Ho Chi Minh: Day 4

Assalamualaikum..

So, harini tak rush sangat macam semalam. Aktiviti kami hari ni half-day tour Bandar Ho Chi Minh yang bermula pada pukul 8 pagi dan menonton Vietnamese Water Puppet Show sebelah petangnya. Seperti biasa, bangun pagi kami melangkah ke area Ben Thanh untuk breakfast. Kami menjamah nasi di kedai makan Abang & Adik sekali lagi.

 Jumpa juga pic depan kedai ni, dok cari-cari lama dah. Kedai makan ni boleh tahan sedap lah makanannya. Boleh juga membeli kopi halal di sini. Selesai makan, Miss Kahn datang menjemput dengan taxi untuk menaiki bas. Tour pusing2 HCM dah nak bermula!

 Petrol station kat sini tengah2 alam gitu. Depa ada setakat Ron 95 paling tinggi dan Ron 92.

 Destinasi pertama merupakan War Remnant Museum yang menempatkan gambar2 ketika perang Vietnam dolu2. Tempat wajib jejak, menitis air mata tengok gambar2 depa ni. Baru kita sedar betapa bertuahnya kita lahir di zaman selepas perang.

 Muzium dibahagikan kepada beberapa parts, first floor menunjukkan kehidupan kanak2 ketika perang ke sekolah melalui tunnel. Semalam dah pergi Chu Chi Tunnel so sudah ada bayangan dalam otak. Pulun tak pulun la pi sekolah pun bawak topi besaq in case ada letupan or serangan boleh cover. Ada juga yang bawa stretcher sambil bawak buku, nanti kalau ada yang injured boleh angkat terus. Memang respect. Anak2 kita sekarang bawak di hantar depan sekolah selamat dari perang (dengan izin Allah) pun sempat lagi melencong ke mana hala. If only they know there are people who are dying to be in their shoes. Bersyukur2.

 Kat second floor pula menempatkan gambar ketika perang  yang bermula November 1, 1955 and ended April 30, 1975 dan it's after effects.

Gambar di atas sebenarnya ada gambar selepasnya tapi tak saya tak amik sebab terlalu kejam. Selepas askar Vietnam di tolak masuk ke dalam helicopter, heli akan naik ke udara dan kemudian askar Vietnam tersebut di tolak keluar. Gambar2 di sana menceritakan segalanya.

Perang Viet menjadi teruk apabila askar US menggunakan chemical weapons against rakyat tempatan. Kesan dari chemicals itu keturunan Viet ada yang cacat hingga ke hari ini.

  
Adik dalam picture lahir pada tahun 2008, she's armless & legless. 

 Chemicals yang digunakan ketika perang Viet, US seakan-akan mahu melupuskan seluruh  Viet. Keji. Agent Orange merupakan compound yang paling berbahaya dalam Dioxin family dan Dioxin itu sendiri merupakan chemical paling harmful and toxic yang pernah dijumpai oleh manusia sampai sekarang. Bayangkan betapa teruknya kesan chemical tu, sehinggakan 85g pun boleh memusnahkan bandar yan berpopulasi 8 juta penduduk.

Kami tak sempat nak membaca semua info pasal perang sebab tour guide dan suruh berkumpul untuk ke next destination. Ikut hati nak stay situ lama-lama.

 Our next destination is kedai kopi terbaik di HCM. Menariknya depa ada kopi halal untuk kami minum tapi harganya sangat mahal. 15 minit di kedai kopi and kami proceed to Binh Tay Market.

 Binh Tay ni macam Ben Thanh tempat menjual kain main murah tetapi bezanya kena beli secara pukal. Ekceli kat sini lagi murah dan ada ja kedai yang menjual sikit2 tapi lokasinya yang jauh menjadikannya tidak digemari oleh tourist. Saya sempat grab 2 kain Viet Silk di sini :).

Next destination kami dibawa ke kedai craftangan, prosesnya lebih detail diterangkan oleh pekerja di sini berbanding dengan Handicapped craftangan aritu. Tapi takpalah kami dah pernah dengaq so kurang berminat sikit di sini.

Tour tamat pukul 1.30PM dan kami serbu Ben Thanh sebelum ke Water Puppet Show yang bermula pada pukul 7PM.

But before that, we went to meet our precious tour guide, Miss Kanh and her husband who were very kind and had provided us with generous hospitality. Water Puppet Show might ended very late and we can't let the opportunity to meet and thank them slipped away.

Thank you so much you guys!. Great wishes to both of you and your business. Till we meet again . 






** Last chapter of Ho Chi Minh: Water Puppet Show will be up in few weeks.. i have a thesis to write... T_T

2 comments:

  1. part water puppet tu yg ditunggu2...sambil memborong tudung half moon last minute!!

    ReplyDelete
  2. Hahaha.. satgi nak post. dah siap past HCM ni baru lega skit.

    ReplyDelete

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template