Universal Studio Singapore

Assalamualaikum..

Selepas menjejaki penghujung benua Asia semalam (bunyi macam jauh ja), seperti dirancangkan pagi ini kami akan bermain di Universal Studio Singapura (USS). Selain kami bertiga, kami disertai  3 warga lab juga iaitu Kak Dayang, Ekin dan PZ. Orang kata kalau dah dok kat Johor, tak pergi USS tak sah lah, dekat sangat dah. Mujur juga ada pakej dari UTMtoSingapore, bayar RM190/person termasuk tiket masuk USS, bas pergi balik dari Sri Putri dan white card.

Pukul 9.30am kami gerak dari USS, selepas masuk Larkin, turun di imegresen M'sia, turun di imegresen Singapore, finally kami sampai di USS kira2 pukul 1130am. Kami breakfast roti canai yang dibeli di kedai mamak belakang bus stand Sri Putri tadi sebelum bermain.

Pose wajib di depan trademark USS

USS terbahagi kepada 7 bahagian: ikut kami jalan dari kiri 1) Madagascar, 2) Far Far Away, 3) The Lost World, 4) Ancient Egytp, 5) Sci-Fi City, 6) New York and 7) Hollywood.


Madagascar-Far Far Away-The Lost World

Seperti taman permainan lain, kena beratur sebelum boleh main. Semakin best benda tu, semakin panjang linenya. Di Madagascar, kami menaiki river boat dan dibawa mengembara didalam gua dan boleh tengok karekter dalam Madagascar movie seperti Alex, Gloria, Marty and lain2. Front seater kena berhati2 kerana akan disimbah dengan air, sikit ja. Then, kami naik merry-go-round yang comel ja. Madagascar ni tempat panas2 badan ja dulu.

Seterusnya, kami ke Far Far Away land untuk tengok Shrek 4D movie and naik roller coaster. 

 Shrek and Princess Fiona are loveliest and friendly creature

Shrek 4D movie sangat best. Kita cuma perlu duduk dan menghayati perjalanan Shrek menyelamatkan Princess Fiona yang diculik. Kalau 3D kita rasa macam kita berada dalam movie tu, 4D kita rasa kita yang naik selamatkan Princess Fiona tuh. Effect berangin and terenjut naik kereta kuda, kaki meremang kena serang labah-labah and kesejukan kena air time naik dragon tu memang menjadi. Then, kena naik roller coaster pertama dalam hidup di sini. Seram gila!. Di USS ni ada 4 roller coasters, yang kat Far Far Away ni paling lembut la compared to yang lain semua high-speed above 80 km/h punya. No way lah nak naik. Naik yang lembut2 ni pun dah nak tercabut jantung. Kali pertama and kena duduk front seat lagi!. Yang lagi bongok (refer untuk diri sendiri) , saya tengah keluarkan Blackberry nak amik picture tiba2 roller coaster bergerak. Sebelah tangan pegang holder tu sebelah lagi pegang tangan Kak Dayang dengan BB dalam genggaman. OMG!

Then, kami teruskan perjalanan ke The Lost World, tempat dinosaur bermaharajalela.

 Tyrannosaurus-Rex menjumpai tempat asalannya

Kami naik river raft boat kalini, boleh tengok dinosour serta anak2 and yang paling menakutkan bila kami dibawa masuk kedalam bangunan lama yang telah diattacked oleh dinosour. Sampai 1 part, boat ditinggikan and kami dah bersedia kot kot boat akan dijatuhkan kebawah tapi unexpectedly, boat digelongsorkan ke belah kiri dengan tiba2. Hampir tercabut jantung jugak kat sini. And betullah initial warning yang bakal basah, time kat sini ramai yang basah. Nasib baik letak barang dalam locker. Tapi ada sorang akak foreigner ni tanpa mempedulikan surrounding dok amik gambar guna kamera, kagums sungguh. Tangan saya cuma mampu memaut kuat di holder and tangan Trah ja.

Then, kami berDino-Souring pula. Katanya untuk kanak-kanak tapi still menakutian jugak. Lemah jantung sungguh saya ni. Disebabkan masa untuk menonton live action dah terlepas, kami proceed ke Ancient Egypt pula,

Ancient Egypt-Sci-Fi City


Ancient Eqypt satu-satunya kawasan kami tak berminat nak main game. High speed roller coaster and jeep yang 30minutes of waiting, baik jalan tempat lain dulu. Skip that and we went to the most awaited Sci-Fi City tempat Transformers berkumpul. Line paling panjang nak dihadap tapi kami tegar nak naik Transformers 4D ride yang orang kata best amat tu. Nasib baik tempat beratur dihiasi barang2 transformers boleh juga menghilangkan bosan tapi sakit tumit still tak hilang.

Lengan Megatron yang terpotong dalam Transformer 1.

Serpihan All-spark

This initial warning dah oke, ikut kita nak follow ke tak

Wuhuu! Front seat lagi! Nak nangis rasanya. Bagi saya, ride ni paling nak tercabut jantung, horror and paling lama dirasai padahal sekejap ja. Mula2 rasa naik kereta then, bertukar jadi transformers and kena lawan dengan Megatron. Kena sedut and kena baling in 4D version amat menakutkan. Sampai satu tahap saya tendang tempat letak kaki sebab rasa macam nak terkeluar dari kereta. Time tu kalau mereka ambil picture, opkos boleh menang anugerah minah paling memalukan. Last part paling mendebarkan, saya dah tak dapat tahan lalu pegang lengan Trah lagi (sori Trah...) sambil panggil Mak! Mak! Mak!. Okey, seriously memalukan.

Keluar ja dari Transformer ride, kami solat di tempat solat yang sangat tak selesa. well, they should provide the bigger one kot memandangkan Muslim ramai kat sana. Siap solat kami lepak menenangkan fikiran sambil menonton Hollywood parade sepanjang jalan. Parade di hanya ada time weekends. 

Selesai parade, kami proceed to New York and Hollywood. 

Dengan harapan tak ada lagi ride yang meluruhkan jantung, gerak kaki diteruskan. Memula kami menaiki Sesame Street Space Chase, saya tak boleh rilex lagi sebab takut tetiba ada benda menakutkan lagi. Tapi sampai ke hujung tiada apa2 melainkan karektor sesame street yang comel. Tapi saya tetap automatic pegang tangan Kak Dayang bila tengok benda pelik sepangjang ride tuh. Kami berdua gelak dengan hebat bila tau ride dah sampai penghujung sebab finally boleh melepaskan nafas lega. Ohoho penakutnya diri ini! Kami juga masuk menonton 2D version of  Steven Spielberg dok bercerita pasal effects dalam movie dia and dia tunjuk macamna dari pentas kosong menjadi New York City tengah dilanda hurricane. Patutlah movie dia semua hebat belaka, bukan calang2 effect dia guna. 

Lastly, kami singgah di Hollywood untuk amik pic and beli cenderahti untuk dibawa pulang. Selesai misi USS. Kat sini boleh tenangkan balik jantung. USS tutup pukul 730pm, kami turun menanti bas pulang ke Sri Putri. Dah boleh tick buang USS dalam list places to go \(^_^)/









0 comments:

Post a Comment

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template