Ho Chi Minh:Day 1

Assalamualaikum....


Setelah siap preparation, bermulalah pengembaraan kami ke Ho Chi Minh (HCM). Saya dari Melaka dihantar ke LCCT oleh adik dan tunangnya manakala Trah & Zai dihantar oleh family memasing. Perjalanan KL ke HCM mengambil masa lebih kurang 2 jam. So, kami sampai dalam 11.30pg. Kami terus check-in hotel, simpan beg dan mulakan meredah jalan mencari tempat2 dalam wanted list.Tempat penginapan kami An Tham 2 hotel terletak jauh byk dari tempat orang Malaysia suka pergi so kami kena survey tempat dulu lah.



1st place, Ben Thanh Market dah dijumpai lokasinya, kami proceed mencari kedai makanan halal pula. VN Halal dekat saja dari Ben Thanh, cuma beberapa minit berjalan dah jumpa. Kami mencuba kopi Viet yang dikatakan no.2 tersedap ni dunia ni (1st is Brazil) and pho mee.


Marbeles dua nih, wajib mencuba! Sampai addicted lah kami dibuatnya. Selepas itu, kami proceed mencari tourist guide untuk ke Mekong and Chu Chu Tunnel pula. After buat research after research, kami shortlist few agents antaranya Saigon Pink Hotel punya pakej, hotel kami punya pakej and Sinh Cafe ternyata paling murah. Tetapi, on the way ke Sinh Cafe ada a very nice lady yang offer service dia. Kami dengar semua pakej dia and minta diri ke Sinh Cafe dulu. Kalau boleh kami nak yang paling murah & yang paling boleh dipercayai.

Then, lepas jumpa Sinh Cafe rupanya servis nice lady yang bernama Miss Kanh tu lagi lagi lagi murah! Kami amik pakej

1) Mekong Delta 1 Day Tour - 10 usd or 207,000 vnd
2) Chu Chi Tunnel Half Day Tour - 6 usd or 123, 000 vnd
3) HCM Half Day Tour - 6 usd
4) Water Puppet Show kalau beli tiket sendiri 10 usd tapi if amik dengan Miss Kanh 8 usd termasuk taxi pergi balik.

Sangat murah tau sebab hotel kami amik 24 usd untuk ke Mekong sahaja. Yang lagi best, Miss Kanh personally datang jemput depan hotel ke bas.





Miss Kanh sebenarnya baru beberapa bulan ja buka travel agensi dia, after dia kahwin. Kami merupakan pelanggan from Malaysia yang pertama dia. Dia jaga kami dengan baik. Dia ajar kami tengok peta Viet, belikan simcard & topup, hantar ke restoran halal and bagi voucher teksi murah ke airport. Sekiranya berminat silalah hubungi Miss Kanh di:

VN LOTUS TRAVEL, add: 210A De Tham St., Pham Ngu Lao Ward, District 1, HCM. Tel: +84-8-39209853/ +84905058514, Website: vietnamtourslotus.com and Emel: info@vietnamtourslotus.com.

Cawangannya di Hanoi baru sahaja dibuka, alamatnya:

Ha Noi Branch Add: 1A Ma May St, Hang Buom Ward, Hoan Kiem Dist., Ha noi, Vietnam Phone: +84.4.62 914 617 Hotline: +84.1684800568 (Ms. Dao) Email: daotravelagency@gmail.com https://www.facebook.com/daos.travelagency

Kemudian, kami berjalan kaki menuju ke Ben Thanh ( sempat 1 jam kat sana, tutup 6pm) yang letaknya tak jauh dari tempat travel tourist dan night market untuk shopping baju untuk esok lusa. Kami bawa sedikit ja baju ke sana. Peringatan! Jangan beli barang di night market! Seriously, asik kena tipu je kat sana. Kalau boleh beli barang kat Ben Thanh ja, harganya dikawal oleh kerajaan Viet.

Contoh penipuan yang menggeramkan:
1) Baju Tshirt Vietnam.
Kami pujuk rayu bagai dapat lah harga yang rasanya murah. Kami pun sangat hepi lalu borong untuk adik beradik dekat sejuta dong, tetapi bila last day kami shopping kat Ben Thanh harga lagi lagi murah. Tak perlu bargain dah sedia murah, sakit hati.

2) Key-chain
Kawan saya beli key-chain dapatlah 1 rm3 tapi the next day saya dan kawan lg sorang tekad nak bargain sampai dpt 1 rm1. Dapat! Hepi gila muka kami macam dah menang la. Si pekedai pula nampak sangat sedih sebab kalah. Tapi tau dak, last day kami tengok kat kedai sebelah Kedai Makan Adik Abang jual key chain yang sma 1 rm1 tanpa perlu bargain berjam2! Cis.

Memang pasrah aje lah 1st day tu..


Siap belibeli di night market, kami pulang ke hotel menaiki taxi ke hotel. Esok Mekong Delta tour akan bermula awal pagi.

29 comments:

  1. thank you. info yang sangat hebat

    ReplyDelete
  2. hai.. saya dari Indonesia.. rencana Desember mau ke HCMC juga..
    thanks atas infonya..

    kalau sempat berkunjung juga ke http://darkcollector.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Andi, teringat masa saya ke Indonesia. Suka orangnya yang baik2.. Selamat bercuti ke HCMC ya

      Delete
  3. terbaik sis....saya pun ada contact Miss Kahn...
    www.anikitravellers.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good2. jgn cari travel guide yg mahal2. simpan duit pi shopping

      Delete
  4. As salam menarik juga ni..Thanks 4 info ye?..rencana ny nk be shopping tahun dpn.byk tips yg sy dpt entry yg berbeza :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aniza, jaga2 tau dgn orang sna. Diorg suka tipu. saya dah kena tu yang pulun letak tips ni. Happy shopping!

      Delete
  5. ekmi nak tanya. adakah setiap pakej tersebut termasuk pakej pergi dan balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mazurah, yep. Pergi dan balik. Tapi biasanya balik tu dia anta smpi travel agent punya kdai je, pastu kitorg jln kaki gi Ben Than. Dekat ja

      Delete
  6. ekmi nak tanya. adakah setiap pakej tersebut termasuk pakej pergi dan balik.

    ReplyDelete
  7. Thanks.maknanya ..masa pergi dia ambil kat hotel , masa balik dia hantar ke travel agent.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welkem. Yep, pegi dia mmg dtg amik kt hotel ke travel agent tmpat naik bas. Balik dr trip bas akan stop kt travel agent lps tu kita boleh buat haluan sndiri dh.

      Delete
  8. boleh email saya tak . saya igin mengetahu lanjut tentang harga pakej . sebab saya nk kesana february 2014 dengan kawan . so nak cari yang paling murah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azelah, harga pakej yg saya bagi kat dalam post saya tu plg murah tapi itu based on last year punya. Nak yang updated please pm Miss Kahn directly di fb beliau https://www.facebook.com/Vietnamtourslotus. She'll answer ur inquiries right away.

      Delete
  9. Terima kasih sbb ada blog ni..Kali pertama sy ke sana blog ni jadi rujukan saya..dan saya menggunakan perkhidmatan drp Ms.Khanh seperti yg anda catatkan.Ms.Khanh sangat baik dn sgt membantu serta harga tournya mmg murah.Next trip on Nov 13 ni sy masih menggunakan khidmat Ms.Khanh..

    ReplyDelete
  10. awak x amik full board pakej ye? saya plan nk pegi gak ni. ingat nk gerak sendiri je.tp tiket xde murah la skg ni -Nadia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nadia, x pun. ktorg backpacking je. Sesuaikan jadual ikut time sendiri.

      Delete
  11. Salam ekmi nk tny..pakej ke mekong tu sekali ngan makan ke? Halal x..or awk bwk mknn sendiri-yana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yana, sori lambat reply. Kitorg makan pagi tu sendiri beli kt kedai halal dekat Ben Thanh sbb pakej Mekong time tu x halal. Tapi now Miss Kahn dh buat pakej halal. try tnya dia kt fb dia

      Delete
  12. salam, nak pegi vietnam tahun dpn, bley bg detail hotel dgn transport yg murah tak, nnt emil kan dkat juna0687@yahoo.com tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel org Malaysia slalunya menginap di Saigon Pink hotel or any hotel near Ben Thanh Market. Banyak. Teksi naik kaler biru je selamat. Yg lain penipu. X ingat dh nama teksi dia. try google

      Delete
    2. salam, boleh tahu anggaran keseluruhan kos pergi secara backpacking ke sana? tq

      Delete
    3. Qiarisy, x brapa nk ingat tp rasa kurang dr rm350. Kalau awak nak info lbh lanjut blh emel Miss Kahn or cek fb diorang.

      Delete
  13. Tq 4 the info...
    ingat nk ke sana jg...
    Sdg survey tuk pakej yg berpatutan....

    ReplyDelete
  14. Saya juga baru dari HCMC bulan May kemarin. Saya dapat paket ke Cu Chi Tunnel cuma 84.000VND. Taxi yang recommended Vinasun atau Mailinh

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum tkasih atas info yg sangat baik.bercadang nak p bulan dis 14.ni.

    mohd shukor..guru alor setar

    ReplyDelete

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template