Ayah

Assalamualaikum...


I'm now at Melaka, in my sister's house. Baru saja sampai dari Johor selepas 3jam driving dalam hujan-tak hujan-hujan. Ketika saya berada di makmal, kak sulung sms suruh balik kampung. Katanya semenjak ayah balik dari hospital suasana ayah sangat merisaukan. Badannya lemah, lidah tak okay dan tangan mulai lembik. Hati saya jadi tak keruan. Mahu sahaja bergegas pulang ke kampung serta merta tetapi mengingatkan janji2 saya untuk menghadiri majlis perkahwinan Jaa bersama-sama Kak Dayang dan Ekin saya jadi teragak-agak. Begitu juga janji saya untuk berjimba di Melaka bersama Sha. Banyak sekali janji yang dibuat minggu depan. Kalau saya pulang sekarang, maka saya akan memungkiri janji-janji itu.

Tak lama kemudian, adik saya yang berada di Melaka bbm. Katanya hatinya tak tenang, kalau saya busy dia mahu pulang menaiki bas saja. Teringat ayah dikampung yang sakit... Saya menelefon Kak Dayang dan Sha untuk membatalkan janji2 saya. Hal ayah perlu tindakan segera. Setelah semua selesai, saya terus pulang ke rumah sewa dan mengemas kain baju sekadar yang patut.

Perjalanan dari Johor ke Melaka kalini tidak terasa. Pemikiran saya sudah lama sampai di Kedah. Tetapi disebabkan sudah penat drive, saya dan adik mengambil keputusan untuk menyambung semula perjalanan pada esok pagi sahaja. Kakak sulung juga ok dengan keputusan kami. Semoga keadaan ayah membaik. Nantikan anak2 ayah pulang ya..


Ayah bersama-sama cucu kesayangannya.

0 comments:

Post a Comment

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template