UPNM

Assalamualaikum..

Bermula semalam maka debat gender kebangsaan pun berlangsunglah di UTM. Kelas kan tema debat? Tapi saya tidak akan menjadi pengulas untuk program tersebut, saya hanyalah bertugas sebagai pemandu pelancong tak beriktiraf untuk anak sepupu saya dan kawan2 nya yang merupakan peserta debat berkenaan. Mereka yang mewakili UpNM ini seramai 8 orang tetapi hanya 4 yang berdebat manakala yg baki as reserve. Semua depa ni muda2 lagi, paling tua pun berusia 20 tahun. Hah.

Dek kerana pertama kali sampai di Johor lebih2 lagi di UTM mereka sangatlah eksaited nak melawat tempat2 best di sini. Part paling pening untuk dipikirkan. Setiap orang yang datang ke sini saya pasti pening nak pikir mana tempat yang best untuk dibawa. Tambah2 lagi mereka sudah pun melawat Johor Premium Outlet yang merupakan salah satu tempat menarik dalam list "untuk dibawa jika kawan2 datang Johor". Kena pangkah sudah 1 tempat. Malam 1st saya bawa mereka makan nasi ayam penyet BiBik Taman U yang sedap. Kalau datang UTM tak makan ayam penyet memang bapak rugi ar... Then, menuju pula ke rumah kedua bebudak sini iaitu Jusco. Seronok bawak bebudak ni jenjalan. Depa sangat teruja dengan Jusco Taman U. Biasalah...siapa saja yang tak teruja datang sini. Sebab tu Dr.Aznizam gelarkan Jusco as rumah kedua bebudak UTM.

Selepas itu kami ke Giant Umall pula. Dekat saja jarak antara kedua buah pasaraya itu. Sekali lagi keterujaan bebudak ni menghiburkan hati saya. Berbeza dengan Jusco, Giant Umall lebih kepada family store. Baju kurung, tudung, karaoke & wayang ada disini tak seperti di Jusco yang lebih kepada kedai barangan branded. Selepas membeli peralatan wajib, kami pulang ke UTM. Tak mahu terlalu lambat membawa bebudak ini pulang kerana mereka masih punya kerja selepas itu. Tugasan mencari fakta untuk diperdebatkan. Kemah keming aih. Nasib bebudak ni baik sebab malam tu order durian crepe saya siap. Saya sharing durian crepe dengan mereka, lagi sekali reaksi mereka sangatlah menarik sampai saya menyesal tak beli banyak2. Ada yang tak sempat merasa durian crepe yang glamer itu. Minta saya untuk orderkan lagi. Sedap sangat kot..bagi saya boleh aja..kalau lagi manis lagi sedap..

Malam esok saya tak tahu nak ke mana... Will pikiaq later..



Saya yang 26 tahun dengan bebudak 18 tahun serta durian crepe. Tak nampak banyak beza kan..

0 comments:

Post a Comment

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template