Ikan Talang Tanjung Dawai

Assalamualaikum..

Sebelum pulang ke Kedah sempena cuti raya haji, Dr. Wan yang merupakan ketua makmal memesan ikan talang masin dari Kedah. Katanya di Kedah banyak ikan talang, kawannya pernah membelikan ikan talang buatnya suatu masa dulu. Mulanya saya sendiri ragu2 betul kah cerita tu sebab saya tak pernah tahu pon yg Kedah adalah pengeluar ikan talang??

Sampai saja di Kedah saya bertanyakan kepada adik saya yg lebih berpengetahuan bab2 tempat menarik di Kedah. Tanjung Dawai lah tempatnya! Disana ada pusat jualan ikan masin dan hasil laut yang lain. Jadi, petang raya haji kedua kakak, adik dan saya ke tempat yang dikatakan itu. Kami diguided oleh Wani, kawan adik saya. Beliau lagi tinggi pengetahuan tentang Tanjung Dawai sebab ibunya berasal dari Tanjung Dawai jugak.

Sampai di sana kami semua terkejut... Ohhh.. Taktau pulak ada tmpat ni. Masing2 jakun. Kami beli belacan yang orang kampung order, ikan talang Dr. Wan dan adik saya belikan sotong kering & belacan untuk mak mertuanya. Habis berbau kereta saya on the way balik. Azab ja sepanjang berjalanan. Rupanya adik saya terlupa masukkan sotong kering dalam bonet kereta.

Apabila saya bagi ikan talang yang dipesan Dr.wan dia sangat2 suka. Ikan talang tu sangat besar dan byk lebih dr duit yang dia bagi. Harga selepas tawar menawar. Beliau siap goreng ikan talang itu ketika beliau membuat kenduri korban baru2 ini. Bangganya~

So, sapa2 yang beli ikan talang murah, besar dan banyak silalah ke Tanjung Dawai, Kedah.

0 comments:

Post a Comment

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template