Hen Gap Lai, HCM

Assalamualaikum...

Minggu ni terlebih rajin dapat produce 2 entries dalam masa 2 hari berturut-turut. Bukan rajin sebenarnya tapi sesak melayan kepala yang tepu dek tenggelam dalam technical writing si tesis yang tak habis2 maka berehat dengan menulis blog ini. Nak sambung cerita pasal the last part of our Ho Chi Minh trip. Sobs...dah nak abis..

      Selesai shopping di Ben Thanh, kami pulang ke hotel untuk mandi dan bersiapsiaga untuk menonton Vietnamese Water Puppet show yang sangat popular tu. Kepopularan dia sampai masuk RunningMan gitu ha. Kami jumpa Miss Kahn lagi sekali di depan dewan sebab dia yang belikan tiket. Sila take note - beli tiket dengan beliau much cheaper dari pergi beli sendiri.

Kami sampai Golden Dragon Theater lewat beberapa minit, show pertama sudah pun bermula ketika kami masuk ke dalam dewa. Persembahan sejam ni terasa sangat menghiburkan walaupun tak faham sepatah apa pun. Keterujaan melihat puppets yang bergerak2 dalam air dan kehepian jurunyanyi dan jurumuzik disebelah kolam air tu sampai kita pun terasa hepi. Puppeteers yang mengawal puppets berdiri disebalik skrin dan mengontrol puppets dengan mengunakan long bamboo rods dan string yang tersembunyi dibawah air. Tengoklah video yang sempat saya capture. Terasa rugi tak capture dari awal sampai akhir sebab anak saudara saya suka benar tengok puppets ni.


Ada banyak slot dalam show ni antaranya ialah:
  • “Uncle Tễu” A Rural M.C. and a Friend of the Poor
  • The Dragon in the Soul of the Vietnamese
  • Peacefull Childhood in Countryside
  • Traditional Daily Life in Rural Villages
  • Heroic Legends and the Vietnamese Spirit
  • Vietnamese People’s Traditional Fondness for Learning
  • Folk Festivals: Ritual Processsions and Games
Address Golden Dragon Water Puppet Theatre kepada sesiapa yang nak pergi sendiri:

55B Nguyen Thi Minh Khai St., D.1
T: (08) 3827-2653
Website: http://www.goldendragonwaterpuppet.com/

 Memang must have experience kalau pi HCM. Seriously, jangan skip this.

       Selepas keluar dewan Miss Kahn datang dengan husbandnya untuk jumpa buat kali terakhir. This couple sangat2 lah baik. After amik kupon teksi ke airport (amik kat beliau murah and selamat. no tipu2 lagi) and we said our goodbye. Tapi kami still contact2 thru facebook sampai sekarang. Untuk yang berminat nak ke HCM, selain email yang saya bagi dalam entry lepas, Miss Kahn can also reachable through her facebook page: https://www.facebook.com/vietnamtourslotus.comvn

Before pergi airport, kami shopping moon shawl yang harganya RM19 SAHAJA di kedai akak Muslim Champa nih. Beliau yang free hair pun pakai moon shawl sebab nak masuk dalam gambar. Biar seragam barulah cute.
Kami pulang ke tanahair tercinta dengan bermoon shawl. Sampai di airport semua orang tau budak2 ni mesti baru balik dari Ho Chi Minh. Tapi kami happy sangat, tengok je la muka kami semua dalam pic di atas. Athirah and Zai bukan main senyum lebar, Ekmi toksah cakap la...

We had our happiest moments, had a great opportunity to meet with kindhearted people and learning different cultures there.
InsyaAllah will go there again. Hen Gap Lai~





4 comments:

  1. kedai yang jual halmoon tu kat maner yer?

    ReplyDelete
  2. seronok?!!!!!!!! hope dpt pi lagiiii

    ReplyDelete
  3. Kak Risma, kedai tu area Saigon Pink 2 hotel. dekat2 ngn butik baju kurung and telekung byk2. exact location x ingat dah

    ReplyDelete
  4. cik Anon, letak la nama kat bwh. tak leh nak jejak siapa anda...

    ReplyDelete

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template