Sireh Bertemu Urat

Assalamualaikum..

Hari Sabtu yang lepas abang sulong lab ajak saya dan gegadis lab yang lain untuk menjoin rombongan pertunangan beliau. Katanya rombongan dari Kedah cumalah 4 orang termasuk dirinya yang sudah pasti kena tinggal di luar rumah ketika majlis. Jadi, beliau mengajak kami untuk memeriahkan rombongan. Apa salahnya kann?.Saya paling gemar majlis pertunangan dan pernikahan. Majlis yang diadakan di Batu Pahat sangat indah walaupun hujan sangat lebat diluar rumah. Hujan rahmat. Perbincangan yang dilakukan dalam bahasa Jawa yang diselangi bahasa standard sangat memberi kelainan, at least for me. Kami dari Kedah hanya mampu gelak selang 5 saat kemudian. Coverage lambat sampai..

Tahniah Kak Pidah~ besaq cincin

Dalam banyak2 dulang hantaran yang ada saya sangat tertarik dengan dulang berisi sireh junjung. Salahkan kawan2 saya yang selalu bercerita mengenai sireh bertemu urat yang katanya boleh membantu mmpercepatkan jodoh itu. Bukanlah berbaur syirik disitu, itu cuma petua orang dulu2. Semenjak pertunangan Nani (sedang menanti anak sulung), asal  mana-mana majlis pertunangann yang saya hadiri pasti isu sireh akan muncul. Kata kakak kawan saya, selepas makan sireh bertemu urat terus beliau dipertemukan dengan jodoh. Pasti sekali itu aturan Allah. Hanya coincidence mungkin.

Di majlis pernikahan Atul pula (baru saja melahirkan anak sulungnya), Fiza beria-ia sekali mengambil sireh bertemu urat atas dulang hantaran sampai tak perasan ada jurukamera yang snap pic kami. Lihatlah betapa semangatnya beliau dalam pic dibawah. Dengan izin Allah, selepas beberapa bulan kemudian Fiza SMS saya memberitahu yang beliau bertemu jodoh dengan suaminya sekarang dan sudah pun join golongan mak buyong. Alhamdulillah...aturan Allah jua yang menemukan jodoh Fiza. Saya juga menelan sireh dari hantaran Atul itu bersama-sama air 100+ (pahit sangat rasanya) tetapi masih belum bertemu jodoh.


Dalam majlis pertunangan di Batu Pahat baru2 ni, semua memori bersama sireh muncul kembali. Namun saya sempat juga melawak dengan ibu pengantin perempuan pasal cerita sireh ini lantas diberinya petua yang lebih menarik. Katanya, rendam daun sireh hantaran dalam air dan minum air itu. Jangan lupa selawat dulu sebelum meminum. Lebih praktikal kerana tak perlu menelan daun sireh yang pahit itu. Tetapi dek kerana terlalu malu saya tidak sempat mengambil daun sireh. Kalau dulu ada Fiza memang best la sebab dia yang paling semangat. Sekarang semua dah kahwin, tak mungkin saya nak cabut daun sireh hantaran orang sorang2. Never.

Sebenarnya, amalan makan daun sireh ni hanyalah petua orang dulu2. Jangan dipercaya sepenuhnya. Cerita orang yang sudah bertemu jodoh selepas memakan sireh ini juga kuasa Allah. Mungkin juga ketika mereka makan daun sireh mereka berdoa dengan tulus untuk bertemu jodoh lalu Allah perkenankan. Makan sireh hanya usaha kearah itu. Segalanya mungkin.


Saya masih menanti kesan magis sireh campuran air 100+

2 comments:

  1. bestnya ekmi dpt join rombongan.. hehe apa salahnya cuba petua org tua2

    ReplyDelete
  2. best! kami plg suka bab ni..hehe insyaAllah ada geng kami cuba. sorang2 malu la i

    ReplyDelete

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template