Ho Chi Minh:Day 2

0 comments
Assalamualaikum...

Kami bangun pagi hari dengan niat nak lupakan kejadian ditipu di hari pertama, it's Mekong Delta tour today! Can't let anything to spoil our travel mood.

Kami memakai t-shirt Viet yang sama coraknya tetapi lain kaler. Get the feeling sis! Pagi tu selepas breakfast maggi, nescafe & milo dlm bilik hotel kami terus menanti Miss Kanh. Breakfast memang disediakan oleh pihak hotel tapi uh non-halal gitu.

Dari HCM ke Mekong yang terletak di Selatan Viet mengambil masa kurang lebih 2 jam. Dalam bas ada family from Malaysia and bakinya people around the globe gathered. Ada yang memilih 2 day tour in Mekong tapi kami kejar masa so, 1 day tour dah cukup.



Sampai di My Tho, kami menaiki local motor along Dragon Island, Pheonix Island, Turtle Island and lastly, Unicorn Island. Boat berhenti setiap pulau and masing2 ada aktiviti menanti. 1st stop di Ben Tre kami dibawa melawat handmade coconut candy workshop.


Acara chop kelapa ni kat Kedah pun ada, so tak berapa nak berminat sangat.


Yang ni berminat, pekerja kat sini sangat skillful menggunakan parang besaq potong candy manually dengan saiz yang sama. Dia tak perlu ukur2 semua tu, terserah pada pengalaman beliau saja. Fuh. Then, kami dibawa menaiki kereta kuda. Pergh! Must have experience. Berdebaq ja tengok mak cik tu bawak...Kami dudui rapat2 sebab takut, dia marah duduk jarak2 sebab tak balance. Saya kat hujung tau..seram aih.

Naik boat and then, kami dibawa lunch di sebuah pulau. Disebabkan non-halal, kami blah aja dari restoran. Our tourist guide,Han said the food is for vegetarians so we can eat. He was clearly doesnt understand what makes a food halal. It's okay, kami punya masa melepak sekitar pulau smbil tgk buaya bertelur.


Buaya kat sini bukan main besar and banyak. Setel di pulau tu, naik boat &kami proceed to Unicorn Island untuk merasai pure honey....

Sebabkan skip lunch tadi, now minum lah.

Dan buahbuahan tempatan sambil menjamu halwa telinga dengan lagu2 Viet. Of course everything for free tapi depa jenis mintak tips. Kalau ada duit lebih bagi lah. Seterusnya, kami transit to rowing boat kecik menyusuri Delta Mekong. 1 boat kena ada 4 orang, so ada mamat amerika who is happened to travel alone kena naik dengan kami. Mangsa jadi tukang amik gambaq.

Naik boat kecik ni option juga. Ada yang memilih Mekong Floating Market so tak boleh merasa naik bot ni. Saya recommend naik yang ni tau.

Topi yang dipinjam untuk pakai tu sesuwai sangat digunakan sepanjang naik bot. Terasa dekat dengan local people gitu. Kat sini pun kena bagi tips tau, sebenarnya tips tu terserah kita nak bagi berapa tapi pakcik and makcik pengayuh mintak 10usd! No way la nak bagi kan..kami bagi sesuwai mungkin ja.

*naik bot ni tangan jari jemari jangan pegang kat tepi bot sebab bot2 dekat and selalu berlanggar satu sama lain.takut terkepit sakit lak. Letak tangan kat dalam.

Then, tamatlah tour tu. Another 2 hrs ke HCM and kami sampai Ben Thanh market dah tutup. Kami carik Apple store di SaigonPlaza untuk beli universal charger, cucuk duit di atm, pi butik Minh Collection untuk cari jubah murah rm50-60 ja, & makan!

Malam ni kami makan di Restoran Serai kepunyaan orang Malaysia. Yang bestnya restoran ni wifi dia laju dan nyaman. masuk situ, kumpul duit kira bajet la. yang lg best dia lebih murah daripada VN Halal dan makanan dia semua sedap2. Jadi port kami untuk malam2 seterusnya. Tapi tang kopi tetap menang VN Halal lah.


Another round di night market dan balik hotel. Penat & esok Chu Chi tunnel pula mau diexplore.

Ho Chi Minh:Day 1

29 comments
Assalamualaikum....


Setelah siap preparation, bermulalah pengembaraan kami ke Ho Chi Minh (HCM). Saya dari Melaka dihantar ke LCCT oleh adik dan tunangnya manakala Trah & Zai dihantar oleh family memasing. Perjalanan KL ke HCM mengambil masa lebih kurang 2 jam. So, kami sampai dalam 11.30pg. Kami terus check-in hotel, simpan beg dan mulakan meredah jalan mencari tempat2 dalam wanted list.Tempat penginapan kami An Tham 2 hotel terletak jauh byk dari tempat orang Malaysia suka pergi so kami kena survey tempat dulu lah.



1st place, Ben Thanh Market dah dijumpai lokasinya, kami proceed mencari kedai makanan halal pula. VN Halal dekat saja dari Ben Thanh, cuma beberapa minit berjalan dah jumpa. Kami mencuba kopi Viet yang dikatakan no.2 tersedap ni dunia ni (1st is Brazil) and pho mee.


Marbeles dua nih, wajib mencuba! Sampai addicted lah kami dibuatnya. Selepas itu, kami proceed mencari tourist guide untuk ke Mekong and Chu Chu Tunnel pula. After buat research after research, kami shortlist few agents antaranya Saigon Pink Hotel punya pakej, hotel kami punya pakej and Sinh Cafe ternyata paling murah. Tetapi, on the way ke Sinh Cafe ada a very nice lady yang offer service dia. Kami dengar semua pakej dia and minta diri ke Sinh Cafe dulu. Kalau boleh kami nak yang paling murah & yang paling boleh dipercayai.

Then, lepas jumpa Sinh Cafe rupanya servis nice lady yang bernama Miss Kanh tu lagi lagi lagi murah! Kami amik pakej

1) Mekong Delta 1 Day Tour - 10 usd or 207,000 vnd
2) Chu Chi Tunnel Half Day Tour - 6 usd or 123, 000 vnd
3) HCM Half Day Tour - 6 usd
4) Water Puppet Show kalau beli tiket sendiri 10 usd tapi if amik dengan Miss Kanh 8 usd termasuk taxi pergi balik.

Sangat murah tau sebab hotel kami amik 24 usd untuk ke Mekong sahaja. Yang lagi best, Miss Kanh personally datang jemput depan hotel ke bas.





Miss Kanh sebenarnya baru beberapa bulan ja buka travel agensi dia, after dia kahwin. Kami merupakan pelanggan from Malaysia yang pertama dia. Dia jaga kami dengan baik. Dia ajar kami tengok peta Viet, belikan simcard & topup, hantar ke restoran halal and bagi voucher teksi murah ke airport. Sekiranya berminat silalah hubungi Miss Kanh di:

VN LOTUS TRAVEL, add: 210A De Tham St., Pham Ngu Lao Ward, District 1, HCM. Tel: +84-8-39209853/ +84905058514, Website: vietnamtourslotus.com and Emel: info@vietnamtourslotus.com.

Cawangannya di Hanoi baru sahaja dibuka, alamatnya:

Ha Noi Branch Add: 1A Ma May St, Hang Buom Ward, Hoan Kiem Dist., Ha noi, Vietnam Phone: +84.4.62 914 617 Hotline: +84.1684800568 (Ms. Dao) Email: daotravelagency@gmail.com https://www.facebook.com/daos.travelagency

Kemudian, kami berjalan kaki menuju ke Ben Thanh ( sempat 1 jam kat sana, tutup 6pm) yang letaknya tak jauh dari tempat travel tourist dan night market untuk shopping baju untuk esok lusa. Kami bawa sedikit ja baju ke sana. Peringatan! Jangan beli barang di night market! Seriously, asik kena tipu je kat sana. Kalau boleh beli barang kat Ben Thanh ja, harganya dikawal oleh kerajaan Viet.

Contoh penipuan yang menggeramkan:
1) Baju Tshirt Vietnam.
Kami pujuk rayu bagai dapat lah harga yang rasanya murah. Kami pun sangat hepi lalu borong untuk adik beradik dekat sejuta dong, tetapi bila last day kami shopping kat Ben Thanh harga lagi lagi murah. Tak perlu bargain dah sedia murah, sakit hati.

2) Key-chain
Kawan saya beli key-chain dapatlah 1 rm3 tapi the next day saya dan kawan lg sorang tekad nak bargain sampai dpt 1 rm1. Dapat! Hepi gila muka kami macam dah menang la. Si pekedai pula nampak sangat sedih sebab kalah. Tapi tau dak, last day kami tengok kat kedai sebelah Kedai Makan Adik Abang jual key chain yang sma 1 rm1 tanpa perlu bargain berjam2! Cis.

Memang pasrah aje lah 1st day tu..


Siap belibeli di night market, kami pulang ke hotel menaiki taxi ke hotel. Esok Mekong Delta tour akan bermula awal pagi.

10 years later: Project Kami

0 comments
Assalamualaikum...

--------------------------- 25.J.a.n.u.a.r.i.1999 ---------------------------
Hari pendaftaran pelajar-pelajar baru di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena. Muka sangat muram dihiasi perasaan hiba & sedih nak berpisah dengan mak ayah for the first time.

Prefect: adik nama apa?
Adik: Nurul Ekmi
Prefect: ok, ni kakak angkat adik. Namanya Kak Baiti, nanti dia akan jaga adik.
Adik: hmm...ok
Kak Baiti: jom pi mendaftar asrama pulak
....

Kak Baiti: Ekmi dapat dorm CO2 side B, katil 27.
Adk: hmm..ok..
....

Mata berkaca2 tengok mak ayah balik.

"Sampai hati tinggai cek!!"

--------------------------- 1.9.9.9---------------------------

Few months later
Dia dah senyum gembira dengan jiran sekatil!
dan rakan sekelas!

Ambil gambar dengan anak Ustaz Ilyas pon boleh.

Paling disukai, mengacau kawan2 yang sedang berPrep malam
Buka dia saja, sebenarnya prep malam paling best untuk bersukaria.hehe.

--------------------------- S.e.p.t.e.m.b.e.r.2003 ---------------------------

Bersuka2 sangat..tak sedar tempoh mereka di Saina semakin sampai ke penghujung.

bencana yang bernama SPM sedang menanti. Usaha penat lelah menuntut ilmu bakal diuji dan selepas inilah penentuan masa depan.

Kawan yang bersama2 dari Tingkatan 1, kita akan berpisah selepas ini. Maka, mari simpan kenangan habis habisan!

Dinner Tingkatan 5, kelas 5S


Dinner Kelas 5S
Jamuan akhir Persatuan Seni. The best persatuan ever, dye baju sukan, buat banner event sekolah, kain rentang & mural.

And the last picture of bebudak dorm CO2/B yang sudah 5 tahun bersama

We're always be!


--------------------------- 17.f.e.b.r.u.a.r.i.2013 ---------------------------

dah 10 tahun meninggalkan sekolah. Dia yang dahulunya sudah melepasi bala SPM sedang menghadapi ujian PHD pula. Matriks, degree dan master sudah dilepasi dengan perit jerih. Kawan-kawan lain sudah pun punya kerjaya masing. Sangat hebat.

We're here again after 10 years. Kalau peka, carilah muka 3 orang ni di dalam picture CO2/B yang sebelum. Tak berubah lsg!Percayalah~

Merbau masih juara keseluruhan. As expected, rumah sukan siapa kan..?

The best part is, mural yang dilukis after PMR 2001 masih dikekalkan oleh pihak sekolah. Terharu. Sobs.. (2 people were there,kena mention ni)

Gaya peace di tangan masih ada tanpa mengira tahun, oh.

Alhamdulillah. Sangat hepi dapat balik sekolah walaupun sekejap. Kutip balik semangat untuk buat phd dengan baik. Dulu boleh kenapa sekarang tak boleh?

Saya percaya sudah ramai pemimpin berjaya dilahirkan. At least, pemimpin diri sendiri.


Buat Anie dan Athirah, jumpa lagi! Terima kasih buatkan impian ke sekolah after 10 years tercapai
Buat Saina Batch 99'-2003, Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah tetap hidup dalam ingatan kita. 15 years already! Selamat berkawan sampai bila2!


Melaka Part 3: Perigi Hang Tuah

5 comments
Assalamualaikum..

Amboih lamanya entri pasal Melaka di pause kan. I was so excited about HCM trip and had forgotten that the last part of Melaka trip that still has not yet published. I covered about Menara Taming Sari and Melaka River Cruise in my past entries and in this entry i'll share about The historical Perigi Hang Tuah,Rumah Tradisional Melaka and asam pedas nyum nyum...

As the last day of our travel, we decided to stop by at Perigi Hang Tuah. It's location is in Kampung Duyong and only 15minutes from my sister's house.

Selain dikatakan tidak pernah kering walaupun ketika musim kemarau, air perigi ini juga dikatakan mujarab sebagai ubat and ada yang buat bisnes jual air perigi ni. Semuanya tidak akan terjadi melainkn dengan izin Allah pastinya.

Berjalan sikit dari perigi kelihatan sebuah rumah yang menarik perhatian kami. Itu lah dia rumah tradisional Melaka, bayaran tak berapa ingat tapi rasanya not more than RM 5/ person.


Rumah ini merupakan usaha terbaik pihak disitu untuk mengekalkan rumah asal orang Melayu untuk tatapan pemuda pemudi generasi milenia kini. Di dalamnya dipamerkan tilam, pinggan mangkuk, dapur, perkakasan rumah orang dolu2.


Permainan triple congkak seperti gambar di atas tidak pernah wujud di dalam zaman apa pun, ianya sekadar lakonan. Mohon jangan ada yang kompius.

Baju pengantin ni boleh disewa untuk sesi fotografi dalam rumah ni. Hanya mampu melihat, pengantin lelaki belum diketahui lokasinya...

Katil orang dolu2 sangat tinggi...

Dapur kayu dan belanga diperbuat dari tanah. Sihat dan menyihatkan. Chemicals free~

Seterusnya,kami melanjutkan perjalanan mencari makanan trademark orang Melaka selain cincalok iaitu asam pedas. Menurut adik saya, asam pedas tersedap di sana cuma dibuka kedainya bermula petang sampai ke malam. Jadi, memang bukan rezeki kami lah sebab Sha plan balik KL after lunch. Namun begitu, adik membawa kami merasai juga asam pedas di foodcourt Mydin. Bolehlah daripada tak dak. Rasanya sedap juga and harganya boleh tahan.

Travel kami berakhir setelah hantar Sha menaiki LRT di Seremban. Melaka is indeed negeri bersejarah. Rasanya everyone here in Malaysia kalau mampu ke tempat hebat2, stop sekejap di Melaka juga bagus. So may things about our cultures were originated from there and we can learn so much from it.

Next holiday with Sha will be in April, USS Temasik here we come~




Ho Chi Minh: Part 1

8 comments
Assalamualaikum..

3 hari yang lalu saya ke Ho Chi Minh City, Vietnam selama 5 hari 4 malam. That trip was my first outing to oversea gitu, so banyak sangat benda baru yang dipelajari. Jauh perjalanan luas pengalaman kata orang. Saya ke sana bersama Athirah (kawan sekolah) and Zai (kawannya Athirah). Memang rasa macho keluar negara tiga2 orang anak gadis ja, masing2 first time di Vietnam dan Alhamdulillah kami had so much fun there. Ada satu perkara lawak juga happened to us bila kami makan dalam satu restoran halal & pakcik2 Pengetua from Malaysia tegur "Tiga orang ni yang dok depan kita dalam flight. Masuk kalut2,semua orang dok tengok ja diorang ni" Kami tak perasan lsg ada mata2 memandang, dok bergambar tak sedar diri. Nasib baik masih sopan. Jadi, there were a few things yang sangat valuable untuk dikongsi bersama sapa2 lagi yang bakal ke sana. Makanya, untuk entry yang pertama ini saya akan mencatatkan beberapa tips & preparation to go there. Seriously,i faced both bad & good things at that motobike's land & there are too many things to note down in here. We went there without package and bila sampai sana baru walk-in mana2 tour agensi.

Preparation

1) Tiket flight.
Ini sangatlah penting. Kalau boleh beli time AirAsia tengah promo. Sangat murah. Saya dapat RM 214 (plusminus) return. Pergi no luggage, balik tambah 20kg.

2) Pasport.
Saya buat pasport a week before fly. Nasib baik tak ada masalah. Sesapa yang menetap area Johor pergilah buat pasport di Imegresen pasaraya Kulai. 45mins siap terus. Tak perlu borang, bawak ic and gambaq 2 keping siap!

3) Duit poket/shopping/ tambang teksi

Makesure ada 3 jenis duit ni dalam purse. Selepas membaca nasihat didalam beberapa blog & dengaq pengalaman kawan2 yang pernah ke sana, saya tukar sejuta dong (VND), ratus2 dollar (USD) and bawak beberapa ringgit (MYR). Dong tukar sikit je di Malaysia, sampai sana cari jewellary yang offer money changer, tukar USD to VND di sama lebih untung.

4) Beg
Bab beg ni saya so kompius. 1st time pergi jenjalan oversea, so taktau nak bajet berapa helai baju untuk dibawa. Selepas bincang2 dengan kawan2, saya bawa tiga beg: Beg silang (letak iPad, Blackberry, purse, passport), Bagpack (letak baju 3 helai & masuk dlm luggage) & luggage. Baju bwk sikit je sebab dh rancang nak beli tshirt and pakai terus. Jimat space sebaik mungkin, byk ni order.

5) makanan
Saya punyala bawa 5 megi segera & nescafe 3-in-1 tapi mkn 1 ja. Now, dh byk kedai halal yang sedap2, terasa rugi tak try. Ada kedai makan Abang Adik, VN Halal, Serai, Hajah Basiroh

6) Universal charger
Benda ni saya sangat2 sedih. Viet guna plug kaki 2, so BB ok ja tp iPad haru. 1st day beli kat kedai biasa, kena tipu! Guna 30 minit dah boleh cas, esoknya cari kedai iPad accessories di celah2 Ho Chi Minh baru jumpa yang genuine. Rugi rm50 kat situ.

7) peta or kad
Kat sana tak ramai boleh berbahasa BI. Even left right pun tak tahu, so semoleknya print sesiap peta and alamat hotel and tempat yang nak pergi. Kami tak print siap2, jenuh keluarkan iPad yg gedabak ni setiap kali driver teksi tanya mana nak pergi.


Well, that's all kot. kalau ada lagi teringat, i'll put in the next part later. Pengalaman hari pertama dan kedua kami di Ho Chi Minh dah siap :).
 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template