Perasaan Loser di JPO

Assalamualaikum...



Sedang enak landing atas katil yang empuk di petang Sabtu itu tetiba Whatsapp alert BB saya berbunyi menandakan ada new chat dari contact. Zaza, member saya di Pasir Gudang mengajak saya untuk bersama-samanya ke Johor Premium Outlet (JPO)  yang popular tu. Disebabkan tidak pernah menjejakkan kaki ke sana lagi, saya pun terus bersetuju sambil mengajak seorang lagi rakan kami di Senai.


Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut perjalanan kami ke JPO, baik saya copy-paste sedikit info mengenai JPO terlebih dahulu.



Johor Premium Outlet (JPO) dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terletak dalam wilayah Iskandar Malaysia, menyediakan 80 butik produk berjenama adalah yang pertama di Asia Tenggara dan cawangan ke-70 portfolio Premium Outlet yang menawarkan koleksi membeli belah terbesar di dunia.Ia menawarkan 70 premis barangan berjenama seperti Armani, Burberry, Calvin Klein, Michael Kors, Versace, Coach, DKNY, Polo Ralph Lauren, Salvatore Ferragamo dan Zegna dengan tawaran diskaun 25 hingga 65 peratus setiap hari.


“Saya yakin ramai pelancong Eropah akan mengambil peluang pertukaran mata wang lebih rendah dan lebih ekonomikal untuk membeli barangan di sini. Dalam Bajet 2012 yang saya umumkan sebelum ini, impian saya adalah mahu mempromosikan Malaysia sebagai syurga beli-belah di Asia dengan menawarkan barangan pada harga berpatutan dan percaya JPO mampu memenuhi visi itu,” katanya PM kita.

Selepas bertolak dari UTM, kami gerak dengan menaiki 2 buah kereta. Kereta pertama dipenuhi dengan adik Zaza dan kawan-kawan beliau manakala lagi sebuah kereta dipenuhi saya dan 2 orang kawan2 saya. Sampai di sana perasaan big L for Loser dah terasa ketika parking kereta Viva saya. Tak apa, layan aja. Niat asal nak pergi tengok premium outlet dengan mata sendiri, to feel the excitement kannn.... Tapi lepas kami masuk outlet Fosil dan lagi dua buah stores terus saya dan kawan saya ambil keputusan turun lepak kat foodcourt aja.  Sambil lepak di foodcourt dan tengok orang kat situ terus teringat lagu Price Tag..

Seems like everybody's got a price,
I wonder how they sleep at night.
When the sale comes first,
And the truth comes second,
Just stop for a minute and
Smile


JPO memang terbaik untuk menarik pelancong, itu saya akui. Tapi, untuk yang tak berapa nak berada macam saya dan kurang branded macam saya patut tak payah pergi je la. Lagi tensi tengok harga-harga barangan di situ. Walaupun dikatakan berdiskaun tapi harga after diskaun itu pun sangat mahal!. Bayangkan kerja penat-penat pastu habiskan duit untuk sebiji beg yg beratusan. Hoho..Bagi saya, tak kisah la barang tu brand Micheal Korrs ke hapa yang penting boleh guna dengan baik dan cantik tu dah cukup. Hidup kalau nak yang branded aje penat weh. Tengok orang ada purse Coach kita pun ada ada. Siap yang kumpul duit, tahan makan, tak bagi duit kat parent semata-mata nak tunjuk kat orang kita mampu beli beg Gucci buat hapa?.  Tapi, kalau dah bekerja keras and nak bagi penghargaan sekali sekala pada diri sendiri selepas bekerja keras apa salahnya. Tapi jangan terlalu manjakan diri dengan barangan branded, bahaya masa depan. Mari hayati quote from Prof.Muhaya sebelum kita berpisah

 " Kita suka beli benda yang kita tak perlu, dengan duit yang kita tiada, Dan tunjuk pada orang yang kita tak suka... " 

I'm Not a LOSER.

3 comments:

  1. Terasa juga nak guna benda mahal. Tapi tengok dompet, pendam sajalah hasrat tu. Biasanya hanya guna benda yang dibeli di pasar malam saja. Janji tahan.

    ReplyDelete
  2. nak jugak gi skali.selama hidup ni,pernah gi premium outlet kat jepun dulu je tapi masa tu memang syok la shopping sebab duit scholar + duit part time dah dekat 3 kali gaji engineer fresh.hmmmm

    ReplyDelete
  3. hmmm ...

    sekali sekala teringin jugak guna beg mahal-mahal nie

    ReplyDelete

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template