10 years later: Project Kami

Assalamualaikum...

--------------------------- 25.J.a.n.u.a.r.i.1999 ---------------------------
Hari pendaftaran pelajar-pelajar baru di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena. Muka sangat muram dihiasi perasaan hiba & sedih nak berpisah dengan mak ayah for the first time.

Prefect: adik nama apa?
Adik: Nurul Ekmi
Prefect: ok, ni kakak angkat adik. Namanya Kak Baiti, nanti dia akan jaga adik.
Adik: hmm...ok
Kak Baiti: jom pi mendaftar asrama pulak
....

Kak Baiti: Ekmi dapat dorm CO2 side B, katil 27.
Adk: hmm..ok..
....

Mata berkaca2 tengok mak ayah balik.

"Sampai hati tinggai cek!!"

--------------------------- 1.9.9.9---------------------------

Few months later
Dia dah senyum gembira dengan jiran sekatil!
dan rakan sekelas!

Ambil gambar dengan anak Ustaz Ilyas pon boleh.

Paling disukai, mengacau kawan2 yang sedang berPrep malam
Buka dia saja, sebenarnya prep malam paling best untuk bersukaria.hehe.

--------------------------- S.e.p.t.e.m.b.e.r.2003 ---------------------------

Bersuka2 sangat..tak sedar tempoh mereka di Saina semakin sampai ke penghujung.

bencana yang bernama SPM sedang menanti. Usaha penat lelah menuntut ilmu bakal diuji dan selepas inilah penentuan masa depan.

Kawan yang bersama2 dari Tingkatan 1, kita akan berpisah selepas ini. Maka, mari simpan kenangan habis habisan!

Dinner Tingkatan 5, kelas 5S


Dinner Kelas 5S
Jamuan akhir Persatuan Seni. The best persatuan ever, dye baju sukan, buat banner event sekolah, kain rentang & mural.

And the last picture of bebudak dorm CO2/B yang sudah 5 tahun bersama

We're always be!


--------------------------- 17.f.e.b.r.u.a.r.i.2013 ---------------------------

dah 10 tahun meninggalkan sekolah. Dia yang dahulunya sudah melepasi bala SPM sedang menghadapi ujian PHD pula. Matriks, degree dan master sudah dilepasi dengan perit jerih. Kawan-kawan lain sudah pun punya kerjaya masing. Sangat hebat.

We're here again after 10 years. Kalau peka, carilah muka 3 orang ni di dalam picture CO2/B yang sebelum. Tak berubah lsg!Percayalah~

Merbau masih juara keseluruhan. As expected, rumah sukan siapa kan..?

The best part is, mural yang dilukis after PMR 2001 masih dikekalkan oleh pihak sekolah. Terharu. Sobs.. (2 people were there,kena mention ni)

Gaya peace di tangan masih ada tanpa mengira tahun, oh.

Alhamdulillah. Sangat hepi dapat balik sekolah walaupun sekejap. Kutip balik semangat untuk buat phd dengan baik. Dulu boleh kenapa sekarang tak boleh?

Saya percaya sudah ramai pemimpin berjaya dilahirkan. At least, pemimpin diri sendiri.


Buat Anie dan Athirah, jumpa lagi! Terima kasih buatkan impian ke sekolah after 10 years tercapai
Buat Saina Batch 99'-2003, Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah tetap hidup dalam ingatan kita. 15 years already! Selamat berkawan sampai bila2!


0 comments:

Post a Comment

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template