Welcome to MALAYA

Assalamualaikum...




Selepas melawat Chu Chi Tunnel di Vietnam  tempoh hari, barulah saya teringat yang di Malaysia sendiri pun ada tunnel yang digunakan zaman perang dulu2 kala. Di mana lagi kalau bukan di War Museum yang terletak di Batu Maung, Pulau Pinang, near Toy Musuem jugak. Go check please, sangat menginsafkan. Saya berpeluang menjejakkan kaki di sana selepas menghadiri kenduri Ida dan Nazmi 2 tahun lalu. Entry throwback kiranya nih. Nasib baik gambar2 masih ada dalam simpanan  *hembus hembus habuk*.


Time ni saya dan Yatt dok buat master lagi, Aiman kerja kat Perak dan Usyer kerja kat Kulim. This entry surely brings back good memories. Now memasing dah busy dengan kehidupan sendiri, taktau bila boleh berkumpul lagi. Kami gelarkan diri geng2 SKR cawangan Utara. Kema tak join lagi time nih.

 Masuk ja dalam muzium, selain "welcome" signboard tadi, kami dialu2kan dengan senarai perang yang melibatkan Tanah Melayu ketika itu. Dalam banyak-banyak perang itu, saya lebih familiar dengan Indonesian Confrontation hasil bacaan novel keperwiraan late Tun Kanang Anak Langkau ketika saya darjah 6. Peranan beliau dalam rejimen askar Melayu ketika itu sangat hebat dengan moto beliau "Agi Idup Agi Ngelaban". Pergh. A true hero. Macam nak baca lagi sekali novel tu, best!.

Didepan lubang tunnel. Muzium ni merupakan bekas kubu Jepun so design dia semua kecik-kecik ja. Tunnel pun ikut saiz askar depa, sama konsep macam Chu Chi tunnel. Tapi bezanya, tunnel ni digunakan oleh askar Jepun angkut peluru and barang keperluan manakala Chu Chi tempat rakyat Viet bersembunyi dari askar.
Segaknya gaya masuk tunnel nih, lain benar dengan Chu Chi Tunnel nun. Tunnel nih dah dilengkapi lampu menerangi perjalanan juga lebih bersih. Tunnel untuk askar and untuk rakyat pastilah sangat berbeza, needless to say.

 Diluar tunnel masih ada jerangkap samar yang masih aktif seperti dalam gambar di atas. Kubu ni berada di atas bukit, apabila askar musuh datang panjat jerangkap samar mcam ni sesuai untuk menghalang mereka. Strateg.

Senapang digunakan untuk menembak jatuh helikopter askar musuh.  
 Kesan asal hasil letupan askar musuh masih wujud sampai sekarang.

 Selain itu, ada juga tempat interrogation bagi tahanan. Layanan teruk sudah pasti.
Konsep pancung kepala yang diamalkan oleh askar Jepun bagi menghukum pembelot dan juga musuh. Brutal. Tapi bukan itu saja cara mereka mendera, kaum hawa ketika itu paling menderita kerana Sex Slavery. Ramai living proof mangsa rogol askar Jepun menderita hingga ke hari ini.

 

 
Askar Jepun membunuh orang kampung dan mengambil anak2 gadis untuk dijadikan pemuas hawa nafsu mereka di kubu.

 "THEY DIED FOR ALL FREE MEN"

Walaupun saya datang sini 2 tahun yang lepas, saya masih ingat imej2 yang dipamerkan tentang penyeksaan yang dilakukan oleh askar penjajah kepada rakyat kita dulu. Muzium ni banyak memberi pengajaran. Sebelum ini as a Malaysian yang lahir selepas merdeka saya selalu take things for granted, sudahla jarang sekali bersyukur dengan kebebasan yang dinikmati malah suka mengeluh. Datang sini tengok dengan mata sendiri betapa susahnya orang sebelum ini berjuang menuntut kebebasan.

Bersukaria itu best tetapi melawat juga muzium bagus untuk pembentukan jatidiri. Sedikit menyedihkan kerana sepanjang kami di muzium ni jumpa kurang dari 6 orang ja. Ramai lagi tak tahu pasal muzium ni, kot.

well..


Semoga Malaysia kekal aman damai

Semoga Malaysia sentiasa dirahmati Allah
Semoga Allah menempatkan semua hero2 yang terkorban menyelamatkan negara dikalangan orang-orang yang dicintaiNya
Amin.

0 comments:

Post a Comment

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template