Ho Chi Minh:Day 3

Assalamualaikum...

Pagi ni kami bangun lebih awal dari biasa, planning nak breakfast dulu sebelum ke Chu Chi Tunnel. Bekas megi yang dibawa telah selamat dibuang oleh housekeeper hotel, makanya kami perlu berjalan mencari kedai makanan halal area Saigon Pink hotel yang agak jauh dari hotel kami. Miss Kahn datang jemput dengan teksi di Kedai Makan Abang Adik tempat kami beli breakfast pagi itu. Tak sempat makan di sana, kami bungkus makan nasi dalam bas tanpa mempedulikan foreigner kiri kanan. Pengalaman semalam mengajar untuk makan dahulu sebelum kemana mana kerana begitu susah mencari makanan halal disana.


Handicapped Handcrafts
On the way ke Chu Chi Tunnel, bas berhenti di Handicapped Handcraft. Menariknya di sini, semua pekerjanya terdiri daripada golongan istimewa dalam erti kata lain cacat anggota.

Kakak dalam gambar di atas paling peramah. Dia layan persoalan kami dengan senyuman dan apabila kami nak bagi duit tips dia menolak. Katanya dia ada duit sebab bekerja. tengok tu. Walaupun istimewa, depa ada pride tersendiri 180 degree berbeza dengan org. Indon, seriously. Mereka membuat frame cantik2 dari kulit siput. Itulah kehebatan Allah, memasing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Hasil tangan mereka yang telah siap hampir riban ratus juga harganya. Tak termampu nak beli, mampu amik gambaq ja. Heh.

Chu Chi Tunnel
Akhirnya sampai di destinasi utama untuk hari itu. Mr. kt bawah ni kami punya tour guide dah lupa nama dia. Dia sangat banyak ilmu mengenai perang dan saaaaangat banyak bercakap. Dalam bas time semua orang dah mengantuk nak tidur dia boleh lagi bercerita pasal hantu mangsa perang.

Ketika perang Vietnam, penduduk setempat membina tunnel kecil yang muat saiz mereka untuk bersembunyi dari didetect oleh askar Amerika. Tunnel ini jika dilihat dari atas macam kecik saja areanya tapi bila tengok detail senibinanya baru tau ianya boleh memuatkan seluruh kampung dalam tu.

Athirah saja yang berani masuk dalam tu antara kami bertiga. Untung sangat!

Disebabkan terputus bekalan dari orang luar, depa ambil tayar kereta askar yang ditinggalkan dan menukarkan kepada kasut kasut yang comel. Kreatif. Itu namanya "nak hidup".


Kami diberi peluang untuk masuk ke dalam tunnel sepanjang beberapa meter ja. Suasananya macam kat Muzium perang kat Penang jugak tapi ini punya lagi kecil. Kesian omputeh yang besaq gedabak tuh, terbukti tunnel ni untuk menghalau suku sakat mereka juga. heeh.

Akhirnya selesai half dah tour to Chu Chi Tunnel. Pakej trip ni saya ada mention dalam post ini. Sila lah tengok.


Ben Thanh Market, finally

Balik ja dari Chu Chi kami serbu Ben Thanh. iNi kali pertama kami sampai Ben Thanh awal. Kalau tak sempat setengah jam ja kat sana. Kesempatan diambil untuk membeli kain yang diorder oleh masyarakat.

Akak ni murah harga kain yang dia bagi. Kain cotton dari Rm 30 dapat dapat Rm 23 ja. Kain Viet Silk pula dapat harga Rm43 gitu lah. kami borong semua kat dia ja, malas nak mecari kedai lain and datang banyak kali. Lokasi kedai akak ni kat bahagian tengah2 Ben Thanh.


Esok ikut planning ada half day trip around HCM City and Water Puppet Show.
Tak sabarnya!




0 comments:

Post a Comment

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template