Selatan Tanah Besar Asia

Assalamualaikum...

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Sha and Trah finally sampai juga di Johor seperti yang dirancangkan berbulan lamanya. Kami plan nak ke Universal Studio Singapore dan mereka pertama kali menjejakkan kaki di tanah Johor tempat saya menimba ilmu bertahun lamanya nih. Sampai sahaja di Johor tempat pertama on the list nak tunjuk kepada mereka tak lain tak bukan ialah Johor Premium Outlet. 



 Kalau dulu saya punya memori pahit di sini sebab after balik ja mesti perasaan loser muncul. Dengan price tag yang melampau2, saya punya level of confidence goyah juga. Tapi, nasib baik Sha and Trah ada membeli something and kami bertiga membeli mist from Rahasia Victoria maka memori dah beransur manis. Btw, terlupa nak introduce mereka nih. Both of them are my super best friend from SAINA dulu sampai sekarang. 25/1/1999 till now. Kira sendiri dah berapa puluh tahun kami berkawan. heh. Dulu saya bercuti di Melaka dengan Sha and ke Vietnam dengan Trah, now kami bertiga sekaligus. Tunggu Anie free pulak, nak sangat bercuti kami berempat bersama-sama.

Siap shopping, kami menuju ke Taman Negara Tanjung Piai yang terletak di Daerah Pontian. Cuaca ketika itu macam mendung-mendung nak hujan, tapi kami tegar nak ke tempat paling selatan di tanah besar benua Asia itu. Berpandukan GPS dan hasil bacaan dari blog2, kami sampai di sana dengan selamatnya. Keadaan di sana seperti baru lepas hujan dan lsg tiada umat manusia. Mungkin juga kerana hari Jumaat.


 Well, pedulikan ada orang atau tak yang penting posing menandakan kami pernah sampai di sana. Nasib kami baik kerana Taman Negara Tanjung Piai masih dibuka dan bayaran untuk sekali masuk ialah RM5.

 Ada satu ayat yang best "Hanya monyet membuang sampah di sini" gitu lah bunyinya. So, sapa2 yang buang sampah dialah monyet. Bagus, pada saya amat terkesan. Sesiapapun tak mahu digelar si monyet,kan?









Kita kena berjalan sepanjang titi kayu ni di sepanjang selat Melaka. Cantik

Menghirup suasana segar dan aman damai amat menenangkan.










Alhamdulilah.. siap perjalanan kami sampai ke selatan benua Asia. Pasni selatan benua mana pulak?
Esok nak ke USS! 














0 comments:

Post a Comment

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template