Road Trip ke Terengganu dan Kelantan

Assalamualaikum..

Pada 14-16hb Mac 2014, saya dan Athirah ke pantai timur untuk menghadiri majlis perkahwinan Ana. Kesempatan itu kami gunakan sehabis baik untuk berjalan-jalan cari makan di sana. Sebelum berangkat saya dah google tempat makan menarek di Kuala Terengganu. Tak sabarnya!

14 hb Mac, Jumaat
Sik-Baling-Gerik
Kami bertolak pada pukul 8.30pagi setelah Athirah sampai dari Pendang. Kekonon nak gerak pukul 5pagi tapi Allah jua Penentu Utama. Disebabkan ini kali pertama kami berdua drive ke sana, perjalanan kami bergantung 90% pada Waze, 4% signboard, 4% google map dan 2% instinct. Jalan Baling-Gerik memang menarik. Bayangkan on the way tu kami terserempak dengan gajah. Masing2 punya tergamam sampai terlupa nak snap picture.

Jeli-Kuala Terengganu
Kami berhenti rehat dan have our lunch di R&R Jeli, Kelantan pada pukul 12 tengahari. Athirah ambil alih stering kereta sampailah ke Kuala Terengganu.
Ada 2 route nak ke Kuala Terenganu, melalui jalan pekan or melalui jalan pantai. Untuk pergi kami pilih jalan pantai dan jalan pekan ketika pulang.

 Laut China Selatan yang segak bergaya menyambut kami sebaik keluar selekoh Fitri (bukan nama orang tetapi nama tempat).
 Sambil2 drive sambil melalui pantai sangat lah best. Teringat pula time menyusuri Pantai Desaru, Johor dengan Anie dulu2. Bahagia sungguh perasaannya. Oh mungkin juga kerana kami berada di Kampung Bahagia.

 Menariknya Kuala Terengganu ni kita kena melintasi Pulau Duyong melalui dua jambatan yang menghubungkan Seberang Takir-Pulau Duyong-Kuala Terengganu. Cuaca pada 14hb Mac sangat cun dan perfect.

 "Allah
Peliharakan Terengganu"

Kami teruskan perjalanan ke Pulau Batu Burok kira2 8 minit dari KT. 
Saya booked Intan Beach Resort via Agoda RM100/room. Biliknya bagus walaupun tak seaview. Kami pun bukannya berlama-lama di sana, cuma sekadar untuk tidor.
Usai check-in dan solat, kami terus keluar cari laut.

 Subhanallah!
Sangatlah indah ciptaan Allah. Laut yang meluas ni sangat nyaman dan menginsafkan. Time tu pencarian MH370 masih tertumpu di Laut China Selatan, jadi perasaan kami dekat sgt dengan mereka. Pantai ni tak boleh mandi so kami beli satay ikan dan lepak2 tepi pantai. Itu pun rasa seronok dah. Around pukul 5.30 kami gerak ke Pasar Payang. Tapi bila kami sampai kami tak jumpa Pasar tu sebab dia tak dibuka pada hari Jumaat. So, kami terus ke Taman Tamadun Islam.

 Mulanya nak masuk tengok monumen masjid tapi dengan harga RM20 entry fee kami decided naik TTI Rivercruise ja la. Lagipun time tu depa dah nak tutup. Nasib baik kami sempat catch-up last trip rivercruise. Time tu ada juga geng RTM Sabah dan student dari UMK.

 Selama 45 minit cruising, tourist guide menceritakan perihal pulau2, kampung nelayan dan tempat2 menarik yang dapat dilihat dari dalam boat.  Yang menariknya semua tempat kat situ guna nama orang pertama menjejakinya. Contoh, Pulau Hajah Siah.

 Boat stop beberapa saat untuk kita menghayati pemandangan Masjid Kristal.
 Walaupun namanya Masjid Kristal, ia bukanlah 100% made from crystal. Cuma ada beberapa spots yang diperbuat dari kristal tapi saya takkan mention di sini. Pergi sana tengok sendiri.

Kelakarnya on the way melalui jambatan atas Pulau Duyong kami nampak masjid ni. Magically, time kami berdua sama-sama pusing kepala tengok bumbung masjid kristal ni berkilau seakan-akan bunyi "Ting" muncul (imaginasi lebih skit). Pantulan cahaya matahari yang sungguh memukau.
Baliknya kami stop di Giant untuk beli hadiah wedding for Ana.
 Rice cooker, hair dryer, blender dan vacum cleaner kami beli dan terus di wrapped oleh customer service. Bestnya beli di Giant sebab ada wrapping service ni seperti di Jusco. Tesco takdak. Sayang sekali.
Kira2 pukul 8malam kami gerak keluar cari seafood as our dinner. Cadangnya nak makan kat NR Cafe yang ramai orang recommend tu tapi biasa la tempat popular, kami sampai ja depa gantung board
 "MAAF, TEMPAT PENUH".

So, kami ke Mama Restaurant berdekatan dengan NR Cafe. Perut lapar dah tak larat nak memilih. Tapi alhamdulillah syukur Mama Restaurant ni sangat tidak mengecewakan.
Kami order nasi putih 2, tomyam seafood, udang pedas dan kailan ikan masin. Total cuma RM18. Gila2 murah. Udang besar pula tu. Kami pulang ke resort dengan hati yang sangat bahagia.


15hb Mac, Sabtu
Kuala Terengganu-Bukit Bunga, Jeli
Berlagak seperti seorang rakyat Terengganu, tak sah rasanya tak breakfast nasi dagang. Hasil google menunjukkan nasi dagang sedap terletak di Medan Selera Batu Burok. Yezza. Dekat sangat dengan resort kami. Kedai Kak Pah Nasi Dagang ni pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan di TV3.

 Sepinggan RM4. Ramai sungguh customer, silih berganti. Memang sedap. Ikan tongkolnya besar dan segar. Nasinya pun lembut. Memang sangat merbeles!.
Usai sarapan, kami ke Pasar Besar Payang. Kedai banyak lagi tak buka ketika kami sampai. Pun begitu saya sempat beli 3 pasang digital print batik yang berharga RM50/sepasang. Kami beli 5 dapat RM45/sepasang.

Kami balik check out dan terus ke rumah Ana.
 Selamat Pengantin Baru, Noor Zanariah Binti Zakaria
Kami beroommate bersama dari final year degree dan 1st year master. Tak pernah kedekut dan sangat baik Terima kasih sebab selalu jadi banker bagi pinjam duit. Semoga dimurahkan rezeki.
Ada banyak sangat nak ditanya dan disembang tapi lidah kelu. huhu.
Semoga Ana bahagia dengan suami terchenta!


Kami memita diri untuk pulang pada pukul 2 petang. On the way kami stop di Keropok Losong BTB yang terletak di Seberang Takir. Sebenarnya menurut research saya ramai yang taktau pasal tempat ni, kalau tanya orang tempatan pun taktau, mereka kata kalau nak keropok losong pergi Kampung Losong yang berdekatan TTI. Tapi bila kita cakap keropok losong ambil nombor giliran baru mereka tahu. Kata Anie, BTB lagi sedap dari Kg. Losong tu yang kami pulun cari. Saya beli RM20 keropok.

Perjalanan pulang terpaksa dihentikan kerana hujan lebat. Agak bahaya nak drive dilaluan Jeli-Gerik dalam keadaaan jalan licin. Jadi kami ambil keputusan untuk check in di Iman Budget Hotel yang terletak di Bukit Bunga, Jeli. 
Kami sampai di sana pukul 5petang. Masa yang masih ada kami melawat kawasan beli belah di Bukit Bunga.

 Kawasan ni macam kat Padang Besar, Perlis versi kecil. Barang pun sama. Saya sempat beli beras pulut Siam 2kg. Asal stop ja mesti beli something ~_~". Kawasan ni macam tempat persinggahan orang ramai, so banyak motel dan kedai makan. Kami makan di Kedai Ikan Bakar pula. Murah dan boleh tahan la rasanya. Tapi still tak boleh lawan tom yam di Mama. 


16 hb Mac, Ahad
Berlagak seperti seorang rakyat Kelantan, tak sah rasanya tak sarapan nasi kerabu. Saya ni penggemar nasi kerabu, kalau kat UTM boleh dinner nasi kerabu selama seminggu. Tapi rasanya tak sama dengan nasi kerabu asli Kelantan. 
 Kami breakfast di kedai makan Kak Yah Tomyam. Sedapnya nasi kerabu di sini!. Isi ikan yang diracik (iye kot) makcik tu bagi banyak. Ulam pun dia letak banyak. Puas hati.

Kami bertolak balik selepas perut penuh diisi.

Kami stop sebentar di Jeti Awam yang terletak berdekatan Royal Belum Rainforest dan Tasik Banding. Subhanallah cantik sangat panorama di sini. Dengan suasana hujan ala2 rintik gerimis suasananya sgt romantik. Lenkali nak melawat sini pula. Ada houseboat yang menarik.

Kami sampai Jeniang, Kedah kira2 pukul 12. Stop lagi lunch di Kedai Cendol Pulut Jeniang untuk menjamah bihun sup, Athirah makan koteaw sup dan kami add on cendol.

Encik Perut, kamu mesti paling happy tiga hari ni!


Alhamdulillah kami selamat pergi dan balik.
InsyaAllah worth to re-visit!

0 comments:

Post a Comment

 

Her Blog Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template