Penyu Terdampaq

Assalamualaikum....

Menyambung kembali Desaru Trip, keluar saja dari Muzium Nelayan yang terletak di Tanjung Balau itu saya dan Anie bergegas ke Kg. Sedili Kechil. Kami sepatutnya check-in di Mutiara Motor Resort pada pukul 2pm. Perjalanan ke Sedili mengambil masa kira- kira 45 minit. Jalan ke Sedili diiringi ladang kelapa sawit dan sangat lengang cuma terserempak sebuah dua kereta saja sepanjang perjalanan, jalan baru agaknya. Kami memang gamble and serahkan bulat2 kepada GPS sahaja. Memasuki kawasan kampung barulah lega sikit.


Mutiara Motors Resort ni milik Mutiara Motors pengedar kereta import dan juga minuman DriveM7 yang dutanya Aaron Aziz, Zizan and many more. Dibahagikan kepada dua bahagian iaitu rumah pedalaman dimana kena menyeberang jalan raya jika nak ke pantai manakala rumah tepian berada betul2 tepi pantai. Harganya pula RM128 untuk pedalaman dan RM 138 untuk tepian. Nama pintu bilik bukanlah nombor bilik tetapi nama kereta. Rumah ferrari rumah paling best.

Mulanya, ketika saya booking rumah tepian dah fully booked tapi nasib baik sangat ada sebuah kosong apabila kami sampai. Pakcik yang booking lambat datang jadi mereka bagi kami masuk dulu. hoyeh. Kami terus grab and berjaya dapat rumah tepi pantai, namanya Rav.



Masuk ja kawasan resort dah rasa tenang gitu sebab nampak pantai. Tempatnya yang agak isolated menjadikan resort ni amat sesuai untuk sesiapa yang inginkan escape from urban life. Gitu.

Resort ni bagi saya sangat worth the money. Semua basic facilities cukup lengkap, katil king size and single sesuai untuk family. Saya dan Anie berdua saja jadi bilik ni jadi sangat2 selesa. Astro juga ada.

Dah salin baju apa semua, apalagi kalu tak pergi layan pantai. Anie di depan rumah kami.

Resort ni sesuai juga untuk aktiviti persatuan and kelab sebab tempatnya luas and ada dewan 'Sayang Mutiara' di depan tu.

Subhanallah.
indah sungguh ciptaan Allah
time air sedang surut nak mandi tak best, kami cecah kaki ja and berjalan and bersembang sepanjang pantai and the best part was main buaian yang terletak ditepi pantai. Buaian tu untuk budak2 umur bawah 12 tahun tapi pakcik resort tengok kami naik tak ditegor pun so, kami dengan yakinnya menghayun buaian masing sambil ditiup angin laut. Nyaman.



Sempat lagi KEEking ketika main buaian :) Bunyi angin bertiup memang best.

As for dinner, disebabkn kami tak bawak bekal selain buah2 yang dibeli di fruit farm petang tadi, kami drive sesuka hati mencari makanan di kampung. Nasib baik kami jumpa kedai makan di Jason Bay yang terletak 30 mins driving. Jauh jugak tapi best sebab boleh berjalan2 and tengok gelagat orang di sana. Ada juga seperti kami yang tidor tepi pantai tetapi lebih extreme mereka tidur dalam khemah.

Esok pagi after check out kami ke Desaru. Air laut Sedili Kechil lembut mesra sangat, sesuai untuk menenangkan kepala. Kami mencari tempat mandi di pantai public Desaru. Air lautnya dah pasang and soooo sesuai melepaskan kerinduan mandi laut. Mandi sampai lebam kata orang.





Kira-kira pukul 12 kami berangkat meninggalkan daerah Desaru melalui highway yang sama. A sweet escape dengan Anie kalini sama seperti masa kami ke Port Dickson hari tu. With different beaches and experiences pastinya,so lepaih ni kita nak lari pi pantai mana lagi Anie?

2 comments:

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template