampak muka anak2nya. Jadi bila dah ada orang nak minta pendapat, tanya pendapat saya pun melalui fb sahaja. Kakaknya lebih mulia apabila SMS saya untuk menanyakan pendapat saya ketika beliau mendapat tempat di matrik dulu. Disebabkan keputusan SPM anak sepupu tak seperti yang diharapkan untuk ke oversea si emak mulai heboh nak anaknya menjadi cikgu sepertinya pula. Ok fine la tapi adakah si anak juga seperti si emak mahu menjadi cikgu?. Sekali lagi si emak membuat rencana mengikut sesuka hatinya.

Ada ramai orang kampung saya punya satu mentaliti

"awat ambik yang tu? baik jadi cikgu ja... "

Saya respek orang yang menjadi cikgu seikhlas hati mereka untuk mendidik anak bangsa tetapi ada yang pandang nak jadi cikgu untuk gaji tetap dan easy life (ye ke?). Dan ada ramai parent yang macam si emak tadi. Rela buat apa sahaja asalkan anaknya fokus berlajar saja. Anak ang tak buat kerja rumah pun takpa, anak ang bagi makan ayam ja, takut kalau makan ikan tak pandai..aiyo taktau mana depa dapat idea tu. Mak saya tak pernah bagi perhatian special antara anak2 dia, kalaupun ada exam besar mcm PMR or SPM sama saja layanan. Mak pi kebun so sesiapa yang ada kat rumah kena masak lunch, kena basuh baju dan buat kerja rumah lain. Kalau time kutip sekerap, sesiapa yang ada kat rumah kena tolong kutip sekerap. Kat luar kampung mungkin kita ada Master or degree tapi depan mak ayah saya, anak2 depa kena tolong depa. Takdak la macam

 "kalini Along ambil SPM, tak payah memasak, basuh baju dan kerja rumah jgn sentuh lsg" 

 "Hujung tahun ni SPM, so tak perlu beraya dengan sedara mara, dok dalam bilik baca buku ja"

"Rumah sebelah ada kenduri, kalau nak baca buku tak perlu keluar. Nanti mak bawa mangkuk tingkat ambil nasik makan dalam bilik ja."



Lemak gila anak2 makcik! at last, anak pun naik lemak hasilnya rosak masa depan anak2. Result SPM kurang memberansangkan , hubungan dengan saudara mara hampeh dan bila jatidiri yang patut dibina dalam rumah lemah, takut nanti senang terikut dengan kejutan budaya bila keluar ke bandar kelak.

Saya bagi contoh kisah mak ayah yang lemakkan anak-anak yang boleh merosakkan masa depan anak lagi. Kalini saya baca dari iluvislam , kadang-kadang mak ayah tidak perasan bahawa mereka pernah menggalakkan anak mereka mencuri atau mengambil barang orang lain. Sebuah mahkamah telah menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas seorang pencuri.Apabila tiba waktu menjalankan hukuman, pencuri itu menjerit sekuat suaranya:

'Sebelum tangan saya dipotong, tolonglah potong lidah ibu saya! Pernah saya mencuri dahulu sebutir telur dari rumah jiran saya, tetapi ibu saya tidak memarahi saya, dan tidak menyuruh saya mengembalikan telur itu kepada jiran saya. Malah dia gembira, sambil berkata: "Syukur, anak ku sudah menjadi manusia kini!" Kalau tidak kerana lidah ibu saya, nescaya saya tidak akan menjadi pencuri dalam masyarakat.'


Demikianlah satu kisah yang dipetik oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam menjelaskan betapa hodohnya tabiat mencuri dan betapa besarnya pengaruh ibubapa dalam membentuk tabiat itu. Ia juga berlaku secara tidak sengaja. Berapa ramai ibu atau bapa yang membiarkan wang syiling atau kertas diletakkan merata-rata di dalam rumah. Namun budaya membiarkan wang merata-rata itu sebenarnya boleh menanam benih budaya mencuri ke atas anak-anak.Pada peringkat awal mungkin anak itu meminta izin atau mengambilnya dihadapan ibu bapa. Lama-kelamaan, sifat longgar ibu bapa tadi mungkin diterjemahkan sebagai kebebasan untuk mengambil wang itu tanpa kebenaran pemiliknya. Lantas mereka mentafsirkan bahawa mengambil harta dan wang orang, atau mencuri itu bukanlah satu kesalahan. Hasil tulisan Ustaz Fathi Yusuf.

Saya nak bagi nasihat pasal parenting ni amatlah tak sesuai sebab saya sendiri pun belum punya anak tapi tolonglah belajar dengan contoh teladan dan observation. Jangan didik anak ikut suka hati sebab anak itu bukan hak milik mutlak anda. Itu tanggungjawab yang Allah bagi untuk anda.Bila tengok anak makcik ni berjaya dalam hidup dan siap jadi ustaz, tanya lah apa rahsia dia mendidik anak dia macam mana and follow kalau buleh. Bila tengok anak maklong tu tak menjadi, tengok pulak macam mana dia didik anak dia.



رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ 

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh. (SURAH AS-SAAFAT:100)

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

4 comments:

  1. ah ha.. tu la. kenapa org kg ada mentaliti camtu? takla sume tp sesetengah tu. mak ayah sy pun org kg tp nasib baik takde pk cam gitu, so, bebas la sikit sy nk decide.

    bab jd cikgu tu. org kg snang je, kalo amek cos agak pelik takla pelik pun kalo kite tau, mesti ckp: amek cikgu la, terjamin ms depan. bg sy, keje la ape pun, janji ikhlas kan hati. kan? jd cikgu tu keje mulia. tp tak sume org ada talent tu.

    sy lebih harap kalo mak ayah bg support utk ank buat ape die suke. bg sy selagi tak salah dr segi undang2, dan ofkos la syariah, apa slh nye bg kebebasan ckit.

    sori. terpanjang plak komen. tp sy suke entri ni.

    :))

    ReplyDelete
  2. Suka kakak... bagus N3 ini utk direnung. Apalah guna kalau pandai belajar tapi tidak pandai bermasyarakat. Apa lagi kalau tak pandai belajar dan bermasyarakat. Sebab itu kalaupun nak jadi pandai hal-ehwal saudara-mara, masyarakat tak bolehlah ditolak tepi...

    Melampaulah sampai jiran sendiri apa lagi sepupu pun tak ada masa jenguk. Mentaliti mak itu yg kena cuci sebab dia yg membuat karat itu berjangkit pada si anak.

    ReplyDelete
  3. renung2kan..... ;) bila da keje ni fikir blk zaman skolah dulu. rasanya merasa jugak buat kerja umh

    ReplyDelete
  4. Tak patut. Tadi ada baca kisah budak yang dapat 16A1 dalam SPM. Dia kata menyesal. Salah satu sebabnya, kerana sibuk study kawan dan familinya entah diletak dimana. Nasiblah keputusannya elok. Bayangkan jika sebaliknya berlaku. Haru...

    Kitorang dulu pun takdanya layanan istimewa. Semua buat sendiri walaupun musim periksa.

    ReplyDelete

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template