Wedding di Jakarta

Assalamualaikum..

Weekend lepas saya ke Jakarta to attend Dirga's wedding yang diadakan on 3 March 2013 di Balai Sudirman, Jakarta. Dirga is the only ex-classmate yang berasal dari Indonesia so kalau boleh nak merasa adat pernikahan orang seberang jugak. Disebabkan geng2 kenduri ni tinggal saya dan Nadia ja yang masih single and masih pulun ke kenduri kawan2 so kami survey dulu tiket flight Airasia kot2 ada yang murah. Sepertinya rezeki memihak kepada kami, tiket flight Changi-Jakarta cuma RM180! Murah sangat.

Setelah planning selama beberapa bulan sebelum ini, kami memulakan perjalanan~.~

Johor Bharu- Changi International Airport, Singapore
Bila bagitau kami naik dari Changi ramai yang confuse tapi bila diexplain barulah depa faham. Changi is only 45mins from JB and 1h 45mjns from Jakarta, maka kos banyak dapat dikurangkan. Dari rumah sewa saya tumpang Ekin ke rumah Nadia sebab nanti gerak senang. Tidur dalam 4 jam or pukul 4.30 pagi Adik kawan Nadia dah redi untuk hantar kami ke Changi. Perjalanan smooth ja sepanjang tambak Johor, ada banyak motorsikal menuju Singapore. Kerja kot. Nak masuk Imegresen Singapore leceh juga, kena ada white card. Mujur Adik banyak membantu. Kami sampai Changi awal untuk get ready and tak familiar dengan aiport sana so kena pi awal la walaupun departure time pukul 9am.

Magnetic ball tu sangat amazing, the best part of Changi Airport,the best airport di dunia kot tak silap saya.

Changi-Bandara Soekarno Hatta Airport, Jakarta
Perjalanan cuma 1jam 45 minit. Sebabkan bangun awal pagi, naik flight tidor je lah. Disebabkan jam Indonesia lambat sejam, kami sampai Jakarta pukul 9.45 am waktu sana. Turun terminal 3.

Jakarta-Bandung
Ada 3 methods yang glamer, plus minus 3 jam jugak.

1) naik bas Primajasa, kaunter kat luar terminal ja. 75,000 rupiah. Tak naik. Kawan saya naik dan berkata "Tak selesa, kena bersesak, macet"
2) naik van berekon, kaunter sebelah kaunter bas Primajasa. 105,000 rupiah. Pergi naik nih. "Selesa sangat, macet tapi boleh menyelit"
3) naik train. Kena amik bas Damri dari airport and ke stasiun Gambir. 80,000 rupiah (ekslusif). Balik naik nih, the best! Ekon sejuk, seat selesa, ada makanan sedap.
Muka pi sebab sangat selesa.

Bandung
Sampai Bandung, hujan lebat ketika itu. Check in di Unique Guesthouse 2 Hotel dalam kebasahan. Beli kat Agoda ja, sebilik RM 46 bilik ekon untuk 2 orang and bathroom kena share ramai2. Layan ja semalam ja pon. Dekat dengan Pasar Baru yang murah kainnya. Lepas letak brg, keluar ke Pasar Baru dulu sebab tutup pukul 5. Beli chiffon adik pesan itu ini sampai kedai tutup. Memang murah amat disini. Nanti kahwin mai sini la.

Kami amik pak supir untuk hantar ke tempat makan, cari charger fon, factory outlet di Jaan Dato dan esoknya ke Toko Bidadari. Sebenarnya tak ramai yang tahu Toko Bidadari ni lebih murah harga kain pasangnnya cmpared to Pasar Baru. Depa supplier sana. Kami tau pun pak supir bagitau and ada jumpa sorang aunty from Johor jugak yang recommend pi sana dari pi Pasar Baru.

Dah dapat kain pasang & kain pelikat, kami terus ke Stasiun train untuk ke Jakarta pula.

Jakarta
Sesungguhnya lain benar dua daerah ni walaupun dalam negara yang sama. Jakarta dah macam super canggih bandaraya untuk orang kaya manakala Bandung penuh kemiskinan. Sampai di Studio One hotel kami berjalan kaki ke Grand Indonesia yang letaknya 10 mins dari hotel. Memang grand abis!

Esok pagi kami ke Tanah Abang sambung shopping. Pergh! Kat sini lagi lah menarik. Blouse, batik, baju bajuan saaaaangat murah. Peplum kegemaran adik saya cuma 156,000 rupiah = RM52 sepasang. Blouse 50,000-60,000rupiah =RM16 ja. Nasib baik banyak CIMB Niaga area situ so boleh la cucuk duit kalau nak shopping lagi. Order asik datang ja. Yang penting, activate cimb oversea via cimbclicks dulu di Malaysia, senang nanti.

Kami pulang ke hotel naik bajaj kalini. New experience gitu. Nak luruh jantung tengok depa menyelit and amik corner. Tapi best, esoknya pun naik bajaj lagi.hahaha...

Tebet
Kami bertolak 6.30 pm dari hotel ke Balai Sudirman. Masing2 terkejut sebab wedding sangat grand. Ayah Dirga geng2 pak menteri di sana. Dia anak sulung dari 2 beradik so, bayangkanlah betapa sinetronnya beliau.


Wedding di Indonesia lain benar dengan kita. Tetamu kena beratur sepanjang red carpet menunggu mempelai masuk. Tiada tempat duduk or meja untuk makan jadi kaki kena banyak berjalan lah.


Yang paling bestnya, wedding macam dinner or fashion show. Masing2 pakai lace, satin, chiffon and songket yang lawa2. Terasa kerdil diri ini walaupun memakai baju dan tudung yang dibeli di Vietnam. Uhuks.

Delegasi from Malaysia. Apabila mempelai sampai di atas pelamin bersama parents dari both sides, para tetamu kena beratur amik turn bersalaman dan ucap tahniah dengan mempelai atas pentas. Kiranya mempelai stay ja atas sana, biar tetamu ja naik. Tiada makan beradap & bersanding macam kita nih. Jangan la pi naik pentas nak amik pic sma2, asal dekat dengan pentas pun orang protokol dah tengok pelik.

Kami pulang ke hotel dalam hujan lagi. Pagi esok sebelum ke airport kami ke Tanah Abang lagi. Hehe. Banyak lagi nak beli.

Jakarta-Changi
Kami check out dari hotel pukul 1230 dan stay di airport sampai time departure pukul 6.45 pm. Kat airport Jakarta kena tax 150,000 rupiah so, put aside amount tu tempat lain. Kami sampai Changi dah malam. Adik amik and Nadia sent me home after that. Kami pulang dengan beg berisi baju2 yang dibeli, masing2 muka puas. Sambil menyelam minum air katanya.

Lastly, Barakallah Dirga and Dhea. May your wedding last forever till jannah and live ur marriage life happilly~


4 comments:

  1. wahhh best nyer sampai ke sana pegi kenduri kawin..

    ReplyDelete
  2. Akak, sementara murah layan aje..

    ReplyDelete
  3. kemi bestnya dapat melancong2. memang vogue baju2 depa kat sana.

    ReplyDelete
  4. bagos gak ni dpt info dari ekmi...ada rezeki nak g sana bulan mei shopping moping...hrp2 jd...=p

    ReplyDelete

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template