Twilight: Breaking Dawn Part 2

1 comments
Assalamualaikum...


Last night I went out to watch the most awaited & final movie of Twilight"s Saga~ Breaking Dawn Part 2!. As an avid reader of the novel series i'm so looking forward to watch them in live action on big screen. Initially, me & my friends had made a promise to watch the Part 2 together again after we watched the Part 1 few months ago. However they could not make it, got bigger task at their hands. Bizi jugak katanya. So, when my seniors asked me join them, I just say yes. As I recall, I watched Twilight 1 only on my laptop. My colleague downloaded it and gave it to everyone in the class. When my younger sister came to my place, we watched it together & we were hooked up with the story before we realized it. Found out about the novel series and read them all in 3 days. So started with New Moon to Breaking Dawn Part 2, i'm making sure to watch them all in cinema.

Sambungan dari previous movie, Bella menjadi vampire yang sangat cantik (compared to her human form). Edward & her got a half vampire/human daughter with extremely high growth rate, she can get so besaq only in few days. Masa baby, i thought she would be so cute and adorable but turns out to be pelik hasil gabungan CGI & photoshop yang melampau. Dalam novel senanglah nak cerita baby reach out to everyone and show her power tapi kalau dalam video pasti susah. Boleh diterima jugak kepelikan itu.

2nd pelik is when Jacob is telling Bella that her daughter is Jacob's fated partner. Wolf-thing says that every wolf in the pack will be imprinted with his/her fated partner. Partner tu kiranya kompem akan jadi pasangan dia sampai bebila macam Sam dengan pasangan dia. So that's why Bella fell in love with Jacob dalam movie before ni, rupanya bukan Bella yang fell in love tu. That's her daughter's feeling. Time baca novel, i thought it was cute & romantic! tapi bila tengok dalam movie ni Jacob looks like a pedo pun ada. kuciwa imaginasi ku selama ni.

hmm.....

Apabila anak vampire dilahirkan geng2 Volturi pastilah tak suka. Sebabnya Immortal child can not keep the secret very well and only do harm than good. Depa tak tahu condition anak Bella yang semi human ni. Alice (character yang selalu buat kacau) who can see the future foresees Volturi datang nak amik anak Bella. So the Cullens pun kumpulkan kawan2 untuk jadi living proof yang anak Bella bukannya normal immortal child. Dalam banyak2 kawan2 the Cullens ni, i like the siblings from Amazon nih. Ada style gitu.

Kuasa: butakan orang & buat orang delusional. Just like Uchiha's clan

Finally, it is the time for Volturi versus The Cullens & Friends in order to decide Bella's daughter future. After some serious talk, glare and touch, Volturi masih jugak nak bunuh anak Bella. Mungkin hari ini tak bawak kemusnahan, esok2 mana kita tau kan..says Aro sarcastically. In the middle of getting power up as preparation untuk berlawan, Alice the most important character has back. Dia datang menunjukkan future to Aro, si Volturi leader. Time ni agak sakit hati. Walaupun dah tau plotnya sebab dah pernah baca novel tapi part ni agak terkena. Punyalah semangat tengok Voturi, vampires and wolves dok berlawan cabut kepala satu sama lain rupanya benda tu tak betul2 jadi. Semuanya bakal berlaku in future kalau war break out. Just in Alice's head je pon. Penat terkejut tengok kepala Carlisle kena cabut.


Jacob si serigala semangat dengan kekasihnya & bakal mak mertua & bakal pak mertua beliau..owh..



Disebabkan Aro tengok dalam kepala Alice yang kepala dia pun akan tercabut if war tu betul2 terjadi so, dia just lepaskan saja The Cullens & Friends ni. Alice and Jasper juga datang dengan seorang semi human/vamp. Baik je dia so haruslah Volturi lepaskan anak Bella nih.

Semua pun kembali tenang dan aman. Dah namanya final pasti semuanya tenang.3rd pelik bila Alice foresees Jacob & Reneesme versi remaja bermain2 di gigi pantai bersama-sama Edward & Bella versi maintain muda. Semuanya muda remaja. ouch. So immortal...



Well, Harry Potter dah setel. Twilight dah setel. Turn Transformers & Avatar pula untuk ditunggu2.





Ikan Talang Tanjung Dawai

0 comments
Assalamualaikum..

Sebelum pulang ke Kedah sempena cuti raya haji, Dr. Wan yang merupakan ketua makmal memesan ikan talang masin dari Kedah. Katanya di Kedah banyak ikan talang, kawannya pernah membelikan ikan talang buatnya suatu masa dulu. Mulanya saya sendiri ragu2 betul kah cerita tu sebab saya tak pernah tahu pon yg Kedah adalah pengeluar ikan talang??

Sampai saja di Kedah saya bertanyakan kepada adik saya yg lebih berpengetahuan bab2 tempat menarik di Kedah. Tanjung Dawai lah tempatnya! Disana ada pusat jualan ikan masin dan hasil laut yang lain. Jadi, petang raya haji kedua kakak, adik dan saya ke tempat yang dikatakan itu. Kami diguided oleh Wani, kawan adik saya. Beliau lagi tinggi pengetahuan tentang Tanjung Dawai sebab ibunya berasal dari Tanjung Dawai jugak.

Sampai di sana kami semua terkejut... Ohhh.. Taktau pulak ada tmpat ni. Masing2 jakun. Kami beli belacan yang orang kampung order, ikan talang Dr. Wan dan adik saya belikan sotong kering & belacan untuk mak mertuanya. Habis berbau kereta saya on the way balik. Azab ja sepanjang berjalanan. Rupanya adik saya terlupa masukkan sotong kering dalam bonet kereta.

Apabila saya bagi ikan talang yang dipesan Dr.wan dia sangat2 suka. Ikan talang tu sangat besar dan byk lebih dr duit yang dia bagi. Harga selepas tawar menawar. Beliau siap goreng ikan talang itu ketika beliau membuat kenduri korban baru2 ini. Bangganya~

So, sapa2 yang beli ikan talang murah, besar dan banyak silalah ke Tanjung Dawai, Kedah.

Sireh Bertemu Urat

2 comments
Assalamualaikum..

Hari Sabtu yang lepas abang sulong lab ajak saya dan gegadis lab yang lain untuk menjoin rombongan pertunangan beliau. Katanya rombongan dari Kedah cumalah 4 orang termasuk dirinya yang sudah pasti kena tinggal di luar rumah ketika majlis. Jadi, beliau mengajak kami untuk memeriahkan rombongan. Apa salahnya kann?.Saya paling gemar majlis pertunangan dan pernikahan. Majlis yang diadakan di Batu Pahat sangat indah walaupun hujan sangat lebat diluar rumah. Hujan rahmat. Perbincangan yang dilakukan dalam bahasa Jawa yang diselangi bahasa standard sangat memberi kelainan, at least for me. Kami dari Kedah hanya mampu gelak selang 5 saat kemudian. Coverage lambat sampai..

Tahniah Kak Pidah~ besaq cincin

Dalam banyak2 dulang hantaran yang ada saya sangat tertarik dengan dulang berisi sireh junjung. Salahkan kawan2 saya yang selalu bercerita mengenai sireh bertemu urat yang katanya boleh membantu mmpercepatkan jodoh itu. Bukanlah berbaur syirik disitu, itu cuma petua orang dulu2. Semenjak pertunangan Nani (sedang menanti anak sulung), asal  mana-mana majlis pertunangann yang saya hadiri pasti isu sireh akan muncul. Kata kakak kawan saya, selepas makan sireh bertemu urat terus beliau dipertemukan dengan jodoh. Pasti sekali itu aturan Allah. Hanya coincidence mungkin.

Di majlis pernikahan Atul pula (baru saja melahirkan anak sulungnya), Fiza beria-ia sekali mengambil sireh bertemu urat atas dulang hantaran sampai tak perasan ada jurukamera yang snap pic kami. Lihatlah betapa semangatnya beliau dalam pic dibawah. Dengan izin Allah, selepas beberapa bulan kemudian Fiza SMS saya memberitahu yang beliau bertemu jodoh dengan suaminya sekarang dan sudah pun join golongan mak buyong. Alhamdulillah...aturan Allah jua yang menemukan jodoh Fiza. Saya juga menelan sireh dari hantaran Atul itu bersama-sama air 100+ (pahit sangat rasanya) tetapi masih belum bertemu jodoh.


Dalam majlis pertunangan di Batu Pahat baru2 ni, semua memori bersama sireh muncul kembali. Namun saya sempat juga melawak dengan ibu pengantin perempuan pasal cerita sireh ini lantas diberinya petua yang lebih menarik. Katanya, rendam daun sireh hantaran dalam air dan minum air itu. Jangan lupa selawat dulu sebelum meminum. Lebih praktikal kerana tak perlu menelan daun sireh yang pahit itu. Tetapi dek kerana terlalu malu saya tidak sempat mengambil daun sireh. Kalau dulu ada Fiza memang best la sebab dia yang paling semangat. Sekarang semua dah kahwin, tak mungkin saya nak cabut daun sireh hantaran orang sorang2. Never.

Sebenarnya, amalan makan daun sireh ni hanyalah petua orang dulu2. Jangan dipercaya sepenuhnya. Cerita orang yang sudah bertemu jodoh selepas memakan sireh ini juga kuasa Allah. Mungkin juga ketika mereka makan daun sireh mereka berdoa dengan tulus untuk bertemu jodoh lalu Allah perkenankan. Makan sireh hanya usaha kearah itu. Segalanya mungkin.


Saya masih menanti kesan magis sireh campuran air 100+

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template