Port Dickson Secara Tiba-Tiba

1 comments
Assalamualaikum...

Pada hari minggu yang lepas-lepas(dah tak ingat date yang tepat) saya ke Putrajaya untuk bertemu dengan bestfriend saya, Anie yang dah berbelas tahun dikenali. Saya dah berjanji mahu jumpa beliau sudah lama tetapi disebabkan banyak sanga kerja kat UTM jadinya terpaksa delay beberapa kali. Mujur saya buleh jugak curik masa weekend untuk drive ke Putrajaya. Sebenarnya itulah pertama kali saya drive ke Putrajaya dari Johor sorang-sorang, mujur juga ada GPS yamg baru dibeli sebagai peneman. Asal seronok speed ja mesti GPS bising

"Observe your speed limit"

Saya bukanlah jenis yang suka bawak laju pun, tapi kadang2 kita tak perasan yang kaki kita sedap ja tekan minyak. Saya gerak dari UTM pukul 11 pagi dan sampai Alamanda Putrajaya dalam pukul 3 petang.  Lepas lepak2 di Alamanda, berjalan-jalan dalam Putrajaya sampai lebam, saya cakap kat Anie yang dah bosan area Putrajaya aje.  Kalau dulu saya naik bas, boleh la round dengan Nadi Putra. "Jum turun KLCC or ke mana-mana tempat yang lagi menarik" kata saya kepada Anie. Anie bagi cadangan mandi pantai Port Dickson saja memandangkan saya dah lama tak ke pantai.

Saya suka ja cadangan Anie terus kami decided berangkat ke PD pagi esoknya.


Dengan bantuan Allah, kami dapat sampai di PD berpandukan GPS sahaja. Memang terbaik la PAPAGO, tak sesat punya untuk sampai ke destinasi. Disebabkan kami redah saja, kebanyakan hotel yang popular seperti Hotel Sri Malaysia semua full. Waktu tu agak kelam kabut cari tempat tidur sebab sampai pun dah agak petang. Nasib kami baik, motel PD yang tempatnya betul-betul berhadapan dengan pantai dan berdekatan dengan pasar malam PD masih kosong!. Kami terus grab sahaja walaupun harga yang ditawarkan agak mahal compared to kemudahan yang agak sayu. Semalam saja kan..endure la.

Dah siap angkut semua barang-barang keperluan naik hotel, kami lepak tepi pantai terus la. Sangat nyaman suasananya. Hilang sat masalah2 berkaitan study. This is time for pleasure and release tension. Taktau lah tension apa yang direlease tu, jangan release ilmu research sudah la, Kami tak mandi sebab dekat Maghrib. Malam tu kami beli makanan kat pasar malam PD yang sangat dekat dengan pantai and makan tepi pantai.

Ramai rupanya yang berkhemah di tepi pantai dan masak di sana. Memang nyaman tengok depa. Teringat zaman degree dulu saya dah degreemates buat BBQ kat pantai yang sama. Sambil makan tu saya dan Anie recall balik cerita zaman sekolah. Sekolah kami sekolah berasrama penuh Sekolah Menengah Sains Pokok Sena sangat banyak simpan kenangan best kami dalam proses mengenal kehidupan. Kat sana la kami belajar pasal ilmu formal, ilmu berkawan, ilmu berlawan dan macam-macam lagi. Dulu katil Anie bawah katil saya, saya selalu turun tidur dengan beliau if saya tak buleh tidur. Katil kami tepi tingkap koridor yang sangat seram. Sampai sekarang saya kagum dengan diri sendiri saya buleh lalui 4 tahun di katil tu.

Kami spent one night ja kat PD, pagi tu kami mandi manda mengalahkan budak2. Bayangkan dua orang gadis 26 tahun mandi pantai dari pukul 8 sampai pukul 11. Kami mandi time takdak orang sampai la tauke banana boat, motorboat, segala macam boat lagi pacakkan khemah kedai depa. Puas hati!.

Lepas mandi manda, kami jalan-jalan kat pasar tepi jalan mencari souvenir untuk kawan-kawan lain.
 Lepas lunch untuk kali terakhir di PD, saya hantar Anie ke stesyen train Seremban dan saya meneruskan perjalanan balik UTM dengan hati yang sangat seronok. Sempat juga saya berhenti berjumpa Nani ,kawan degree/master saya di Tangkak. Lama tak jumpa beliau semenjak beliau berkahwin.

Weekend yang sangat menyeronokkan, harapnya dapat sentiasa menggunakan weekend dengan melawat tempat lain pula. Sementara masih kuat dan single, saya nak terokai sejauh-jauh tempat yang saya mampu. Saya tak mahu jadi seperti orang yang hanya mampu berkata

"Bestnya KALAU dapat pergi TAPI...".
"Aku nak pergi TAPI pasangan tak cuti.."

Bagi saya, nak seribu daya, taknak seribu dalih!
 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template