Beach and Beyond

Assalamualaikum...


Dah hampir-hampir 8 tahun di Johor buat kali pertamanya saya menjejak kaki di Desaru cuti sekolah yang lalu. Dan saya rasa tersangat rugi sebab baru mengetahui kebestan tempat ni. Nasib baik kawan terbaik saya, Anie cakap nak datang Johor dan nak sangat tengok pantai. Saya pun nak pergi pantai! Dalam otak saya kalau cakap pasal pantai kat Johor ni pastilah Mersing muncul. Tapi dulu time degree and master pun pergi Mersing so, saya survey2 tempat lain pulak. Tambahan pula, ke Mersing perlu minimum 3 jam driving. Jauh!

Cari mencari akhirnya dapat tahu pasal Highway Senai-Desaru yang baru siap, yang membuatkan perjalanan ke sana perlukn 1 hour driving ja.



Journey of 2 Kedahans di tanah Desaru & Kota Tinggi bermula awal pagi Sabtu. Exit dari highway kami sampai di checkpoint No.1: Desaru Fruit Farm kira2 45 minit dari UTM. Ketika kami sampai cuaca sangat baik, boleh merasai terik mentari gitu.



Ramai tourists dari Singapore di sana dok tunggu turn nak naik lori untuk melawat dusun pokok2 dan ada juga yang shopping buah buahan tempatan. Kami sempat grab 3 jenis buah dengan narga rm10. Lori yang membawa pengunjung masuk dusun buah datang setiap sejam setengah so kami dah terlepas 1 round and kena tunggu another round. Kami tak jadi naik sebab nak ke checkpoint seterusnya secepat mungkin. Kena kejar masa untuk check-in Mutiara Resort di Sedili Kechil pukul 2pm.

Drive another 10 mins kami sampai di checkpoint seterusnya iaitu Muzium Nelayan yang terletak di Tanjung Balau.


Muzium ni sangat menarik dengan segala macam info berkaitan nelayan dari jenis perahu, pukat, jenis ikan, proses buat pukat serta mentera2, harta dari kapal karam, kehidupan di kampung nelayan sampailah jenis2 upacara nak turun laut semua ada. Bagus sangat bawa famili datang sini sambil mandi manda di Pantai Tanjung Balau just diluar muzium.

Rambut blond gitu ha.

Muzium ni terdiri daripada rumah2 kecil yang dibahagikan ikut kategori. Main rumah ni sangat selesa dengan aircond dan penjagaan yang bagus. Harga masuk tak ingat berapa sebab dapat student price RM2. yeay!

"Welcome~" kata Anie.

Kehidupan nelayan dipersembahkan dalam bentuk dolls yang comey.


Jenis2 perahu dan kapal yang digunakan untuk menjala.

Hasil kapal karam yang berlaku perdekatan Pantai Desaru

Tinggalkan jejak sebelum berangkat pulang..

Banyak sangat info dalam muzium ni and a group of tourists from Singapore pun ramai di sini. Kami tak sempat berlama-lamaan di muzium sebab nak drive to Kota Tinggi pula, jauh lagi tu.


| Sempat lagi menikmati angin pantai Tanjung Balau yang letaknyanya betul2 belakang Muzium Nelayan. Ramai orang mandi manda sambil main wau. Nyaman~


Next checkpoint: Mutiara Motors Resort, Kg. Sedili Kechil, Kota Tinggi will be in the next entry.

0 comments:

Post a Comment

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template