Tak perlu berkereta manual lagi..

Assalamualaikum..

Pagi 27 haribulan Februari itu terasa sangat menakutkan. Setelah lengkap berkasut sport, saya menunggang skuter ke Institut Memandu yang berada tak jauh dari pintu belakang U. Awal juga saya sampai, kira-kira sejam sebelum kereta JPJ masuk. Punyalah nervous kan.. Untuk lulus bahagian pertama, saya perlu lulus bukit, side-parking dan 3 penjuru. Ramai betul orang hari tu, mujur akak sebelah saya sangat peramah. Dapat juga bertukar-tukar tips & share nervous sama. Setelah beberapa calon lepas & tak lepas, akhirnya turn saya pun sampai. Saya kena bertukar 3 kereta sebab kereta pertama enjin tak hidup & yang second rosak apa tah. Saya yang dah nervous jadi semakin nervous. Okeyhh, saya mulakan enjin kereta dengan Bismillah. Naik masuk dah ok, tayar kereta pun masuk cukup.

"OK, jalan"

Kedengaran suara garang pakcik JPJ mengarahkan saya turun bukit. Saya pun ikutlah seperti yang diajar selama ni tapi malangnya, dah angkat hand brake.. TETTTTT!..kedengaran wisel berbunyi sebab tayar mengundur sikit kebelakang. FAIL!

Dah failed part 1, saya kena tunggu pulak part 2 iaitu test jalanraya. Oleh sebab mood dah spoiled, saya jadi lagi lah nervous part 2 nih.

"Nurul, naik kereta 'A'" Arah cikgu sambil menunjukkan arah kereta JPJ bertanda A. Kelihatan JPJ yang sangat menakutkan dah menanti dalam kereta.

Ketika masuk kereta,

"Assalamualaikum encik". Kesopanan perlu diamalkan walau dengan sesiapa pun kita hadapi.

Masuk-masuk ja kereta saya mulai buat 5 perkara yang wajib dibuat. Apabila sampai part nak adjust cermin sisi side JPJ..

"Encik, tumpang jap.. nak turun cermin tingkap dan adjust side mirror" kata saya dengan jujur


"Tak pe, saya buat. OK, jalan" 


Aik, encik ni nak uji aku kah, kata saya dalam hati. Lampu belum check, seat belt pun belum dipakai dah suruh jalan. Melihatkan muka saya yang ragu-ragu nak jalan, beliau sambung lagi

"Tak payah la berlakon-lakon.. awak bawak kereta kat U pun tak pakai seat belt kan?. Saya tau la..semua budak U macam tu"

Haha he got me there. Saya senyum sahaja la sambil menafikan semua itu, takkan nak mengiyakan pulak kan. Satgi dia suruh berhenti abih la saya. Sampai kat pintu keluar sekolah memandu ada kereta akak tadi tengah berhenti. Saya pun berhenti la belakang kereta akak tu, tetiba kereta akak tu mengundur belakang. Lagi sikit nak kena kereta saya, encik tu tanya saya nak buat apa?. Saya panik terus la smbil tekan clutch nak reverse. Tapi sebab lambat, encik tu tekan hon bagi warning kereta akak tu. Disebabkan hon tu, akak tu terus kena keluar kereta sebab memandu dalam keadaan membahayakan. Kesian dia.

Tetiba encik tu cakap,

"awak terus"  Beliau suruh saya masuk jalan raya tanpa ikut jalan yang sepatutnya.

"betul ke encik, bukan kena amik kiri ke?" Saya dah kompius

"ikut saja.. ok, kalau awak keluar simpang macamana.. saya nak tengok"

"hah?. bagi signal, stop, free gear, angkat hand brake" Automatik saya bercakap sambil masuk simpang


"ok,  awak masuk simpang tu kita balik. Awak dah reti bawak kereta. Lepas ni bawak kereta elok-elok. Kalau jadi macam tadi, hon ja kereta tu...bla bla bla bla" Beliau teruskan bagi nasihat sampai saya parking kereta beberapa minit kemudian.Waktu saya sampai kaunter cikgu tanya lulus ke tak, saya senyum ja. Tak boleh nak kata apa2 sebab test jalanraya sangat best! Allah is so great for me dapat JPJ yang baik hati.



Harini, saya mengulang test part 1. Alhamdulillah! saya lulus dengan sangat memalukan. Bukit & side parking dah lulus dengan baik tiba-tiba dekat 3 penjuru sedikit kecacatan berlaku. Time tu cikgu dah buat muka hopeless kat saya. Tetiba cikgu datang kat saya time saya nak keluar dari kereta dan berjalan sambil cakap..

"Habiskan...dia bagi peluang tuuu"

Dan alhamdulillah.. saya tak perlu drive kereta manual lagi!. JNK boleh la jalan-jalan keluar tengok alam. Allah sangat great, saya dapat JPJ yang baik selalu. Semuga berterusan macam ni..~




2 comments:

  1. Bila baca dapat bayangkan muka pegawai JPJ tu serious gila. Serious tak Sis?

    Takut nak memandu.

    ReplyDelete
  2. Muka dia serius tapi sebenarnya sangat baik. Jangan lupa, mereka juga manusia, bisa lembut dengan senyuman yg ikhlas. akak pon takut nk drive tp sbb hidup sengsorang jauh dr famili,akak kena berdikari & paksa diri utk berani la.

    ReplyDelete

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template