Melaka Part 1: Bandar Melaka

0 comments
Assalamualaikum....


Seperti yang diplanned, saya dan adik pulang ke Melaka pada 19hb December setelah keadaan ayah sudah membaik. Janji untuk berjalan-jalan di Melaka pada 20&21 dengan Sha disambung semula.

Sha sampai di Melaka Central dari KL kira-kira pukul 1, kami terus memulakan pengembaraan di bumi bersejarah Melaka dengan mengambil adik Sha di UTEM Kampus Induk dan lunch di restoran yg berdekatan dengan Zoo Melaka.

Satu2 nya pic kami berempat. Enah tak nampak lsg muka, saya ada hidung & sebelah mata, Adik Sha buat peace atas kepala kakaknya.

Dah kenyang perut, kami gerak ke bandar Melaka yang menempatkan pelbagai tempat tarikan pelancong seperti Menara Tamingsari, Muzium Samudera, A'Famosa dan banyak lagi.

Tempat pertama ditujui ialah Muzium Samude yang telah ditutup
Gaya ala2 ayu di depan tangga kapal dagang.


Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994. Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar. Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.
Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka. (Wikipedia)

Selang beberapa langkah dari Muzium Samudera, kami menuju pula ke Menara Taming Sari.


Tiket hanya RM 10 untuk pemegang mykad.



Terima kasih kepada adik Sha yang sanggup melayan kakak2 bergambar.


Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari. Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. Menariknya pemilik Mykad pula berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50 % apabila menggunakan perkhidmatan ini. Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit. Lokasi asal menara ini adalah di tebing Sungai Melaka (berdekatan Bangunan Stadthuys) namun dipindahkan di tapak baru di atas sebab tapak asal tersebut terdapat runtuhan tembok lama zaman Kesultanan Melayu Melaka selain memelihara geofak arkeologi tersebut (wikipedia juga)

Seterusnya, dengan beberapa langkah juga kami menuju ke kubu A'Famosa tempat video klip Cindai. Disebabkan dah nak gelap, kami tak naik sampai ke puncak. Nasib baik dah pernah naik time praktikal dulu.

On the way ke A'Famosa ada replika train & plane, so ambil gambar dulu..

Tugu A'Famosa dari pandangan sisi..

Tugu A'Famosa dari pandangan belakang..

Tugu A'Famosa dari pandangan depan..

Setiap sisi gitu ada picture, memang jitu.

Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasa bandar Melaka. Pihak British telah bercadang untuk memusnahkannya tetapi campurtangan Sir Thomas Stamford Raffles pada tahun 1808 telah menyelamatkan pintu kota, saki-baki apa yang tinggal daripada kota A' Famosa kekal sehingga hari ini.Sekarang A Famosa menjadi tempat pelancongan yang terkenal (bukan wikipedia, blog merdeka5007)

Seterusnya, dah alang2 dekat kami singgah di Dataran Pahlawan. Masuk shopping mall dengan tujuaan membeli buah tangan tetapi coolblog aja yang dibeli.



Selesai sudah perjalanan bersejerah kami untuk Part 1. Will continue the sequel later. ❤

Ayah

0 comments
Assalamualaikum...


I'm now at Melaka, in my sister's house. Baru saja sampai dari Johor selepas 3jam driving dalam hujan-tak hujan-hujan. Ketika saya berada di makmal, kak sulung sms suruh balik kampung. Katanya semenjak ayah balik dari hospital suasana ayah sangat merisaukan. Badannya lemah, lidah tak okay dan tangan mulai lembik. Hati saya jadi tak keruan. Mahu sahaja bergegas pulang ke kampung serta merta tetapi mengingatkan janji2 saya untuk menghadiri majlis perkahwinan Jaa bersama-sama Kak Dayang dan Ekin saya jadi teragak-agak. Begitu juga janji saya untuk berjimba di Melaka bersama Sha. Banyak sekali janji yang dibuat minggu depan. Kalau saya pulang sekarang, maka saya akan memungkiri janji-janji itu.

Tak lama kemudian, adik saya yang berada di Melaka bbm. Katanya hatinya tak tenang, kalau saya busy dia mahu pulang menaiki bas saja. Teringat ayah dikampung yang sakit... Saya menelefon Kak Dayang dan Sha untuk membatalkan janji2 saya. Hal ayah perlu tindakan segera. Setelah semua selesai, saya terus pulang ke rumah sewa dan mengemas kain baju sekadar yang patut.

Perjalanan dari Johor ke Melaka kalini tidak terasa. Pemikiran saya sudah lama sampai di Kedah. Tetapi disebabkan sudah penat drive, saya dan adik mengambil keputusan untuk menyambung semula perjalanan pada esok pagi sahaja. Kakak sulung juga ok dengan keputusan kami. Semoga keadaan ayah membaik. Nantikan anak2 ayah pulang ya..


Ayah bersama-sama cucu kesayangannya.

UPNM

0 comments
Assalamualaikum..

Bermula semalam maka debat gender kebangsaan pun berlangsunglah di UTM. Kelas kan tema debat? Tapi saya tidak akan menjadi pengulas untuk program tersebut, saya hanyalah bertugas sebagai pemandu pelancong tak beriktiraf untuk anak sepupu saya dan kawan2 nya yang merupakan peserta debat berkenaan. Mereka yang mewakili UpNM ini seramai 8 orang tetapi hanya 4 yang berdebat manakala yg baki as reserve. Semua depa ni muda2 lagi, paling tua pun berusia 20 tahun. Hah.

Dek kerana pertama kali sampai di Johor lebih2 lagi di UTM mereka sangatlah eksaited nak melawat tempat2 best di sini. Part paling pening untuk dipikirkan. Setiap orang yang datang ke sini saya pasti pening nak pikir mana tempat yang best untuk dibawa. Tambah2 lagi mereka sudah pun melawat Johor Premium Outlet yang merupakan salah satu tempat menarik dalam list "untuk dibawa jika kawan2 datang Johor". Kena pangkah sudah 1 tempat. Malam 1st saya bawa mereka makan nasi ayam penyet BiBik Taman U yang sedap. Kalau datang UTM tak makan ayam penyet memang bapak rugi ar... Then, menuju pula ke rumah kedua bebudak sini iaitu Jusco. Seronok bawak bebudak ni jenjalan. Depa sangat teruja dengan Jusco Taman U. Biasalah...siapa saja yang tak teruja datang sini. Sebab tu Dr.Aznizam gelarkan Jusco as rumah kedua bebudak UTM.

Selepas itu kami ke Giant Umall pula. Dekat saja jarak antara kedua buah pasaraya itu. Sekali lagi keterujaan bebudak ni menghiburkan hati saya. Berbeza dengan Jusco, Giant Umall lebih kepada family store. Baju kurung, tudung, karaoke & wayang ada disini tak seperti di Jusco yang lebih kepada kedai barangan branded. Selepas membeli peralatan wajib, kami pulang ke UTM. Tak mahu terlalu lambat membawa bebudak ini pulang kerana mereka masih punya kerja selepas itu. Tugasan mencari fakta untuk diperdebatkan. Kemah keming aih. Nasib bebudak ni baik sebab malam tu order durian crepe saya siap. Saya sharing durian crepe dengan mereka, lagi sekali reaksi mereka sangatlah menarik sampai saya menyesal tak beli banyak2. Ada yang tak sempat merasa durian crepe yang glamer itu. Minta saya untuk orderkan lagi. Sedap sangat kot..bagi saya boleh aja..kalau lagi manis lagi sedap..

Malam esok saya tak tahu nak ke mana... Will pikiaq later..



Saya yang 26 tahun dengan bebudak 18 tahun serta durian crepe. Tak nampak banyak beza kan..

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template