Pengalaman Konferens Pertama di Langkawi:Part 1

Assalamuaalaikum semua..


Sebulan dah tak menulis blog hari ini ada semangat dan kerajinan sikit nak share pasal pengalaman pertama saya ke konferens. Sebagai pelajar PHD research terutamanya present paper secaral oral adalah salah satu benda wajib kena buat if nak grad. Bukan saja untuk grad, ada juga kebaikan lain seperti menambah keyakinan anda untuk bercakap dikhalayak ramai (tak la ramai sangat pun sesi saya), boleh menambah pengetahuan tentang research orang lain; sebabkan saya pergi konferens berkaitan bioproses macam2 jenis research pelik2 saya tengok dan yang tak boleh dilupai ialah penghasilan enzyme dari chicken fat. Dah macam mana nak amik fat dari ayam??.

Konferens ini berlangsung di Meritus Pelangi Beach Resort, Langkawi. Tapi saya dan rakan2 taklah bermalam di resort tu, mahal sangat. Merana supervisor kami nanti. Kami pergi 3 orang, saya dan 2 org lagi junior. Semuanya 1st time pergi konferens jadi perasaan masing2 mestilah sangat nervous time nak present paper tu. Tapi sebaik sampai di Langkawi nervous tu hilang apabila melihatkan tempat yang best2 kat situ.

Kami naik AirAsia dari Senai-Penang-Langkawi. Pergi tu boleh la dikatakan ceria walaupun baru bangun tidur tapi balik dengan beg berisi coklat and barang2 dari Langkawi sangat penat. If nak pergi jalan2, better amik luggage tambahan. Bayar pun takpa. Sampai dari airport,check-in di Mila Motel, lunch dan terus menerjah Langkawi Underwater World yang jaraknya hanya beberapa KM dari motel. Jalan kaki saja dah sampai.

Meriah kedai di kiri kanan sepanjang jalan Pantai Cenang ni. Mau souvenir utk dibawa pulang?, mau diurut kaki selepas penat berjalan? Mau makan2 dulu sebelum berjalan? Pokoknya semua ada di sini.. 


 Tara! Welcome to Underwater World Langkawi...

  Jaa nak makan ikan mahal..


 Burung kakak tua hidup di Abovewater World la....

 Pasangan Dugong ni aktif sangat. Terhibur tengok keletah mereka. Perasan boleh berenang tu memang best.


Selain ikan yang pelbagai jenis, ada jugak pingu2 yang comel. 

 Ice Age campur Pingu jadilah mereka ni..

  Ikan2 yang banyak dalam bendang kampung, mak saya mesti kenal. Ikan karemmm..

 Ikan Jerung yang lemah..banyak ekor dalam tank ni tapi semua jenis tak aktif macam si Dugong. Kontrol macho kot.
 Ikan besar ni sangat kasihan tengok dia. Dia lepak sekor2 kat corner sambil tengok orang lalu lalang. Besar betul weh. Kalau makan saya mesti tak kenyang.

 Himpunan batu karang yang cantik

 Ini lah sea dragon kalau tak silap namanya. Rupa dia ala2 kuda laut tapi kaler merah. Sangat cantik, setakat saya tengok tak ada la dia hembuskan api macam dragon2 yang dalam tv tu.


video
 Kuda laut tengah tidur, ada yang melanggar satu sama lain tapi tak sedar pun. Comel betul. Diorang tidur diorang sangkut ekor kat rumput2 tu bila air bawa dia, dia akan langgar kawan2 dia. Nanti dia akan sangkut balik.

 Dok khusyuk tengok ikan besar yang dalam keadaan sedih, ikan2 kecil macam dalam game feeding frenzy tiba2 ikan pari dok usya dari atas. Misteri je beliau ni..


Seronok sangat tengok hidupan laut yang kalau diikutkan di tempat study kami mmg takdak tempat nak tengok. Hilang sekejap pasal kehidupan student dan research. Disebabkan penat lelah naik flight, malamnya kami hanya lepak dalam bilik sahaja.

Hari 1st kami dihabiskan di sini dan esoknya bermula konferens. Datang konferens di Langkawi nampaknya berbaloi, saya cerita di next entry yea.

2 comments:

  1. Kami paling suka tengok penguin2, comel giler. ada yg satu spesies tu jenis kening tebal hehe.

    ReplyDelete
  2. kami tak suka sbb ada bau kureng senang. Kmi suka pasangan dugong tu ja. aktifff

    ReplyDelete

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template