Ho Chi Minh: Part 1

Assalamualaikum..

3 hari yang lalu saya ke Ho Chi Minh City, Vietnam selama 5 hari 4 malam. That trip was my first outing to oversea gitu, so banyak sangat benda baru yang dipelajari. Jauh perjalanan luas pengalaman kata orang. Saya ke sana bersama Athirah (kawan sekolah) and Zai (kawannya Athirah). Memang rasa macho keluar negara tiga2 orang anak gadis ja, masing2 first time di Vietnam dan Alhamdulillah kami had so much fun there. Ada satu perkara lawak juga happened to us bila kami makan dalam satu restoran halal & pakcik2 Pengetua from Malaysia tegur "Tiga orang ni yang dok depan kita dalam flight. Masuk kalut2,semua orang dok tengok ja diorang ni" Kami tak perasan lsg ada mata2 memandang, dok bergambar tak sedar diri. Nasib baik masih sopan. Jadi, there were a few things yang sangat valuable untuk dikongsi bersama sapa2 lagi yang bakal ke sana. Makanya, untuk entry yang pertama ini saya akan mencatatkan beberapa tips & preparation to go there. Seriously,i faced both bad & good things at that motobike's land & there are too many things to note down in here. We went there without package and bila sampai sana baru walk-in mana2 tour agensi.

Preparation

1) Tiket flight.
Ini sangatlah penting. Kalau boleh beli time AirAsia tengah promo. Sangat murah. Saya dapat RM 214 (plusminus) return. Pergi no luggage, balik tambah 20kg.

2) Pasport.
Saya buat pasport a week before fly. Nasib baik tak ada masalah. Sesapa yang menetap area Johor pergilah buat pasport di Imegresen pasaraya Kulai. 45mins siap terus. Tak perlu borang, bawak ic and gambaq 2 keping siap!

3) Duit poket/shopping/ tambang teksi

Makesure ada 3 jenis duit ni dalam purse. Selepas membaca nasihat didalam beberapa blog & dengaq pengalaman kawan2 yang pernah ke sana, saya tukar sejuta dong (VND), ratus2 dollar (USD) and bawak beberapa ringgit (MYR). Dong tukar sikit je di Malaysia, sampai sana cari jewellary yang offer money changer, tukar USD to VND di sama lebih untung.

4) Beg
Bab beg ni saya so kompius. 1st time pergi jenjalan oversea, so taktau nak bajet berapa helai baju untuk dibawa. Selepas bincang2 dengan kawan2, saya bawa tiga beg: Beg silang (letak iPad, Blackberry, purse, passport), Bagpack (letak baju 3 helai & masuk dlm luggage) & luggage. Baju bwk sikit je sebab dh rancang nak beli tshirt and pakai terus. Jimat space sebaik mungkin, byk ni order.

5) makanan
Saya punyala bawa 5 megi segera & nescafe 3-in-1 tapi mkn 1 ja. Now, dh byk kedai halal yang sedap2, terasa rugi tak try. Ada kedai makan Abang Adik, VN Halal, Serai, Hajah Basiroh

6) Universal charger
Benda ni saya sangat2 sedih. Viet guna plug kaki 2, so BB ok ja tp iPad haru. 1st day beli kat kedai biasa, kena tipu! Guna 30 minit dah boleh cas, esoknya cari kedai iPad accessories di celah2 Ho Chi Minh baru jumpa yang genuine. Rugi rm50 kat situ.

7) peta or kad
Kat sana tak ramai boleh berbahasa BI. Even left right pun tak tahu, so semoleknya print sesiap peta and alamat hotel and tempat yang nak pergi. Kami tak print siap2, jenuh keluarkan iPad yg gedabak ni setiap kali driver teksi tanya mana nak pergi.


Well, that's all kot. kalau ada lagi teringat, i'll put in the next part later. Pengalaman hari pertama dan kedua kami di Ho Chi Minh dah siap :).

8 comments:

  1. ala kemi lupa nak habaq pasai universal charger tu..kami siap2 beli kt mesia..takpe pengalaman mematangkan diri..hehehe

    ReplyDelete
  2. kemi..bestnya pi jejalan.pi dgn sapa lagi?btoi2 universal charger tu mmg sangat penting.

    ReplyDelete
  3. Farag: betui la. byk pengalaman leh dapat time nengok tmpt orang. so hepi~

    Kema: Kami p ngn Trah kwan sekolah and Zai kawan kepada Trah. Bertiga ja

    ReplyDelete
  4. OMG ekmi.. aku baru singgah blog ni.. bestttt - athirah- :)

    ReplyDelete
  5. Haha Trex, jumpa jugak no..segan la blog x menarik sgt

    ReplyDelete
  6. Lorr dh lm tau psl blog hg. Maksud aku br bc psl entry ke hcm ni :p

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.
    Just nak kongsi pengalaman membeli kain dan menempah baju di Ho Chi Minh.Sebelum pergi sy mmg dah byk buat research tapi dlm byk2 tu tidak ada blog yg nasihatkan tentang cara utk dielak ditipu oleh peniaga2 yg mmg berniat utk menipu ketika membeli kain ela dan menempah baju.Maklumlah mereka bukan Islam.
    1) Saya ada beli kain ela disana.So utk buat baju Melayu sahaja atau blaus labuh kita memerlukan 2m kain bidang 60'.Kita bayar utk harga 2m tapi bila balik saya nak tempah,tailor kata cuma 1.5m.ada yg tak sampai 1.5m pun.Mak mertua saya beli kain utk sepasang baju kurung 3.5 m tapi sebenarnya dia bagi cuma 3m.Jadi bila nak beli kain sila bawak tape utk ukur.confirm betul2.
    2)Masa beli kain mereka hanya tunjukkan sample.dan mereka akan memotong di tempat lain.Jadi pastikan kain yg sampai pd anda adalah jenis yg sama dgn yg sample anda pilih tadi.Saya terkena apabila dia bwik kain yg lebih keras.discuss punya discuss last2 dia mengalah.tukar yg betul punya.
    3)Bila nak beli kain di satu kedai dalam masa yg sama anda hendak menempah baju dikedai itu juga,pastikan anda suruh dia kira harga sepasang baju.bukan asing2.kalau tak buat mcm ni anda akan tertipu dgn upah yg lebih mahal.bila dah byk2 beli kita pun confius.
    4)Bila nak tempah elok bwk sample baju itu lebih baik.
    5)Belilah brg2 di Pasar Ben Tanh tu dalam RM.Itu lebih menguntungkan.
    6)kalau beli barang2 lain spt Bag/purse/travel bag pastikan first tawar 1/3 harga yg ditawarkan.kalau dia tak bagi jugak blah jer.byk kedai lain.confirm dia akan bagi jugak.kalau lebih pun sikit jer.
    7)kalau dia tanya berapa max price yg kita mampu,ckp jer 1/3 dari harga asalnya.

    harap dapat membantu.

    wassalam

    ReplyDelete

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template