Melaka Part 2: Melaka River Cruise

Assalamualaikum...

Menyambung cerita pasal Melaka trip hari tu. Setelah hantar adik Sha pulang ke Utem, kami straight menuju Melaka River Cruise. Antara aktiviti wajib untuk visitor yang datang ke Melaka.

Sungai Melaka merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dari tahun 1402-1511. Jadi sepanjang sungai Melakai ada macam-macam benda menarik yang dipersembahkan.

Details:

Tempoh Masa: 30 minit – 40 minit
Harga Tiket:

Dewasa RM 10.00
Kanak-kanak ( 3 – 12 tahun) RM 5.00



Selepas membeli tiket, kita kena tunggu turn dengan sabar untuk menaiki boat. Jagan rerebut, boat banyak.


Sepanjang perjalanan, jurupandu boat akan memberitahu nama jambatan dan tempat menarik yang boleh dilihat. Jambatan yang diubahsuai dan diupgrade dengan lampu2 yang indah sgt menambat hati.


Selain jambatan, bangunan2 di sepanjang sungai juga dilukis dengan mural oleh para pelajar UiTM, mural2 itu banyak memaparkan kehidupan masyarakat Malaysia yang multicultural ini.

Adik saya dan Sha berlatarbelakangkan kampung Morten

Kampung Morten yang terletak di tengah Bandaraya Melaka , adalah satu-satunya perkampungan Melayu di Bandar Melaka.
Kampung ini dianggap sebagai muzium hidup memandangkan ramai penduduknya masih mengamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah dan banyak mempamerkan keunikan rekabentuk rekaan rumah mereka.
Perkampungan ini dinamakan sempena nama J.F Morten , pesuruhjaya Tanah apabila suruhanjaya tersebut ditubuhkan pada awal 1920-an.Morten telah memainkan peranan untuk membina perkampungan ini , yang dahulunya hanya merupakan sebuah kawasan paya. (Wikipedia)

Melaka river cruise is a must have experience for those who are visitting Melaka & I think that's all for part 2. I will continue this Melaka series with Part 3 later, including Perigi Hang Tuah and Rumah Tradisional Melayu Melaka. ❤

Posted via DraftCraft app

0 comments:

Post a Comment

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template