Pengalaman Konferens Pertama di Langkawi:Part 2

Assalamualaikum..

Nak sambung cerita pasal pengalaman pertama saya ke konferens di Langkawi lagi. Hari sampai tu kira-kira pukul3 so kami sempat ke Underwater World aja lah. Malam nya disebabkan penat kami rest and unpacking barang sahaja. Tambahan pula Jaa dan Pz yang akan menghadapi oral dan poster presentation untuk esok hari juga memerlukan masa untuk bersedia.

Day 1

Hari pertama MicoTribe bermula seawal pukul 8 untuk proses pendaftaran. Disebabkan motel kami terletak agak jauh dari Meritus kami gerak dalam pukul 7.30 pagi. Pagi tu agak kelam kabut sebab pemandu teksi yang suppose ambil kami terlepas tidur dan kena kami call baru dia sedar. Hari ini junior saya akan membentangkan paper beliau manakala turn saya will be tomorrow. Selepas mendengar speech dari keynote speaker kami breakfast sebelum acara seterusnya.


Jaa yang hebat!

Disebabkan ramai peserta, presenters dibahagikan kepada beberapa bahagian dan tempat berdasarkan tajuk paper mereka. Jaa bahagian Biotechnology maka beliau akan present papernya di Cenang Hall.



 Sepanjang oral presentation dilakukan, poster presentation juga diadakan.



















Untuk poster presentation ni kitorang pelik sikit oraganizer punya cara penilaian. Ini kerana, mereka hanya meminta poster dari Pz dan lepas tu terus tak dipangil untuk present apa yang diperkatan dalam poster beliau. Jadi Pz hanyalah lepak denga kami yang merupakan peserta oral presentation. Yang lagi kami terkejut, pada malam dinner macam2 award diberikan dalam kategori poster ni sedangkan poster tak present pun lagi.
Selepas Jaa selesai present, kami semua pulang ke motel untuk bersedia ke dinner. Bersedia la sangat!.


 Tema dinner tu Chinese cuisine gitu. Makan pun dengan chopstick lah, berusaha masing2 nak masukkan makanan dalam mulut. Ada yang dah gave up lalu mintak sudu garfu dari waiter. Dalam banyak2 juadah tu, ada satu juadah tu macam pelik sangat rasanya. Kami taknak lah buat2 curious, makan aja lah kan.. Sekali tengok menu..Masak Kicap Gamat rupanya yang kami makan tadi. Layan aja...dah masuk perut pun.

Time dinner tu ada persembahan dari Ainan Tasneem (second time tengok dia perform) dan penyanyi Unimap yang pandai tiru suara P.Ramlee.

Esok turn saya present paper, nervous sangat. Next entry saya cerita..

0 comments:

Post a Comment

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template