Pengalaman Konferens Pertama di Langkawi:Part 3

Assalamualaikum...

Dalam previous entry saya cerita pasal slideshow yang akan saya present, harini nak sambung cerita pasal 3rd day yang sangat best. Pada Part 1 saya ceritakan pasal perjalanan kami dari UTM ke Langkawi serta aktiviti kami bersuka ria dan melepas lelah di Underwater World yang ada banyak sangat ikan yang cantik2. Dalam entry Part 2 pula saya ceritakan pasa hari pertama konferens.

Day 3

Pada malamnya lagi kami bertiga dah planning nak bersuka ria di Langkawi lepas saya present. Ketika keynote speaker tengah bagi ucapan, saya dengan pulunnya tanya kawan-kawan saya yang menetap/penah tinggal di Langkawi pasal Island Hopping. Aktiviti ni perkara wajib dilakukan di Langkawi, mana boleh kami lepaskan begitu sahaja. Terima kasih banyak2 kepada Sha yang bagi kami contact no.pengurusan Island Hopping. Aktiviti akan bermula pukul 2pm, elok sangat lah tu!.

Paper saya diletakkan di section Bioconversion, jadi kami terpaksa bergerak ke Cenang Room dari Ballroom. Nasib baik bilik kecil, taklah ramai participants, kata saya sedikit lega. As 1st presenter, noervousnya memang lain macam.


Dengan sedikit tak bersedia, time tu lah nak cucuk pendrive, nak setup tempat duduk..chairman dah suruh saya mulakan. " Thank you Mr.Chairperson, Assoc.Prof. Dr. Hashim Kassim...Assalamualaikum and very good morning to ...".

 Maka, tamatlah sudah sesi kami pada hari itu. Selepas memenuhkan perut dengan lunch yang disediakan di Spice Restaurant kami cepat2 balik ke motel untuk salin baju and get ready to hop!.

 Penuhkan perut dulu sebelum memulakan akiviti. Saya percaya PZ dan Fiza sedang bercerita tentang research chicken fat yang sangat menarek perhatian kami. Nampak tak swimming pool kat belakang tu? yeah..kami pun jeles tengok mat saleh mandi situ. 

Charge yang dikenakan oleh organizer ialah rm25/person. Itu harga paling murah kami dapat and kami diambil/dihantar dari motel tu memang sgt terbaik. Dalam bot yang kami naiki ada 4 orang Malaysians (kami bertiga+abang drebar), 4 Arab Saudis (Parent+2 children) dan 4 Chinese China (2 couples).

Abang drebar ni sangat hebat control boat. Hang bagi la gelombang ombak besaq mana, jeritan budak2 ketakutan or percikan air hujan yang sakit mata dia selamba ja bawak boat dia.  Pengalaman memdewasakan diri mungkin.
 Haru biru sikit naik dengan geng2 ni tambah2 ketika tu hujan dah mulai menitis dan gelombang ombak dah sikit2 ganas. Time boat start gak gabra sebab boat macam tak stabil ja tapi tawakal aja lah. Yang geng Arab dah bising2 nak patah balik. Boat stopped untuk bagi peluang kami tengok rupa bentuk Pulau Dayang Bunting dimana perut dia, kepala dia, dan kaki dia yang geng2 Arab dah "Finish? Finish?..Turn around"..Takkan lah abang drebar boat nak patah balik..kesianlah kat orang lain yang turut sama dalam boat tu. 

Pulau pertama yang kami jejaki ialah Pulau Dayang Bunting yang didalamnya ada Tasik Dayang Bunting yang kekonon bagus untuk wanita sukar hamil. Airnya saaaangat sejuk dan mendamaikan. Kami diberi masa sejam untuk lelepak di pulau ini. Tasik tu memanglah best tapi on the way ke tasik sangat lah menyeksakan. Bapak beruk, mak beruk serta anak beruk ada sahaja di kiri kanan bersedia menyambar makanan or any beg yang dia rasa ada makanan. Saya ditimpa pengalaman sadis time ni..sedih plus malu. On the way nak naik tu, beg saya diragut bapak beruk yang sangat garang!.Dia bawak lari beg saya naik atas bukit sambil acah2 nak keluarkan isi beg tu. Homai! segala macam mak nenek ada dalam tu. Tapi dia dengan bijaknya ambil purse saya yang kaler kuning dan mula buka zip. Time tu sangat lah panik. Kami bertiga jerit2 mintak tolong sapa2 ja yang lalu.Nasib baik ada family Arab Saudi yang sama2 naik boat tadi. Si Husband trick beruk tu dengan makan depa so beruk tu lepaskan purse saya. Selamat saya!. Tapi yang lawaknya, saya boleh pulak jerit mintak tolong dalam English secara spontan. Help..Help..it tooks my purse!. I want my purse. Gitu lah seingat saya. Junior saya asik ulang ayat tu. 
Dah selamat dari beruk jahat, kami rehatkan diri dengan mandi manda dalam tasik Dayang Bunting ni. Peringatan kepada semua yang nak ke sana, pelis la jangan bawak beg yang colourful sangat. Pakai baju gelap juga kalau boleh. Selepas itu kami move to next pulau iaitu Pulau Beras Basah.



Di pulau ni, kami diberi masa sejam untuk mandi manda di pantainya yang sangat2 bersih dan lembut pasirnya. Tak puas rasanya berendam disitu. Tak sempat nak berseronok, dah kena naik boat balik. Dari sana kami dibawa ke tempat bagi makan Helang. Helang kat sana dah biasa dengan aktivit manusia kot, bila boat datang depa munculkan diri ramai2. Sangat menakjubkan. Kami tak sempat nak snap picture sebab terlalu kagum dan suasana hujan ketika tu.

Kami pulang dari aktiviti island hopping dengan penuh happy...malamnya kami dibawa makan di Restoran Buluh oleh Athirah, kawan Saina saya yang dah lama tak jumpa.Ambil peluang reunite dengan kawan-kawan pun boleh.

Thanks Athirah bawak kami makan dan shopping coklat murah kat Kedai Haji Ismail.Next time kita jumpa lagi.

0 comments:

Post a Comment

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template