Ho Chi Minh:Day 2

Assalamualaikum...

Kami bangun pagi hari dengan niat nak lupakan kejadian ditipu di hari pertama, it's Mekong Delta tour today! Can't let anything to spoil our travel mood.

Kami memakai t-shirt Viet yang sama coraknya tetapi lain kaler. Get the feeling sis! Pagi tu selepas breakfast maggi, nescafe & milo dlm bilik hotel kami terus menanti Miss Kanh. Breakfast memang disediakan oleh pihak hotel tapi uh non-halal gitu.

Dari HCM ke Mekong yang terletak di Selatan Viet mengambil masa kurang lebih 2 jam. Dalam bas ada family from Malaysia and bakinya people around the globe gathered. Ada yang memilih 2 day tour in Mekong tapi kami kejar masa so, 1 day tour dah cukup.



Sampai di My Tho, kami menaiki local motor along Dragon Island, Pheonix Island, Turtle Island and lastly, Unicorn Island. Boat berhenti setiap pulau and masing2 ada aktiviti menanti. 1st stop di Ben Tre kami dibawa melawat handmade coconut candy workshop.


Acara chop kelapa ni kat Kedah pun ada, so tak berapa nak berminat sangat.


Yang ni berminat, pekerja kat sini sangat skillful menggunakan parang besaq potong candy manually dengan saiz yang sama. Dia tak perlu ukur2 semua tu, terserah pada pengalaman beliau saja. Fuh. Then, kami dibawa menaiki kereta kuda. Pergh! Must have experience. Berdebaq ja tengok mak cik tu bawak...Kami dudui rapat2 sebab takut, dia marah duduk jarak2 sebab tak balance. Saya kat hujung tau..seram aih.

Naik boat and then, kami dibawa lunch di sebuah pulau. Disebabkan non-halal, kami blah aja dari restoran. Our tourist guide,Han said the food is for vegetarians so we can eat. He was clearly doesnt understand what makes a food halal. It's okay, kami punya masa melepak sekitar pulau smbil tgk buaya bertelur.


Buaya kat sini bukan main besar and banyak. Setel di pulau tu, naik boat &kami proceed to Unicorn Island untuk merasai pure honey....

Sebabkan skip lunch tadi, now minum lah.

Dan buahbuahan tempatan sambil menjamu halwa telinga dengan lagu2 Viet. Of course everything for free tapi depa jenis mintak tips. Kalau ada duit lebih bagi lah. Seterusnya, kami transit to rowing boat kecik menyusuri Delta Mekong. 1 boat kena ada 4 orang, so ada mamat amerika who is happened to travel alone kena naik dengan kami. Mangsa jadi tukang amik gambaq.

Naik boat kecik ni option juga. Ada yang memilih Mekong Floating Market so tak boleh merasa naik bot ni. Saya recommend naik yang ni tau.

Topi yang dipinjam untuk pakai tu sesuwai sangat digunakan sepanjang naik bot. Terasa dekat dengan local people gitu. Kat sini pun kena bagi tips tau, sebenarnya tips tu terserah kita nak bagi berapa tapi pakcik and makcik pengayuh mintak 10usd! No way la nak bagi kan..kami bagi sesuwai mungkin ja.

*naik bot ni tangan jari jemari jangan pegang kat tepi bot sebab bot2 dekat and selalu berlanggar satu sama lain.takut terkepit sakit lak. Letak tangan kat dalam.

Then, tamatlah tour tu. Another 2 hrs ke HCM and kami sampai Ben Thanh market dah tutup. Kami carik Apple store di SaigonPlaza untuk beli universal charger, cucuk duit di atm, pi butik Minh Collection untuk cari jubah murah rm50-60 ja, & makan!

Malam ni kami makan di Restoran Serai kepunyaan orang Malaysia. Yang bestnya restoran ni wifi dia laju dan nyaman. masuk situ, kumpul duit kira bajet la. yang lg best dia lebih murah daripada VN Halal dan makanan dia semua sedap2. Jadi port kami untuk malam2 seterusnya. Tapi tang kopi tetap menang VN Halal lah.


Another round di night market dan balik hotel. Penat & esok Chu Chi tunnel pula mau diexplore.

0 comments:

Post a Comment

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template